Taddabur Alam, Saham Kita Menuju Destinasi Ke Syurga

Benarlah, jika hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Hiburan yang Allah atur untuk ibu pada hujung minggu 20 April 2019 dapat peluang  buat  'in house training' ke-5/2019 untuk  pengasuh-pengasuh Taska Ummu Salamah mula jam 8.00 hingga  10.00 pagi. Jam 10.30 pagi ibu diamanahkan  beri input tentang  tadabur alam untuk 65-70 puteri-puteri SRATTI. Kepuasan dan kegembiraan apabila dapat respon anak-anak  faham apa yang disampaikan. Tertanam rasa kasih dan mendoakan  mereka, mudah-mudahan semua puteri itu akan meneruskan tarbiyah madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam.
Alam ini adalah Al-Qur'an terbuka. Firman Allah
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha 

 A001

Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Al Hasyr : 1)
 A001
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.( Al Hadid: 1)

A001

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( As Saff: 1)


A001
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Al-Jumuah:1)

A001
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu  ( Surah At Taghabun:1)
A001
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan),

(Surah Al-A'la:1)

Puteri-puteri difahamkan semua isi langit  dan bumi  sentiasa  bertasbih  memuji Allah siang dan malam. Apa akan jadi  jika semua mahluk tersebut  tidak bertasbih? Semuanya  berfungsi dan berperanan dengan baik sekali sebagai makhluk  yang patuh dan taat dengan fitrah  mentasbihkan Allah setiap masa dan ketika.  Kenapa  manusia  yang Allah muliakan dengan akal, tidak mahu bertasbih memuji Allah?

Justeru  itu setiap kali kita makan perlu ingat dan tanya diri, siapa yang  kenyangkan kita?
Adakah makanan semata-mata? Jika  kita  ingat makanan yang kenyangkan, ada 'something wrong' dengan tauhid  kita. Dalam  setiap ujian perlu kita  hadapi  dengan tenang  dan bahagia, menandakan tauhid kita 'clear'. Jika  ada rasa terbeban dan anggap itu adalah masalah, maka  perlu kenalpasti  masalahnya  selalu berpunca dari sikap mensyirikkan Allah. Inilah penyakit  atau karat-karat jahiliyah yang perlu kita  buang  melalui proses  tarbiyah. Bagaimana  caranya? Jalani proses  Takhliyah  dan Tahliyah.
Qalbu  adalah  lubuk bersarangnya 1001 macam penyakit atau kekotoran (sampah-sampah emosi)  yang diibaratkan busuk macam tahi. Adakah sesuai  jika kita hanya renjis atau spray  dengan minyak wangi tanpa  membuang tahi  itu  terlebih dahulu? Usaha membuang  segala  penyakit  hati itu  ibarat kita membuang  segala  tahi-tahi yang  berkubang di qalbu. Inilah proses  Takhliyah  dan memang  sakit hendak berpisah dari kebiasaan  jahiliyah. Kesakitan itu akan hilang  jika  kita sentiasa  istighfar  dan bertaubat, mohon Allah maafkan, ampuni dan terima  taubat kita.

Proses kedua  adalah  proses tahliyah, hiasi qalbu  dengan zikrullah, membaca Al-Quran, Hadis, Tahajjud, puasa, sedekah/infaq, amar maaruf naahi mungkar, kerja kesukarelawanan dan sebagainya.  Hasil  kedua-dua proses ini perlu disusuli dengan selalu Muhasabah diri. Dari empat  proses tersebut  barulah Allah kurniakan Saadah (bahagia).
Saksikanlah betapa bahagianya  Sumaiyyah disula menjadi syahidah pertama, masuk syurga 'short cut'. Asiyah isteri Firaun, tidak bahagia  dengan kemewahan di istana sebaliknya  bahagia apabila  disiksa  dan dibunuh oleh suaminya sendiri. Sempat   beliau berdoa "Ya Allah binalah sebuah istana/ rumah untukku  di sisi-Mu  di dalam syurga" 


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil