Posts

Showing posts from April, 2019

Taddabur Alam, Saham Kita Menuju Destinasi Ke Syurga

Image
Benarlah, jika hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Hiburan yang Allah atur untuk ibu pada hujung minggu 20 April 2019 dapat peluang  buat  'in house training' ke-5/2019 untuk  pengasuh-pengasuh Taska Ummu Salamah mula jam 8.00 hingga  10.00 pagi. Jam 10.30 pagi ibu diamanahkan  beri input tentang  tadabur alam untuk 65-70 puteri-puteri SRATTI. Kepuasan dan kegembiraan apabila dapat respon anak-anak  faham apa yang disampaikan. Tertanam rasa kasih dan mendoakan  mereka, mudah-mudahan semua puteri itu akan meneruskan tarbiyah madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Alam ini adalah Al-Qur'an terbuka. Firman Allah Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha    Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Al Hasyr : 1)   Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.( Al Hadid: 1) Segala yang ada di lang

Fenomena Presiden Indonesia 2019-2024

Image
Alhamdulillah  syukur ke hadrat Allah SWT kerana  kini 'musuh-musuh' Islam  mulai ketakutan termasuklah golongan munafik yang memang tidak suka  mendengar  takbir bergema memecahkan kesunyian penantian  keputusan  PILPES (Pilihanraya  Presiden) petang  17 April...Lebih meruntun jiwa melihat  Pak Prabowo sujud  syukur. Masha Allah. Dalam kelas mentor mentee, dalam halaqah, terbawa-bawa  juga mengingatkan  anak-anak dan aahli halaqah bahawa  musush-musush  Islam tidak pernah berhenti  untuk mengalahkan Islam  walau di manapun mereka berada. Harapan ibu, agar mereka semua turut  mendoakan agar team Pak Prabowo-Sandi akan diisytiharkan menang apabila telah sampai  masanya.     "اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ، سَرِيعَ الْحِسَابِ، اهْزِمِ الْأَحْزَابَ. اللَّهُمَّ، اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ" "Ya Allah, Yang menurunkan Al-Kitab (Al-Qur'an), Maha Cepat perhitungan-Nya, kalahkanlah golongan-golongan yang bersekutu itu. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan porak-p

Bagaimana Hendak Tutup Pintu Masalah?

Image
Benarlah  jika  kita letak dunia hanya di hujung  jari bukan di hati (qalbu), Insha Allah  kita  akan bahagia...Saadah dicapai  melalui  proses  Tarbiyah Madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Dalam  buku Kaunseling  Rabbani ada dijelaskan  bahawa  tiada  masalah dalam  kehidupan orang mukmin. Yang ada hanyalah 'ujian'. Hakikat Tauhid~ Allah Segala-galanya dalam hidup kita Pagi  tadi  Alhamdulillah selesai sudah sesi 'Membumikan Kaunseling Rabbani' di Tangkak, Johor. Membungakan  kebahagiaan dan kepuasan  kerana dapat  berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman  tentang  konsep 'Proses Tarbiyah' yang agak sukar difahami sebelum ini. Dari  wajah-wajah ceria dan respon   para pendengar, Alhamdulillah  ibu yakin  mereka  akan membumikan  KR  secara  bertahap. Insha Allah Sentiasalah  fikir apakah sumbangan kita untuk ummah Dalam 'Amazing AlQuran' halaman 500 dijelaskan  hadis  di mana Rasulullah  pernah bersabda.  "Ada  ti