Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 Meriah???

Lumrah kanak-kanak memang  suka mengibar  bendera Malaysia. Memang begitulah kehidupan kanak-kanak, termasuk cucu-cucu ibu, sangat sinonim dengan  kegembiraan dan keselesaan, justeru itu  Tadika, Taska dan Sekolah Rendah sekitar rumah meraikan hari kemerdekaan dengan mengibarkan bendera 'Jalur gemilang' pada hari Khamis sehari sebelum cuti 31 Ogos dengan tema 'Sayangi Malaysiaku'. Adakah cukup sekadar mengibarkan bendera, sebagai  tanda 'Sayangi Malaysiaku'?  

Kanak-kanak perlu diasuh dan dididik sayangi Allah dan Rasul terlebih dahulu sebagai teras kehidupan mereka. Sayangi Islam sebagai Deen berpaksi akidah Tauhid. Apabila akidah tauhid mantap baharu kehidupan mereka berubah, membesar menjadi hamba Allah yang bersyukur  dengan banyak nikmat  yang Allah  kurniakan dan bersabar  apabila diuji dengan musibah.  Usaha ini amat perlu untuk menyakini hadis Rasulullah sallallahu alaihiwassalam yang bermaksud;

"Ajaibnya orang mukmin itu, apabila diberikan rezeki, dia bersyukur, itu baik baginya  dan apabila diuji, dia bersabar, itu  juga baik baginya" 

Jika hadis ini dapat  dihayati oleh warga  Malaysia khususnya  kanak-kanak, baharulah bermakna tema 'Sayangi Malaysiaku'. Jiwa mereka meriah kerana cinta Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya.  Tanpa akidah Tauhid 'sayangi Malaysiaku' bagai debu yang berterbangan (habaan mansura) hanya  menjadi  impian dan sukar menjadi kenyataan. Maksiat  terus berleluasa dan tidak dapat dibendung. Di mana  letaknya cinta Islam, cinta Allah dan Rasul   dalam percaturan kerjaan  baharu  sekarang?

Seawal pagi sebelum  Subuh 31 Ogos  kami mula bermusafir  turun ke  arah selatan tanah air  sambil memerhati setiap kenderaan yang  naik ke utara. Dalam ribuan kenderaan yang bergerak perlahana itu  memang  sukar  sekali  ternampak kereta, bas mahupun lori yang  mengibarkan  bendera  'jalur gemilang.' Macam-macam persepsi yang keluar dalam fikiran ibu, antaranya  "tiada  bekalan bendera percuma agaknya?" Sangkaan itu meleset sama sekali kerana ada pihak memaklumkan kerajaan PH memang bekalkan  bendera untuk dikibarkan. Mungkinkah ini "Tanda protes"  terhadap kerajaan  baharu?  Indah khabar dari rupa jika kita merujuk menifesto yang diwar warkan menjelang PRU ke 14." Jika  benar mereka protes, kita  tunggu  dan lihat  keputusan pilihanraya kecil (PRK) Seri Setia  pada  8 September tidak lama lagi. Paling tidak, jika tidak menangpun sekurang-kurangnya Dr Halimah (wakil PAS)  dapat mengurangkan majoriti kemenangn wakil kerajaan PH sebelum ini menunjukkan sudah ada petanda  bahawa rakyat sedang protes walaupun belum setahun jagung usia kerajaan baharu ini.

Mengapa mereka protes??? 

Tiada siapa yang selesa duduk dalam  suasana komuniti yang  saling menyalahkan antara sama lain. Benarlah firman Allah Subhanahu Wa Taala, memang manusia itu sifatnya sentiasa berkeluh kesah. Dlam berita perdana setiap hari kita dihidangkan dengan keluh kesah  termasuklah  pemimpin negara kita sekarang, asyik menyalahkan pemimpin yang lalu tanpa sedar bahawa  pemimpin  yang lalu juga adalah anak didiknya. Satu telunjuk kita tunjuk orang itu salah, tanpa sedar  empat jari  menunjuk kepada diri kita sendiri. Satu demi satu kelemahan Allah dedahkan menyebabkan  rakyat semakin 'peka' ingin kembali kepada  hakikat  kehidupan Islam yang Syamil, Kamil dan Mutakkamil (menyeluruh,lengkap dan bersepadu) berteraskan  tauhid/ keimanan kepada Allah. 

Siti Kasim juga mulai gusar kerana menurutnya orang-orang sepertinya sudah semakin berkurangan di bumi Malaysia. Ini petanda rakyat  Malaysia  semakin bijaksana, berfikir menggunakan IMAN  memandu akal mereka. Pentingnya  gerakan dakwah dan tarbiyyah  digencarkan seluas-luasnya memberi kefahaman dan kesedaran. paling utama  jadikanlah  aktiviti dakwah dan tarbiyah ini sebagai kerjaya utama kita. Gantikan pemimpin negara kita dengan calon yang tidak suka berkeluh kesah serta  tidak asyik menyalahkan orang lain. 



Di mana meriahnya  hari kemerdekaan? Setiap  hari perlu kita meriahkan dengan kemerdekaan  jiwa dari sifat berkeluh kesah.

Surat Al-Ma'arij ayat 19
Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.
 
Surat Al-Ma'arij ayat 20
Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah,
 
Surat Al-Ma'arij ayat 21
dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,

Surat Al-Ma'arij ayat 22
kecuali orang-orang yang mengerjakan solat,
 
Surat Al-Ma'arij ayat 23
yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya,
 
Surat Al-Ma'arij ayat 24
dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu,
 
Surat Al-Ma'arij ayat 25
bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta),
 

Dengarlah ulasan tafsir  dan  bacalah buku-buku tafsir ulamak-ulamak muktabar tentang sifat keluh kesah itu dan bagaimana cara merawatnya?  Orang yang yakin adanya kehidupan akhirat  segala musibah akan terasa ringan. Pentingnya  kefahaman tentang Deen untuk menjadi pemimpin orang-orang bertaqwa. Jika ingin masuk syurga itu  dengan amal, bukan dengan angan-angan! Fastabiqul khairat, berlumba-lumbalah melaksanakan kebaikan  demi mencari keredhaan Allah.  Tundukkan  hawa nafsu agar ikut  Iman, inilah kemerdekaan yang sebenarnya. Jika  hawa nafsu dapat ditundukkan, inilah kebahagiaan yang sebenarnya. Syurgakan jiwamu sebelum kamu mensyurgakan orang lain. Tanpa  ada syurga dalam jiwa para pemimpin dan pendidik, di manakah kemeriahan hari kemerdekaan?

Berita terkini akan dilantik seorang kaunselor bagi setiap hampir  1500 guru. Majoriti  guru bermasalah bagaimana mungkin dapat mendidik jutaan anak didik yang merana jiwa mereka? 

Jom kembalilah kita semua  kepada manhaj Rabbani, Insya Allah semua  masalah akan dapat diatasi dengan pertolongan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil