Posts

Showing posts from October, 2018

INTIMA' MASIRI

Image
Alhamdullillah thumma  Alhamdulillah...Hasrat berkongsi ilmu dengan anak menantu  ibu Allah makbulkan  sebaik sahaja  ibu pulang  ke home stay  setelah mendengar  ceramah dari salah seorang Syeikh  yang berpengalaman  dalam dakwah  dan tarbiyah. Program kali ini Allah izin dijalankan di Masjid Putera, persint 1 , Putra Jaya. Kami menyewa sebuah homestay Teratak Suraya di Persint 17, yang selesa  dan tuan rumahnya  kelihatan sangat baik hati  sebaik namanya  Haniff. Moga Allah nampakkan kepadanya  indahnya  Dakwah Islam melalui akhlak terpujinya melayan tetamu di luar jangkaan. Misi kami ke Putra Jaya adalah  pakej  6 dalam satu, Pertama menemani suami sebagai salah seorang  penceramah, Kedua ibu juga sebagai salah seorang peserta mewakili Haluanita Perlis, Ketiga bermusafir bersama  dua akhowat kesayangan, Keempat refresh family day bersama family anak ibu setelah mereka pulang dari Haji, Kelima ziarah kakak yang terjatuh di bilik air  dan Keenam meraikan perkahwinan ana

Proses Pembersihan & Zaman Kebangkitan Islam

Image
Halaqah hari ini sungguh membahagiakan ibu, semua ahli dapat hadir. Alhamdulillah, hadir bersama hati yang  redha diiringi pelbagai juadah . Sebelum ini, pasti ada seorang atau dua  yang tak hadir seperti bergilir ambil cuti halaqah. Keriangan bersantai selepas halaqah di bilik Kaunseling Petangnya kami dikunjungi oleh keluarga  cucunda Sulaiman al Faruqi Bin Mukhlis. Ibunya bernama Ainin Sofea Bte Nordin yang baru pulang dari Jordan. Mereka minta UOHS tahnikkan puteranya. Allah gerakkan hati tiba-tiba sahaja teringin bawa cucu  di rumah  yang bernama Amani duduk sekali. Tak sangka  ayah Sulaiman Faruqi ambil gambar kami bertiga. Alhamdulillah  ada kenangan dapat kami simpan untuk tatapan mereka apabila dewasa  nanti.  jadikan kalimah la illa ha illallah sebagai kalimah yang dicintai Alhamdulillah selepas seminggu berduka muncul pula rasa suka. Hidup ini bagai roda sentiasa  berputarke atas dan ke bawah. yang beri kita  kegembiraan  dan kedukaan  adalah Allah. ketika

Persiapan Transit Di Alam Barzakh

Image
Alhamdulillah, kesan  penyampaian  tafsir  salah seorang ustazah, pakar tafsir Matri dalam  halaqah Khamis minggu lepas, sangat terkesan di dalam jiwa. Surah Al-Isra' ayat  terakhir, jika diulang-ulang akan menghilangkan segala resah  di jiwa. Dibantu pula dengan  doa اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ Allâhumma innî as’aluka bi annî asyhadu annaka antallâhu, lâ ilâha illâ antal ahadus shamad, alladzî lam yalid wa lam yûlad, wa lam yakullahû kufuwan ahad. Artinya, “Tuhanku, aku memohon (pertolongan) kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa Engkau adalah Allah. Tiada tuhan selain Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung yang tiada melahirkan dan tiada dilahirkan, serta tiada apapun yang menyamai-Nya.” Jazakumullahu khyran kathira  ustazah Narshima Bte  Abd Rahman. Moga Allah permudahkan tugas dakwahmu dengan tafsir Al-Qur'