Posts

Showing posts from May, 2022

Hadiah Ulang Tahun ke-60

Image
  Dengan Nama Allah Rabb Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang amat mengasihi  dan mencintai para  hambanya dengan segala Asma'-Nya yang Maha  Mulia. Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan , Nabi Muhammad sallallau alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabiien, para salafus soleh serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah.  Kenangan indah terakam sudah di pagi Jumaat, 27 Mei 2022 ibu berpeluang 'rehlah Maya' bersama pencinta al Quran paling ramai dari Johor menjamu selera roh dengan hidangan tadabbur ayat Quran. Hari ini merupakan hari ke-7 dan akan berterusan selagi hayat masih ada. Insha Allah. Program ini Allah aturkan paling indah dalam hidup ibu, tidak perlu ibu bermusafir lagi bahkan menjadi rutin ibu setiap pagi bermula jam 6.40 hingga 7.00 pagi. Semoga akhir hayat kami sentiasa bersama Al Quran, satu-satunya mukjizat yang Allah kurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Taddabur

Antara Taddabur Qur'an Dan Taddabur Alam

Image
  Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah,  Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanyalah layak untuk Allah yang sentiasa mempermudahkan urusan kita semua mencari redha-Nya. Hanya DIA yang layak kita cintai sejak dahulu, kini dan selamanya bertakhta dalam jiwa kita. Insha Allah. Selawat dan salam khusus untuk junjungan tercinta, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga dan para sahabat baginda serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah hingga akhir zaman khususnya kepada para ulamak muktabar yang mewarisi jejak para anbia. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin--Nya jua kami empat beradik perempuan istiqomah bertadarus dan taddabur Qur'an setiap pagi mulai jam 4.00 hingga 5.00 pagi semoga berterusan hingga hujung nyawa kami. Insha Allah. Rutin ini jika tiada seolah-olah hidup kami teraba-raba bagaikan orang buta...Nak nangis rasanya sebak sangat menerima anugerah ini tanda Allah memuliakan kami dengan asebab Al Quran.  Benarlah amat

Hadiah Ramadhan 1443 Hijrah

Image
 Dengan Nama Allah Rabb yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala pujian hanya milik Allah, Tuhan Yang Maha Pemaaf, Maha Pengampun dan Menerima Taubat Para hamba- Nya. Syukur Alhamdulillah dengan hidayah dan Taufiq - Nya jua kita terbimbing untuk berubah demi mengharapkan keredhaan Allah jua Selawat dan salam khususnya buat junjungan tercinta, Rasullullah SAW, kaum keluarga dan para sahabat baginda. Hari Raya Aidil Fitri diumumkan pada hari Isnin, buat pertama kali Malaysia tidak ikut kalender yang menetapkan hari  Raya pada hari Selasa. Satu Malaysia terkejut, ada yang masih belum bergerak balik kampung. Di kampung, bahan-bahan hendak masak belum dibeli lagi. Ditambah dengan ujian catuan air seluruh Perlis. Alhamdulillah, anugerah dari Allah jua, ibu dapat maintain ketenangan hadapi situasi sulit ini. Tangki air kering, anak bungsu berusaha penuhkan kolam agar ayahnya tidak kesulitan bersuci dan berwudhuk. Masya Allah tingginya kesabaran mereka  kesan tarbiyah Ramadhan Alhamdulilla