Kerjaya Utama Kita

Sebelum Kerajaan Melayu Melaka  dijajah pada tahun 1511, dijajah dan selepas Merdeka pada thun 1957, masyarakat kita, khususnya anak-anak muda masih keliru dan tidak nampak apakah Islam yang sebenar. Bagaimana  Islam membawa  rahmat kepada sekelian alam? 

Tidak ramai  azatizah yang berjuang memberi kefahaman dan kesedaran kepada  masyarakat tentang hakikat Islam sebagai satu sistem bermula  dari  benih akidah yang benar, ibadah yang sahih dan akhlak terpuji. Alangkah  beruntungnya  jika semua asatizah, khususnya di sekolah-sekolah harian biasa memiliki jiwa  seperti Ebit Liew, ramai remaja dapat diselamatkan akidahnya. Ramai orang Islam tidak  bahagia kerana  tidak membesarkan Allah. Bahagia  yang sebenar apabila  kita membesarkan Allah. Tujuan hidup  kita  supaya  dapat redha Allah. Ajak  diri, anak isteri/suami kenal Allah.

 Masuk tahun ke 4 ibu berhijrah barulah dapat rasa dan sedar masih ada kerjaya walaupun sudah pencen. Kerjaya utama bukanlah sebagai seorang kaunselor, bukan juga sebagai suri rumah tangga. Murabbai sering menyebut bahawa kerjaya  utama kita adalah sebagai 'hamba Allah' dan sebagai  khalifah Allah di muka bumi ini. Harus bekerja keras  berdakwah  dan mentarbiyah diri, keluarga dan masyarakat memahami Islam yang tulen sepertimana Islam yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wassalam.



Alhamdulillah  kini sudah masuk  tahun ke-3 ibu berpeluang  meneruskan belajar dan mengaji  cara berdakwah dalam pengajian bulanan daripada Murabbi berpengalaman  mengendalikan  Daurah Murabbiyah. Program ini khusus untuk mereka yang istiqomah mengendalikan halaqah. Kami dibimbing bagaimana melengkapkan fail kit Tamhidi, mencerakin tajuk-tajuk penting dan mula  melaksanakan teknik-teknik yang dipelajari  dalam halaqah-halaqah  yang telah diamanahkan kami kendalikannya.

Inilah  takdir indah dari Allah, hijrah yang  bermanfaat di mana Allah pilihkan untuk ibu bahawa Perlis merupakan tempat yang paling sesuai untuk ibu suburkan potensi yang terpendam dalam kerjaya utama iaitu  dakwah dan tarbiyah. Sebelum berhijrah (sekitar bulan Febuari 2015), salah seorang abang ibu pernah berpesan "Usah toleh ke belakang lagi, teruskan kehidupan, mudah-mudahan  kau akan jadi ustazah di sana nanti"
Apa yang dikatakan itu menjadi kenyataan, tanpa dipinta ke mana sahaja ceramah diadakan mereka panggil ibu "ustazah" walaupun sudah berulang kali disebut dan diingatkan "saya bukan ustazah"
Yang paling membahagiakan, walaupun sebelum ini hanya seorang anak dan seorang  menantu yang panggil "ibu," kini lebih ramai  yang panggil "ibu' termasuklah  majoriti pelajar matri khususnya  pelajar asrama puteri. Panggilan teacher ibu juga menjadi kebiasaan di kalangan  masyarakat  Tunjung dan Beseri. Bukan sahaja  cucu kandung dan cucu-cucu  tiri panggil 'Tok ibu,' anak-anak di Taska dan Tadika di sini juga  panggil  'Tok ibu,' lebih-lebih lagi  selepas  ibu rajin adakan sesi bercerita kisah-kisah di dalam Al-Qur'an.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil