INTIMA' MASIRI

Alhamdullillah thumma  Alhamdulillah...Hasrat berkongsi ilmu dengan anak menantu  ibu Allah makbulkan  sebaik sahaja  ibu pulang  ke home stay  setelah mendengar  ceramah dari salah seorang Syeikh  yang berpengalaman  dalam dakwah  dan tarbiyah. Program kali ini Allah izin dijalankan di Masjid Putera, persint 1 , Putra Jaya. Kami menyewa sebuah homestay Teratak Suraya di Persint 17, yang selesa  dan tuan rumahnya  kelihatan sangat baik hati  sebaik namanya  Haniff. Moga Allah nampakkan kepadanya  indahnya  Dakwah Islam melalui akhlak terpujinya melayan tetamu di luar jangkaan. Misi kami ke Putra Jaya adalah  pakej  6 dalam satu,
Pertama menemani suami sebagai salah seorang  penceramah,
Kedua ibu juga sebagai salah seorang peserta mewakili Haluanita Perlis,
Ketiga bermusafir bersama  dua akhowat kesayangan,
Keempat refresh family day bersama family anak ibu setelah mereka pulang dari Haji,
Kelima ziarah kakak yang terjatuh di bilik air  dan
Keenam meraikan perkahwinan anak   bungsu  abang ibu di Shah Alam.
Dalam menjayakan misi ini, ibu tidak memaksa sesiapapun. Masing-masing fokus kepada kerjaya utama  masing-masing demi mengharapkan redha Allah. Suami tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan anak bungsu  abang ibu juga tidak menjadi masalah kerana ibu faham tugas utamanya menyampaikan kebenaran memerlukan persiapan yang rapi.

Syukur Alhamdulillah, Allah sentiasa  mempertemukan kami  dengan jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya   untuk Allah. Inilah jiwa-jiwa  yang terikat di atas dasar akidah  yang jelas, terikat dengan fikrah Islam yang Tulen dan terikat  dengan  wahdatul  amal. Insya Allah. Inilah kemuliaan  rombongan kami  akan  bergabung selamanya  menuju redha Allah,akan  bersama rombongan roh para anbia (paling tinggi darjatbya), roh para syuhada, roh para sidiqqin dan roh para solehin. Insya Allah. Kemuliaan ini bukanlah  kebangaan mendapat naik pangkat (jawatan), kedudukan dalam masyarakat ( datuk, Datin, Profesor dsb), sanjungan dan pujian sebaliknya  kemuliaan ini kerana  mendapat  mas'uliyah melaksanakan taklif Rabbani.

Ibu amat bersyukur pada Rabu lepas Allah permudahkan ibu dapat mulakan projek membumikan Kaunseling Rabbani di bilik Kunseling. Ini adalah pilot program, ibu cuba selesaikan 6 modul hingga  mereka  perolehi sijil untuk mengamalkan Kaunseling Rabbani di mana-mana sahaja mereka  pergi kelak. Bahkan merekalah yang akan menjadi wakil kami  memperkenalkan kaunseling Rabbani. Di mana bumi dipijak, di situlah langit  dijunjung. Ini bukanlah kerja individu, ibu yakin akan lebih ramai asatizah dan kaunselor akan membantu ibu kelak. Insha Allah. Yang penting, mulakan dahulu apa yang termampu tanpa mengabaikan tugas utama sebagai isteri. Keseronokan melaksanakan kerja dakwah ini kerana  tidak memikirkan keuntungan duit. Dakwah kerana  Allah  semata-mata. Moga  Allah subur dan kekalkan jiwa hanya ingin berbakti dan mengabdikan diri untuk-NYA. Kena faham apakah tujuan kita  'intima' atau bergabung dakwah dan tarbiyah ini.


Menurut Syeikh tersebut gabungan ini adalah kemuliaan, gabungan ini adalah kewajipan. Mulianya gabungn ini kerana Allah pilih kita untuk bergabung dengan dakwah.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
 Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata, "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri"?

Syeikh itu  ajak kami fokus kepada dua bahagian;
1. Penggabungan  berciri yang BENAR
2. Penggabungan yang palsu  dan ditolak

Penggabungan Berciri yang BENAR 
 
Imam As Syahid Hasan Al Bana  sering mengingatkan kita erti intima' yang benar. Dakwah kita murni, suci dan bersih daripada pelbagai kepentingan peribadi atau  mengharapkan sesuatu manfaat.  Kita gabungkan dirik bukan kerana seseorang individu yang kita cintai walaupun rasa cinta dan ukhuwwah itu harus disuburkan. Namun keterlibatan kita  kerana  manhaj (sistem) Islam itu sendiri.  Dakwah Islam bersih daripada  segala ketamakan dan kepentingan diri.  Okeh itu dakwah yang suci, tulus dan murni. Dakwah kita  suci, tulus  dan murni, putih bersih dan tidak bercampur dengan warna-warna lain seperti  matlamat kebangsaan, sebaliknya warna kebenaran (HAQ) mencintai  kesepakatan/ kesatuan, dekati kasih sayang dan ukhuwwah hanya kerana Allah serta  membenci nifaq  dan menjauhi perpecahan dan perselisihan.
Hakikat intima' adalah ikhlas di mana dakwah ini tidak sekali-kali menerima sekutu-sekutu yang lain (tanpa  tujuan) Adalah tidak wajar  seseorang itu  menggabungkan diri kerana ada tujuan-tujuan lain.

Bentuk-Bentuk Intima; yang ditolak

Keterikatan terhadap individu

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya untuk kamu, pada diri Rasulullah ada uswatun hasanah"
Intima; kita bukan kepada diri Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam tetapi intima' kita kepada Islam atau risalah yang dibawa oleh baginda.
Isteri baginda Aisyah pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. dijawab oleh Aisyah ra "Akhlak Rasulullah adalah Al-Qur'an" 
Ini bermaksud  jasad baginda Rasulullah  menterjemahkan  prinsip-prinsip Al Qur'an.

Setelah kewafatan Rasulullah, para sahabat khususnya  Umar  sukar menerima  hakikat ketiadaan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Lalu Saidina  Abu Bakar memberi khutbah yang bermaksud;
"Sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad  telah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah, Allah Maha Hidup selamanya..."

Teratak Suraya 
Persint 17, Putra Jaya
21-10-2018

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil