Bagaimana Hendak Tutup Pintu Masalah?
Benarlah jika kita letak dunia hanya di hujung jari bukan di hati (qalbu), Insha Allah kita akan bahagia...Saadah dicapai melalui proses Tarbiyah Madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam.
Dalam buku Kaunseling Rabbani ada dijelaskan bahawa tiada masalah dalam kehidupan orang mukmin. Yang ada hanyalah 'ujian'.
Pagi tadi Alhamdulillah selesai sudah sesi 'Membumikan Kaunseling Rabbani' di Tangkak, Johor. Membungakan kebahagiaan dan kepuasan kerana dapat berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman tentang konsep 'Proses Tarbiyah' yang agak sukar difahami sebelum ini. Dari wajah-wajah ceria dan respon para pendengar, Alhamdulillah ibu yakin mereka akan membumikan KR secara bertahap. Insha Allah
![]() |
Hakikat Tauhid~ Allah Segala-galanya dalam hidup kita |
Pagi tadi Alhamdulillah selesai sudah sesi 'Membumikan Kaunseling Rabbani' di Tangkak, Johor. Membungakan kebahagiaan dan kepuasan kerana dapat berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman tentang konsep 'Proses Tarbiyah' yang agak sukar difahami sebelum ini. Dari wajah-wajah ceria dan respon para pendengar, Alhamdulillah ibu yakin mereka akan membumikan KR secara bertahap. Insha Allah
![]() |
Sentiasalah fikir apakah sumbangan kita untuk ummah |
Dalam 'Amazing AlQuran' halaman 500 dijelaskan hadis di mana Rasulullah pernah bersabda.
"Ada tiga hal, demi jiwa Muhammad yang ada di genggaman kekuasaan-Nya, aku benar-benr sangat menganjurkn kamu untuk memegangnya iaitu;
i. Harta tidak akan berkurang kerana sedekah, maka bersedekahlah kamu
ii. Tidaklah seorang hamba memaafkan perbuatan zalim sambil berharap Redha Allah, melainkan Allah akan mengangkat kehormatannya kelak pada hari kiamat;
iii. Dan tidaklah seorang hamba membukakan pintu suatu permasalahan kecuali Allah akan membukakan baginya pintu kefakiran"
(Sahih Ar Targib wa Tarhib 814)~ Dr Mahmud Abd Razak Ar Ridwani, Ad Du'au bil Asmaul Husna)
Senang cerita jika tak mahu diri jadi orang yang mengundang masalah maka sentiasalah 'online' dengan Allah dan ikuti proses tarbiyah madrasah Rasulullah SAW.
Kajian Kes Sesi Kaunseling Online :
1. Ada seorang ibu berumur 40an sentiasa 'takut' jika suaminya mula berbaik dengan family bekas madunya (bekas isteri pertama suaminya). Kenapa dia takut???
Adakah dia yang membuka pintu masalah tetapi enggan bertaubat.?
Mengapa dia sentiasa berusaha menjauhkan suaminya daripada anak kandung suaminya sendiri? Mengapa dia takut dan tidak mengizinkan suaminya berkomunikasi dengan anak kandung suaminya sendiri samada melalui telefon, wassap dsb???.
Dalam masa yang sama dia ceritakan hidupnya susah penuh dengan hutang keliling pinggang...
Apakah itu bahagia yang diinginkan?
Tidak tahukah dia bahawa memutuskan silaturahim, buruk akibatnya di akhirat nanti?
Tidak inginkah dia berbahagia bersama keluarga di syurga nanti?
Bertaubatlah... Minta maaf kepada semua pihak yang telah kamu susahkan kerana pentingkan diri sendiri. Selama mana hendak angkuh dan menongkat dunia??? Jika tidak mahu bertaubat, tiada siapapun yang boleh tolong selesaikan masalahnya yang kini sentiasa "stress" dihambat hutang keliling pinggang.
Sebijak manapun kamu 'kurung' suamimu, Allah akan tunjukkan dan buka aibmu apabila sampai masanya kelak. Tunggu dan lihat... Ibu provok secara lembut... Apa yang perlu saya lakukan?
Jawapannya TAUBAT, ikuti proses tarbiyah Madrasah Rasulullah SAW. Ibu amat yakin dengan bahagian 3 hadis di atas (memang dah banyak kes ini berlaku), selagi mana 'pembuka masalah' itu masih sombong dan tidak takut kepada Allah~ tunggulah kefakiran yang tidak diundangnya di hari tua kelak.
2. Ada lagi seorang ibu muda, lari dari suami yang 'zalim' walaupun tidak sezalim Firaun. Membawa lari anak-anak kerana trauma selalu dipukul suami. Hendak mohon fasakh kena bayar RM30,000 dan akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak penjagaan anak.. Senang cerita katanya nak masukkan semua anaknya ke sekolah Tahfiz. Ibu berpesan kepadanya, ke manapun nak hantar anak, pastikan kamu jadi guru pertama kepada anak-anak. Jangan harapkan sekolah Tahfiz boleh selesaikan semua masalah. Jika ibu itu tidak menjalani proses tarbiyah.bermakna telah mengundang masalah dan dia akan mengalami keKECEWAan akhirnya. Mujurlah ibu muda berumur 30an ini ada kesedaran dan mula bertaubat. Dia ingin perbaiki dirinya ikuti proses tarbiyah madrasah Rasulullah SAW. Alhamdulillah, keadaannya kini semakin baik dan sentiasa mendapat pembelaan dari orang-orang yang soleh.

Belajarlah bagaimana pendekatan
Rasulullah SAW ketika mana menyelesaikan masalah salah seorang pemuda di zamannya.
Imam Ahmad telah meriwayatkan
dari Abu Umamah bahawa ada seorang
pemuda datang kepada Rasulullah seraya berkata “Wahai Rasulullah, izinkan
aku untuk melakukan zina” Maka beberapa orang
terus menghampiri pemuda itu lalu memarahinya “diam kamu!”
Sabda Rasulullah “Dekatkan
pemuda itu” Lalu baginda berkata kepadanya “Duduklah” Maka pemuda itupun duduk”
Lalu Rasulullah bertanya “Apakah kamu suka seseorang berzina dengan ibumu?
Pemuda itu menjawab “Demi Allah tidak. Semoga Allah
menjadikanku sebagai tebusanmu. Rasulullah bersabda “begitu pula orang lain,
tidak ada yang suka ibunya berzina dengan orang lain”
Apa yang perlu aku
lakukan Ya Rasulullah?
Rasulullah SAW
meletakkan tangan baginda ke dada
pemuda itu sambil berdoa;
”Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, bersihkanlah qalbunya dan
peliharalah kemaluannya”
Perawi berkata :”setelah kejadian tersebut, pemuda itu tidak lagi menoleh kepada sesuatu maksiat
pun ( perkara yang diharamkan)” (HR Ahmad, disahihkan oleh Syaikh Al-Arna-uth)
Dari hadis di atas ada 7 langkah tindakan Rasulullah mentarbiyah golongan bermasalah tanpa marah.
- Bertenang ~ tidak marah
- Dekatkan kepadanya
- Ajak duduk (redakan rasa tak selesa )
- Provok dengan lembut (cabar dgn soalan)
- Rasionalkan (“begitu juga orang lain…”)
- Tunggu menyerah/pengakuan
- Duduk bertemu lutut (touching)
- Pegang jantung(qalbu)
- Doakan
Tahap-Tahap Proses
Tarbiyah Diri
1. Kenal Diri
2. تخلية Takhliyyah ~ Pengosongan jiwa
3. تحلية Tahliyyah (perhiasan Jiwa )
4. Muhasabah
5. As Saadah (Kebahagiaan) ~ Soleh & Musleh
1. Kenal Diri
2. تخلية Takhliyyah ~ Pengosongan jiwa
3. تحلية Tahliyyah (perhiasan Jiwa )
4. Muhasabah
5. As Saadah (Kebahagiaan) ~ Soleh & Musleh
- Dari mana kita datang?
- Untuk apa kita didatangkan?
- Ke manakah kita akhirnya?
Menjawab 5 teka teki Imam Ghazali
- Apa yang paling dekat?
- Apa yang paling jauh?
- Apa yang paling berat?
- Apa yang paling ringan?
- Apa yang paling tajam?
تخلية Takhliyyah ~
Pengosongan jiwa
Pengosongan daripada
sifat-sifat negatif (mazmumah)
- Membuang sifat-sifat negatif yang menjadi punca kecelaruan (emosi, pemikiran dan tingkah laku negatif)~ Lazimnya apabila berlaku ‘syirik’ ~ petanda ada gangguan
- Mengurus permasalahan diri
- Buang sifat sombong (ibu sifat mazmumah), hasad dengki, riya dan cinta dunia
- Mujahadah An Nafs (Menundukkan hawa nafsu)
- Perlukan latihan bertahap (riyadhah)
- Rutinkan istighfar 70-100 kali sehari
Keberkesanan تخلية ( Takhliyyah
)
- Ada Murabbi/ murabbiyah / mentor/ guru mursyid yang berpengalaman melalui proses Tarbiyah Madrasah Rasulullah Salallahu alaihi wassalam
- Taubat, istighfar~ pengakuan menyerah jiwa kepada Allah (ibrah kisah Nabi Yusuf dan Nabi Ismail semasa kanak-kanak)
3. Lulus
sabar 1st class
& 2nd class
4. Rela dan mudah hadapi sebarang
Musibah ( Sabar 3rd class)
5. Terapi
‘flush’ sampah-sampah emosi:
i. Main Brain wave
“Ya Allah aku ikhlas dan pasrah”
ii.
Tapping 18 point acupuncture
iii. Minum air yg didoakan…
تحلية Tahliyyah
Menghiaskan
jiwa dengan sifat-sifat mahmudah
- Marifatulllah mengukuhkan Tauhid/akidah ~ Suburkan akar
- Menyuburkan keimanan (rohani)~ qiyamulail ~Akar bertunas berdaun dan berbatang
- Meningkatkan daya intelek (belajar, membaca, mengkaji dsb) ~ baja dsb
- Menstabilkan emosi ( 3 tahap kesabaran)~ bunga-bunga
- Kerja-kerja kesukarelawanan (tanpa gaji) mencerminkan keikhlasan, kasih sayang, keprihatinan~ buah-buah
- Mengeratkan silaturahim, ukhuwwah dan mahabbah
- Berjayakah kita menjalankan proses pengosongan (takhliyah)
- Mampukaah kita menghiasi diri (tahliyah) dengan akhlak terpuji?
- Sejauh manakah usaha kita tegakkan Islam dalam diri?
- Apakah sumbangan kita untuk Islam?
- Penyucian harta melalui sedekah,infaq, waqaf dsb
- Ingat mati dan impian husnul khotimah?
- Persiapan bekalan menanti alam barzakh
Saadah (Kebahagiaan )
- Berlaku perubahan dalam jiwa dengan menjiwai atau menghirup “akidah tauhid” hingga menikmati kelazatan iman atau kemanisan iman (halawatul Iman)
- Jiwa rasa lapang, bahagia, puas dan redha dengan apa sahaja yang Allah kurniakan
Ada 3
petandanya…
- Hati terpaut pada hari Akhirat
- Pandang sepi dunia yang penuh tipu daya
- Benci kepada kekufuran seperti mana benci dirinya dicampakkan dalam api neraka. ~ Syeikh Mustafa Mashyur
Comments
Post a Comment