Fenomena Presiden Indonesia 2019-2024

Alhamdulillah  syukur ke hadrat Allah SWT kerana  kini 'musuh-musuh' Islam  mulai ketakutan termasuklah golongan munafik yang memang tidak suka  mendengar  takbir bergema memecahkan kesunyian penantian  keputusan  PILPES (Pilihanraya  Presiden) petang  17 April...Lebih meruntun jiwa melihat  Pak Prabowo sujud  syukur. Masha Allah.

Dalam kelas mentor mentee, dalam halaqah, terbawa-bawa  juga mengingatkan  anak-anak dan aahli halaqah bahawa  musush-musush  Islam tidak pernah berhenti  untuk mengalahkan Islam  walau di manapun mereka berada. Harapan ibu, agar mereka semua turut  mendoakan agar team Pak Prabowo-Sandi akan diisytiharkan menang apabila telah sampai  masanya.  
 
"اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ، سَرِيعَ الْحِسَابِ، اهْزِمِ الْأَحْزَابَ. اللَّهُمَّ، اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ"

"Ya Allah, Yang menurunkan Al-Kitab (Al-Qur'an), Maha Cepat perhitungan-Nya, kalahkanlah golongan-golongan yang bersekutu itu. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan porak-porandakanlah mereka."
 Doa ini juga  perlu kita ulang-ulang agar Islam Malaysia  tidak  dipermainkan  oleh puak-puak liberal dalam  kerajaan. Doa ini  perlu diulang-ulang  agar  Zionis di mana sahaja  akan berpecah belah dan hilang kekuatannya. Dalam masa yang sama  umat  Islam  di mana sahaja  perlu bangkit dan bersatu  untuk memaklmurkan alam ini.

Sejak awal tahun 2019 ibu berminat mengikuti perkembangan, lebih-lebih lagi ada seorang  anak halaqah  ibu berasal dari Acheh mengikut suaminya  belajar  di UUM. Pagi 18 April ibu ucapkan tahniah kerana  team Prabowo-Sandi yang diharapkan sudah menang merujuk RC 'real count' dan sudah mengumumkan kemenangannya  walaupun  tanpa kehadiran Sandi di sisinya. Ibu muda itu menjawab "belum fix lagi sebab dalam TV  seluruh Indonesia  telah memaklumkan Jokowi  yang menang merujuk QC "quick count" upahannya. 

Biasalah pemerintah mendapat  biaya dari sumber  tertentu  membeli undi dengan pelbagai cara.  Keputusan akhirnya dijangka akan diumumkan pada  21 Mei kelak. Menunggu tarikh  tersebut  pihak pemerintah  dengan kemenangan palsunya  akan berusaha mengubah  keputusan RC  menjadi QC. Demi mengukuhkan kuasa  mereka sanggup lakukan  apa sahaja. Beginilah  keadaan kejahilan mereka  yang   meletakkan  Allah di belakang  hawa nafsunya.  Tidak ada perasaan  malu di hadapan Allah, apa lagi  di mata penduduk  seluruh  dunia yang menyaksikan perkembangan kejahilan mereka yang menjadi alat kepada  agen 'musuh-musuh' Islam... Kasihan sungguh  dengan Kiyai Maaruf Amin,. sudah sampai masanya direhatkan darimemikirkan politik sekotor itu. 

Sentiasa  ibu doakan  mudah-mudahan   Presiden baru nanti  sentiasa  meletakkan  Allah  no 1 dalam jiwa, fikiran dan tindak tanduknya  walau di manapun dia berada. Maafkan semua seterunya  dan ajaknya kembali bekerja untuk Islam yang sebenarnya.  Paling  menyeronokkan ibu apabila kini sudah kembali wujud pewaris  para anbia yang  tidak mengharapkan hartadan takhta, tetapi hanya wariskan ilmu kepada  para umatnya.  Alhamdulillah team 'Prabowo-Sandi'  sudah  mengisytiharkan  tidak akan mengambil gajinya sebagai presiden dan  wakil presiden dan semuanya akan disumbangkan kepada  duafa, anak yatim dan  fakir miskin. Masha Allah, janji ini  yang ingin ibu saksikan, mudah-mudahan akan menjadi kenyataan dan menjadi ikutan. Aamiin

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil