Proses Pembersihan & Zaman Kebangkitan Islam
Halaqah hari ini sungguh membahagiakan ibu, semua ahli dapat hadir. Alhamdulillah, hadir bersama hati yang redha diiringi pelbagai juadah . Sebelum ini, pasti ada seorang atau dua yang tak hadir seperti bergilir ambil cuti halaqah.
![]() |
Keriangan bersantai selepas halaqah di bilik Kaunseling |
Petangnya kami dikunjungi oleh keluarga cucunda Sulaiman al Faruqi Bin Mukhlis. Ibunya bernama Ainin Sofea Bte Nordin yang baru pulang dari Jordan. Mereka minta UOHS tahnikkan puteranya. Allah gerakkan hati tiba-tiba sahaja teringin bawa cucu di rumah yang bernama Amani duduk sekali. Tak sangka ayah Sulaiman Faruqi ambil gambar kami bertiga. Alhamdulillah ada kenangan dapat kami simpan untuk tatapan mereka apabila dewasa nanti.
![]() |
jadikan kalimah la illa ha illallah sebagai kalimah yang dicintai |
Alhamdulillah selepas seminggu berduka muncul pula rasa suka. Hidup ini bagai roda sentiasa berputarke atas dan ke bawah. yang beri kita kegembiraan dan kedukaan adalah Allah. ketika duka, muhasabahlah. ketika suka, bersyukurlah. Dalam halaqah tadi tersebut "jadikanlah halaqah ini aktiviti kecintaan kita, saling lengkap melengkapi (takmil wal istikmal) dalam proses kita menyahut seruan Allah dalam surah Al-Asr. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, saling berwasiat menegakkan kebenaran dan saling berwasiat dengan penuh kesabaran" Jika ingin bersama menikmati kemanisan Iman dan Ukhuwwah, jom kita berusrah, medan pertama bermulanya kita hidupkan keikhlasan berubudiyyah. Ikhlas adalah kalimah paling mulia yang naik ke langit mengundang hidayah dan taufiq allah dari langit turun ke bumi. Tiada ruginya kita korbankan sedikit masa bersama bersembang dan bersantai... kecuali apabila rasa diri sudah serba sempurna,ibu tak boleh buat apa-apa, tunggulah saat Allah akan tundukkannya...
Ingatlah bahawa azab Allah amat pedih, sudah dirasakan di dunia lagi bagi mereka yang angkuh dan sombong dan dengan sengaja membelakangkan syariat Allah. Apa yang berlaku di setiap penjuru dunia termasuk di Palu, Sulawesi Indonesia, sudah dinyatakan di dalam Al-Qur'an. Hikmah pertamanya telah membuka mata hati sanubari pemimpin dunia 'Jangan main-main dengan Islam, Jangan main-main dengan syariat Allah'
Hikmah kedua telah menyatukan hati umat khususnya NGO-NGO sedunia menghulurkan pertolongan dalam misi kemanusiaan dari seluruh pelusuk dunia. Jika umat Islam tidak bersatu, misi Kristian akan lebih aktif lagi membantu mereka.
Hikmah ketiga, Palu sedang menjalani proses pembersihan menundukkan jiwa para penduduknya secara paksa (melalui musibah). Mudah-mudahan selepas peristiwa seluruh penduduk Palu semakin bertaqwa, memudahkan kebangkitan Islam di sana. Insya Allah.
Hikmah keempat, ibu terfikir, pentingnya sabar 1st class, ujian sabar mentaati Allah, Mohon Allah permudahkan kita lulus sepanjang hayat, baharulah hawa nafsu boleh bersabar dari segala maksiat atau menjauhi segala maksiat kerana Allah jua. Jika ditakdirkan ditimpa musibah, tidak menjadi masalah, tidak timbul trauma bagi mereka yang memahami bahawa musibah itu adalah penghapus dosa bagi mereka yang redha.
Paling mengejutkan masyarakat dunia selepas seminggu kejadian itu, timbul pula kisah Khabib dari Russia dengan izin Allah telah mengecewakan juara dunia dalam pertandingan yang tak pernah ibu ambil tahu sebelum ini. Kata-kata Khabib menyebut "Alhamdulillah, Allah gave me everything, Alhamdulillah, Alhamdulillah dan la hau la wala quwatta illa billah" pasti telah membuka mata penduduk seluruh dunia bahawa kekuatan itu dari Allah. Tanpa Allah kita tidak ada apa-apa... Masya Allah, ibu rasa bangga sungguh Allah izin ada insan seberani Khabib berdakwah dalam bidang kepakarannya. Jaga hubungan baik dengan Allah...
Inilah Idola zaman Siber yang perlu kita banggakan dan ceritakan kepada anak cucu bahawa Allah perlu letakan nombor satu dalam jiwa kita, nombor satu dalam fikiran kita dan nombor satu dalam segala tindak tanduk kita. inilah hakikat indahnya Islam. Tidak rugi kita tinggalkan 'gelaran-gelaran' dunia demi menjaga maruah Islam.
Comments
Post a Comment