Posts

Showing posts from August, 2018

Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 Meriah???

Image
Lumrah kanak-kanak memang  suka mengibar  bendera Malaysia. Memang begitulah kehidupan kanak-kanak, termasuk cucu-cucu ibu, sangat sinonim dengan  kegembiraan dan keselesaan, justeru itu  Tadika, Taska dan Sekolah Rendah sekitar rumah meraikan hari kemerdekaan dengan mengibarkan bendera 'Jalur gemilang' pada hari Khamis sehari sebelum cuti 31 Ogos dengan tema 'Sayangi Malaysiaku'. Adakah cukup sekadar mengibarkan bendera, sebagai  tanda 'Sayangi Malaysiaku'?   Kanak-kanak perlu diasuh dan dididik sayangi Allah dan Rasul terlebih dahulu sebagai teras kehidupan mereka. Sayangi Islam sebagai Deen berpaksi akidah Tauhid. Apabila akidah tauhid mantap baharu kehidupan mereka berubah, membesar menjadi hamba Allah yang bersyukur  dengan banyak nikmat  yang Allah  kurniakan dan bersabar  apabila diuji dengan musibah.  Usaha ini amat perlu untuk menyakini hadis Rasulullah sallallahu alaihiwassalam yang bermaksud; "Ajaibnya orang mukmin itu, apabila diberikan rez

HIJRAH; "Aku Akan Kembali Ke Pangkuan Rabb-ku"

Image
Hijrah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam merupakan peristiwa hijrah  yang menyediakan bekalan rohani dan  sumber inspirasi kepada  generasi  kita di akhir zaman merancang kehidupan bermakna di sisi Allah Subhanahu wa taala. Hijrah yang  memberikan kemenangan terbesar untuk  Islam  bertahan  hingga lebih seribu tahun menaungi dunia dan menjadi rahmat kepada sekelian alam. Belajarlah dari sejarah  hijrah, baru umat Islam akan kuat.  Kini umat Islam bagai  buih-buih di lautan kerana  lemahnya roh mereka kerana  terpersona dengan dunia dan takut mati. Alangkah  bagusnya  jika semua umat islam sentiasa sedar bahawa  kita semua akan kembali kepada-Nya  akhirnya... Inilah hijrah yang kekal. Firman Allah  dalam surah Al-ankabut ayat  26 sudah  pasti amat menginsafkan;  إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ "Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku); sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.&qu

Masya Allah...Tingginya Nilai Sabar

Image
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud "Siapa  yang berlatih untuk  bersabar, nescaya Allah akan menjadikannya   sabar" (HR Bukhari  Muslim) Mengasuh cucu-cucu di waktu siang sungguh nikmat di usia kini kerana  dapat belajar  bersabar. Ini merupakan peluang  keemasan untuk  ibu berlatih bersabar tanpa mengabaikan tugas Utama dalam medan dakwah dan tarbiyah. "Tok ibu janganlah pergi program, tok ibu jangan pergi ceramah..." rengek  Maher, agar ibu ikut kehendaknya.  "Maher, program ini bukan tok ibu yang nak, tapi Allah yang suruh. Kita sabar  patuh ikut perintah Allah nanti Allah  bagi hadiah syurga." Pujuk ibu sambil memeluknya. Cucu ini perlu difahamkan, apabila  sebut  perintah Allah, fitrahnya  memang tidak akan membantah. "Ooh Allah yang suruh kan tok ibu?"  Demi cinta kerana Allah, cucu-cucu juga dapat  merasai nikmatnya tarbiyah mengenal Allah yang Maha Baik sudah sediakan syurga untuk mereka  yang mentaati-Nya. Ketika mereka meri

Mengapa Kita Harus Kembali Kepada Islam Secara Kaffah, Menyeluruh?? Ust ...

Image

Kerjaya Utama Kita

Image
Sebelum Kerajaan Melayu Melaka  dijajah pada tahun 1511, dijajah dan selepas Merdeka pada thun 1957, masyarakat kita, khususnya anak-anak muda masih keliru dan tidak nampak apakah Islam yang sebenar. Bagaimana  Islam membawa  rahmat kepada sekelian alam?  Tidak ramai  azatizah yang berjuang memberi kefahaman dan kesedaran kepada  masyarakat tentang hakikat Islam sebagai satu sistem bermula  dari  benih akidah yang benar, ibadah yang sahih dan akhlak terpuji. Alangkah  beruntungnya  jika semua asatizah, khususnya di sekolah-sekolah harian biasa memiliki jiwa  seperti Ebit Liew, ramai remaja dapat diselamatkan akidahnya. Ramai orang Islam tidak  bahagia kerana  tidak membesarkan Allah. Bahagia  yang sebenar apabila  kita membesarkan Allah. Tujuan hidup  kita  supaya  dapat redha Allah. Ajak  diri, anak isteri/suami kenal Allah.  Masuk tahun ke 4 ibu berhijrah barulah dapat rasa dan sedar masih ada kerjaya walaupun sudah pencen. Kerjaya utama bukanlah sebagai seorang kaunselor, bukan