Hadiah Ulang Tahun ke-60

 Dengan Nama Allah

Rabb Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang amat mengasihi  dan mencintai para  hambanya dengan segala Asma'-Nya yang Maha  Mulia.

Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan , Nabi Muhammad sallallau alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabiien, para salafus soleh serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah. 

Kenangan indah terakam sudah di pagi Jumaat, 27 Mei 2022 ibu berpeluang 'rehlah Maya' bersama pencinta al Quran paling ramai dari Johor menjamu selera roh dengan hidangan tadabbur ayat Quran. Hari ini merupakan hari ke-7 dan akan berterusan selagi hayat masih ada. Insha Allah. Program ini Allah aturkan paling indah dalam hidup ibu, tidak perlu ibu bermusafir lagi bahkan menjadi rutin ibu setiap pagi bermula jam 6.40 hingga 7.00 pagi. Semoga akhir hayat kami sentiasa bersama Al Quran, satu-satunya mukjizat yang Allah kurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Taddabur kami bermula dari surah Al Fatehah hingga hari ini telah selesai taddabur surah al Baqarah ayat 38. Insha Allah semoga Allah redha projek dakwah ini bermanfaat untuk ummah. Aamiin Ya Rabbal alamin.

Ibu berpeluang membaca dan merujuk buku Buya Hamka@  tafsir Al Azhar, Prof  Wahbar AzZuhaili@AlMunir dan Amru Khalid@Khowatir Quraniyah. Buku rujukan teras, ibu guna buku Buya Hamka kerana bahasanya mudah difahami  oleh orang awam. Suasana terisi seperti ini yang ibu harapkan, sesibuk manapun menyantuni keuzuran suami, ibu perlukan projek dakwah mengisi kerinduan kerana sudah lama tidak rehlah dan bermusafir. 

Alhamdulillah, setiap kali taddabur, ada rakaman suara dikongsikan bersama untuk bekalan mereka yang tidak dapat hadir atau sebagai bahan ulang kaji. Jazakillahu khyran kathira kakakku Hjh Nortipah sentiasa permudahkan urusan dakwah ini. Kita sentiasa saling melengkapi mendaulatkan Al Quran kepada masyarakat untuk di dakwahkan kepada anak cucu mengembalikan kegemilangan Islam di masa hadapan.

Ya Allah, jadikan Al Qur'an penyejuk qalbu kami

Alhamdulillah hadiah istimewa untuk ibu adalah panggilan ustazah. Ibu tidak menyangka sama sekali, berlatar belakangkan pendidikan sekular, di usia 60 mereka panggil ibu ustazah. Sebelum ni adalah 3 atau 4 orang panggil ustazah. Biasanya ramai panggil teacher ibu. 

Kelas maya harian kali ini semua panggil ibu  "ustazah". Memang Allah hantar orang Mukmin sejak dahulu lagi ke ceruk rantau dunia atau di mana sahaja mereka berada sebagai asatizah alam. 

Ya Allah tunjukki kami jalan yang lurus yang Engkau redhai



Telahan abang ibu, Almarhum Hj Hairuddin sudah menjadi kenyataan... Alhamdulillah, motivasinya, "jangan toleh ke belakang! Hijrah je, mana tahu di sans nanti kau jadi ustazah" . Motivasi di awal tahun 2015  ini sedikit sebanyak membina keyakinan untuk fokus dalam kerja-kerja Deeniyah. Kahwinpun agar   kami saling melengkapi buat kerja Islam hingga ke hujung usia. 

Semalam sebelum subuh ibu terlena dan bermimpi 'smart bed'@katil serbaguna yang ditunggu sudah sampai... Allahu Akbar sedang depa tunjuk cara guna pakai katil itu, tiba-tiba suami gerakkan kerana sudah azan Subuh. Harapkan sampai hari ini, namun tiada berita.

Sedikit ralat, menunggu hadiah katil serbaguna untuk suami  sudah lebih sebulan tidak kunjung sampai. Pihak Shoppe dimaklumkan agar tempahan itu dibatalkan dan mereka perlu kembalikan duit tersebut. Namun insan mulia itu tetap berusaha nak hadiahkan untuk murabbinya dengan cara lain. Semoga Allah permudahkan. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kami di sisi-NYA. Insha Allah

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil