Monday, 29 December 2014

Sekali Air Bah, Jika Bersyukur, Pantainya Bertambah Indah

Peribahasa orang-orang tua dahulu memang terkandung keindahan  makna yang tersirat. Sekali  air bah, sekali pantai berubah. Maksudnya lebih kepada pertukaran kepimpinan yang  ikut kepala, utamakan nafsu  dan pemikiran yang berbeza, sebaliknya  meletakkan  acuan Allah sebagai pilihan terakhir. Hidup sentiasa  dirundung  malang

Dalam sejarah kepimpinan ummat Islam, jika ada kesatuan akidah, kesatuan pemikiran dan kesatuan amal, air bah  atau banjir bagaimana besar  sekalipun, akhirnya pantai akan tetap cantik, bahkan bertambah bersih dan indah. Kalau inginkan sebarang perubahan yang lebih baik dan berkesan  pasti kita semua diuji dengan ujian bertubi-tubi dengan 'bah', banjir atau masalah.. Allah akan 'test' keikhlasan kita, dalam masa yang sama Allah uji kesabaran kita... Benar sekali, bukan senang  hendak masuk syurga!



Banjir  di luar jangkaan~ Betapa  Hebatnya  kuasa Allah..

Kali pertama  dalam sejarah hidup , nampak banjir hingga  ke paras  bumbung
Ujian 'berat' yang dihadapi oleh seluruh  negara khususnya di Pantai Timur dan Utara Malaysia, terutama di Kelantan, Pahang dan Terengganu, dihadapi oleh orang beriman dengan penuh sabar. Satu dunia  Islam mendoakan termasuk penduduk Gaza di Palestin..

Terserlah keperihatinan seluruh rakyat  ingin membantu mangsa yang hanya sempat makan biskut. Sebaik-baiknya dibekalkan kurma kerana lebih mengenyangkan lebih-lebih lagi mereka  tidak ada peralatan untuk memasak.

Orang-orang beriman yakin pasti ada hikmah di sebalik ujian yang agak luar biasa, Menjadi sejarah dunia banjir mencecah  hingga ke bumbung.. Terbayang-bayang kisah nabi Nuh di mana Allah berfirman   dalam surah Hud..
A040
(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
(Hud 11:40) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A041
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Seorang sahibah  yang menjadi mangsa  berkongsi pengalaman mengakui seolah-olah  sudah melalui  dan  merasai ujian yang dihadapi oleh Nabi Nuh dalam surah Hud. Mujurlah bumi tidak diterbalikkan dan kita tidak dihujani dengan hujan batu seperti yang berlaku dalam kisah nabi Lut;

A082
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
(Hud 11:82) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
Hikmahnya banjir tahun ini menggamit rasa semua rakyat Malaysia, khususnya Sultan Kelantan menjadi contoh pemimpin yang disantuni oleh rakyat Malaysia, tatkala pemimpin utama alpa dengan 'dunia'nya. Suara anak muda dalam whats app dan facebook memaki hamun kerana  ada yang takut hendak isytihar 'Dharurat". Ibu pesan agar kita  doa yang baik-baik sahaja..Biarlah mereka jawab di hadapan Allah  nanti...

Tiada  siapa yang berani  melawan kuasa Allah yang menguasai sekelian alam...Satu dunia  terpegun melihat betapa hebatnya  kuasa  Allah..Ujian  tanda  Allah  sayang, agar kita semua bertambah  dekat dengan-NYA.

Firman Allah SWT dalam surah  Hud: 23
A023
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.

Ibu kagum ketika terbaca keinginan 'ulamak kecil' yang bakal menerajui negara untuk generasi akan datang dalam facebook beritahu ibunya 'teringin  nak rasa  macam mana keadaan  banjir". ..

Peristiwa banjir kini mengimbau kembali kenangan lama..Tahun 1969 kami sekeluarga berpindah ke Tangkak, abah siapkan  sebuah rumah di tanah sawah berhampiran sungai. Ketika itu, ibu  berusia 7 tahun. Apabila  hujan tidak berhenti, kami yang masih kecil memang paling suka, tahan tidak tidur melihat air naik dan banjir. Bermulalah gotong royong menyelamatkan barang diletakkan di tempat lebih tinggi ..

Beginilah kehidupan kanak-kanak, apa suasana sekalipun, orang dewasa mengeluh rasa  susah, tapi kanak-kanak gembira...Kami adik beradik menghargai sepenuhnya waktu banjir dengan bermain air sepuas-puasnya. Apabila air surut, paling seronok semua ahli keluarga  bergotong royong membersihkan rumah..  Bermain air lagi... Selepas itu lega sangat..sampah sarap dan semua yang menyemakkan mata sudah dihanyutkan oleh air.. Rumah kami kelihatan lapang  dan  bersih. Inilah  di antara hikmah  banjir kecil yang kami hadap setiap tahun semasa kecil..

Terbaca ucapan Ustaz Hadi Awang, banjir besar  di Kelantan merupakan proses pembersihan menjelang perlaksanaan Hudud..Mungkin benar kata ulamak ini, memang tidak boleh dinafikan.Insya Allah.

Isu banjir besar ini , ibu nak kaitkan  dengan  pengalaman ALP menanggung kos yang agak tinggi membayar gaji guru-guru...Kak Ngah merespons "20 tahun Ngah menangis  sorang-sorang , tak ada siapa yang sudi nak tolong". Terdetik rasa bersalah di sudut  hati, "alahai kasihannya  kakakku.." tidak pernah peduli untuk ambil tahu perkembangan Taska dan Tadika  yang dirintis olehnya 20 tahun lalu.

Ibu amat terharu dengan pengorbanan Dato', Datin dan Hjh Ngasobah turun padang mengenalpasti punca masalah yang perlu ditangani  dengan penuh hikmah. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka, sentiasa  rasa bahagia , puas  dan tenang walaupun diuji bertubi-tubi  untuk merubah keadaan pengurusan kewangan yang tidak cekap..Mudah-mudahan akan  wujud  sistem pengurusan yang cekap oleh staff yang Allah aturkan kelak..InsyaAllah.. 

Teringat pesanan dua sahibah, pengurus  tadika  yang berjaya merespons tentang gaji minima RM900 yang disarankan oleh pejabat buruh. 
"Saya tawarkan gaji RM900 kepada staff jika dia  setuju nak datang seawal jam 6.30 pagi dan balik pukul 5 petang dan ikuti kursus, usrah, tazkrah, ijtimak dan mesyuarat..Sebab itu pentingnya kita  ambil staff yang kuat hubungan hatinya dengan Allah.., banyak permudahkan urusan kita. Jika mereka  tidak setuju dengan syarat ini beri mereka alternatif.. Jika nak datang lambat atau nak balik awal memang gaji rendah! Kalau  tak, penat  kita nak melayan kerenah mereka!!" Pengalaman mereka  kendalikan  Tadika  sudah melebihi 20 tahun..

Benar sungguh pandangan pengurus  Taska  Permata Ceria  yang pernah kami lawati di Kempas.."Saya terpaksa berhentikan 10 staff  yang  jadi racun..Senang kita urus  dan latih  staff baru..."

Dari pemerhatian selama hampir  dua tahun, kesilapan yang perlu diperbaiki oleh ALP adalah terlalu mudah offer  gaji tinggi kepada staff yang banyak berkira dan tidak  berminat mengikuti  majlis ilmu. Kalau datang majlis ilmu dengan muka masam mencuka, macam dipaksa-paksa...Sampai bila staff itu nak derita dan  menyiksa diri sendiri?.
Firman Allah SWT;
A117
Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.
(Hud 11:117) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Dengan gaji tinggi , ada yang selalu  datang lambat, bahkan  berani 'demand' nak balik awal sesuka hati.  Bak kata  seeorang  murabbi " ada orang bukan boss tapi bossy". 
Terlintas dalam fikiran  ibu, berhadapan  pula dengan "Boss yang tak bossy"..alamat kena buli! Nauzubillah...
Astaghfirullah..., Allah  kan ada, DIA  yang akan selesaikan kes ini satu persatu..Insya Allah.

Bagi ibu 'masalah-masalah kecil' ini jika tidak ditangani  segera, akan jadi racun menghalang kelicinan pengurusan kerana  mereka tidak mahu ambil peluang untuk dekat dengan Allah,  bahkan gagal menjadi contoh yang baik kepada staff-staff  baru kelak. Bimbang  virus dan racun ini akan menular kepada staf baru. Beri mereka pilihan, samada  hendak berubah  atau tarik diri ('resign'). Pilihan ini mengajak mereka agar  tahu  bersyukur.

A108
Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus.
(Hud 11:108) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Allah atur fokus  ibu lebih kepada perlaksanaan 'modul' LAP secara bersistem.
Ribut taufan apa sekalipun yang berlaku dalam atau luar sana, Sistem Allah, iaitu tarbiyyah Rabbani wajib dilaksanakan selagi hayat dikandung badan. Semoga  Allah beri kekuatan untuk terus istiqomah, tsabat  dengan penuh keikhlasan dan kesabaran mengharungi 'banjir' atau 'bah' yang sentiasa menguji hati kami. Ayat-ayat Allah  sentiasa menjadi peneguh jiwa...

A123
Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(Hud 11:123) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark

Positif terima 'banjir' itu sebagai pembersih dan penghapus dosa, memudahkan sistem tarbiyyah ini dilaksanakan dengan lancar..Sekali air bah, Insya Allah pantai akan tetap cantik bahkan bersih dan bertambah indah kelak. Analogi kehidupan yang dilalui oleh orang beriman  sentiasa bertaubat  dan membersihkan hati agar semua kerja jadi ibadah yang diredhai Allah, InsyaAllah...Inilah impian kami selamanya..Semoga  Allah merahmati  selama-lamanya..Aamiin.

Ombak memukul pantai untuk membersihkannya dari segala sampah sarap

Wednesday, 24 December 2014

Pengorbanan Yang Lumayan

Jumaat, 19 Disember 2014, genap  dua  tahun umur  cucu sulung ibu, Musthofa Mishary. Semoga Allah rahmati cucu tok ibu selamanya.. Amin..


Pejam celik, pejam celik terasa begitu pantas masa berlalu. 
Pada tarikh yang sama Allah hibur hati ibu  dapat  bersama team kedua SmarTop  Subur Fitrah ikuti kursus LAP  di pejabat Haluan Bangi. Alhamdulillah mudah-mudahan menjadi pengorbanan yang lumayan  (memberikan kepuasan jiwa) sepanjang hayat merupakan titik bertolak  pelaburan jangka panjang bagi semua pelabur yang terlibat. InsyaAllah ibu yakin akan lahir lebih ramai lagi murabiyyah yang dedikasi seperti penceramah dan fasilitator yang komited  dalam medan dakwah dan tarbiyyah  pra sekolah.

Jazakumullahu khairan kathira kedua  kakak  ibu mewakili  ALP turut hadir bagi memudahkan perjalanan modul sepanjang tahun 2015 dengan jelas sejelas jiwa yang bersih ("Crystal clear!!"~ bahasa founder) kerana  hanya harapkan keredhaan Allah semata-mata. 

Tugas kita hanya beribadah mendidik diri dan anak-anak  menjadi 'Abd atau hamba Allah yang melahir dan menyuburkan iman dan ukhuwwah agar sentiasa bermanfaat untuk masa depan ummah....   Natijah hendak  capai seperti apa yang dicapai oleh  sekolah Adni KL itu adalah urusan Allah, bukan urusan kita yang baru belajar menapak  bertatih ini..InsyaAllah jika itu yang diinginkan, mantapkan dahulu 'foundation'. akar tunjang  yang kukuh mencengkam  dengan  ikut sahaja  'flow' yang Allah aturkan yang terbaik untuk kita semua. Semoga Allah tolong  kita semua  perbetulkan dan meluruskan niat  kita  agar sentiasa  dalam keadaan bersih hingga  kita semua  kembali menghadap-NYA  dalam keadaan redha  dan diredhai.

Jika kita semua  lalui proses taaruf yang betul. tidak akan timbul hidup berpuak-puak. Tidak kira siapa kita, dari NGO mana sekalipun dalam mana-mana organisasi, Semua orang 'atas' atau ALP hinggalah staff paling bawah (tukang sapu/ cuci)  perlu permudahkan  diri  untuk  akur, tunduk dan patuh ikuti proses yang Rasulullah SAW tarbiyah para sahabat dan ahli keluarganya  dengan penuh tawadhuk. Dari jiwa yang tawadhuk ini baru akan wujud  'wahdatul akidah' (keseragaman akidah), wahdatul fiqr (keseragaman pemikiran) dan wahdatul amal (keseragaman amal). Mohon Allah pelihara, lindungi dan bersihkan kita semua dari sebarang keracunan yang boleh merosakkan kesuburan wahdatul akidah.

Team kedua bersama  founder di Bangi
Team SmarTop pertama  bersama founder di Batu Pahat
Bila  ada  unsur-unsur 'racun' cuba menyusup masuk, memang  hati ini  akan  terasa pedih dan sakit bagai dihiris sembilu. Hanya kepada Allah ibu mohon kekuatan dan kesembuhan untuk meneruskan perjalanan yang bukan mudah. Syukurlah ada peringatan salah seorang dari murabbi LAP dalam Whats app merespon hadis  Nabi SAW ; 

Hadis sahih Muslim  5069 meriwayatkan .........dari Abu Hurairah, Nabi S.a.w. bersabda  "Penyeru menyerukan : Sesungguhnya kamu hidup dan tidak  mati selamanya,  kamu sihat dan tidak sakit selamanya, kamu muda dan tidak tua selamanya, kamu bersenang-senang dan tidak akan bersedih selamanya. Itulah  firman 'Azza wajalla;"Dan  itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan" (Az-Zukhruf:72)

"Tauhidullah yang benar dan kukuh akan memampukan  kita merasai sedikit keringanan, ujian-ujian Allah yang mungkin pedih dan menyakitkan. Sehingga seorang 'Abd (hamba) yang dikurniakan Tauhid yang sempurna (atau kukuh)  mampu 'menyerap' kepedihan dan kesakitan ujian kehidupan dengan keredhaan, lapang dada dan sakinah. Dirinya mampu menerima keputusan (taqdir) Allah dengan kepuasan kerana dia yakin Rabbnya lebih mengetahui apa yang baik untuk dirinya"

Untuk elak sebarang pra sangka yang boleh menjadi 'racun' merosakkan amal, rasanya amat perlu dijelaskan  bagaimana  LAP  terpilih?  Allah izin beberapa  orang daripada staff SmarTop selesa dan serasi setelah kami ikuti kursus  di Putrajaya pada tahun 2012. Kami rasa lebih terarah dengan hala tuju LAP ketika mendidik. Setelah bermunajat, mohon kepada  Allah  agar berikan pilihan yang tepat. Dalam masa yang sama memang team LAP sudah mula siapkan modul walaupun sudah melaksanakan di tadika masing-masing selama lebih 20 tahun.

Ibu sendiri sudah  melalui proses  tarbiyah  yang diguna pakai oleh LAP ini melebihi 30 tahun walaupun ada kalanya tidak consistant tapi masih tseqah dengan kesan tarbiyah. Foundernya juga sudah ibu kenali sejak ibu belajar di USM Minden. Ketika  ibu baru masuk  tahun pertama, founder, tahun terakhirnya dalam fakulti Sains..dikurniakan Sarjana Sains 1st class pada hari konvokesyen. 

Selepas itu  beliau tidak bekerja  kerana  buat research, trial and error  mentarbiyah anak-anak di rumah dengan fikrah Islam merujuk buku Tarbiyatul aulad oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan di samping buku-buku lain sebagai sokongan. Researchnya secara tidak formal menjadi rujukan kaum ibu dan guru taska dan tadika dari masa ke masa. Mungkin kerana  ibu tidak ramai  anak, fokus nak follow up ikuti perkembangan research founder tentang  pendidikan awal kanak-kanak tergendala seketika. 

Inilah pengorbanan beliau  yang amat lumayan (bukan lumayan duit, tetapi kepuasan jiwa) yang perlu kita semua hargai. 100% fokusnya buat kajian untuk manfaat kita semua dan generasi pewaris. Kita hanya menumpang  rahmat dan kasih sayang   Allah melalui usaha yang telah dilakukannya lebih 30 tahun. Ibu berdoa semoga  lebih  ramai lagi  ibu-ibu  muda  hari ini  yang  akan mewarisi pengorbanan seperti  ini.

Salah seorang yang ibu kenalpasti berkorban  untuk fokus mendidik generasi kanak-kanak di awal usia guna modul LAP adalah anaknda  FM, memiliki Sarjana dari universiti luar negara. Beliau adalah  anak sulung  matan pensyarah bahasa Inggeris UTM Skudai yang memang ibu kenal telah mendidiknya fasih berbahasa Inggeris menggunakan kaedah  Glen Doman. 

Di bawah ada  foto-fotonya bersama beberapa  pewaris  yang sudah  bersedia menadah tangan menerima 'batton' untuk  generasi  anak cucunya  menikmati keindahan hidup berakidah , menjadi 'abd yang  profesional  yang jelas  matlamat kehidupan  hanya harapkan  redha dan syurga  Allah SWT  yang abadi.



Kiri  sekali, FM sedang  buat persiapan tubuhkan Tadika di Melaka.
Dua  ibu muda  bawa  anak yang masih menyusu badan
Dalam sebuah hadith,  Nabi saw telah bersabda  yang  bermaksud;


“Syurga suatu tempat yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak pernah terlintas di hati manusia. Batu-bata daripada emas, batu bata dari perak, lumurannya kasturi, tanahnya za’faran, pasirnya intan dan permata, Sesiapa yang memasuki syurga tidak akan  berasa bosan, kekal tidak mati, tidak berubah keremajaannya, tidak lusuh pakaiannya”. 

“ Syurga dan Tuan Kaabah, cahaya yang berkilau, angin yang menyegarkan, sangat dekat, perkara-perkara halal yang sangat banyak, buah-buahan yang masak, isteri yang baik dan cantik”

Kemudian Rasulullah bertanya: “Ketahuilah, siapakah yang bersungguh-sungguh mahukan syurga?”. Lalu para sahabat menjawab: “Kami sangat bersungguh-sungguh mahukan syurga wahai Rasulullah”. Nabi pun menyambung: “Katakanlah Insya Allah”. (Abu Nuim, Muslim dan Munziri)

Monday, 22 December 2014

Segala Yang Payah Terasa Indah

Menitis  air mata seorang ustazah meluahkan tekanan perasaannya lantaran memikirkan masa hadapan anak-anaknya membesar dalam persekitaran dan didikan yang agak  kasar, kurang islamik dan mengecewakannya..
Setiap hari  anak-anaknya dimarah, diugut dan beberapa orang daripada anak-anaknya  sudah menampakkan tanda-tanda  kemurungan.

"Maafkanlah dia, redha terima dia. kasihanilah dia.tentu banyak lagi kebaikannya yang boleh memadam sedikit kelemahan yang ada. Pesan pada anak setiap  hari agar memaafkan  dan mendoakan Allah  beri hidayah kepada ayahnya.. Fahamkan  anak-anak, ayahnya dahulu dibesarkan dalam persekitaran  yang 'kasar'..hanya keikhlasannya  dengan  hidayah Allah sahaja  yang boleh merubahnya.."

Sesiapapun termasuk haiwan, jika dilayan dengan baik akan menjad baik, lintaskan niat yang baik, fikiran yang baik, Insya Allah keadaan semua  akan bertambah baik.  Kita  yang faham Islam ini dahulu perlu bertindak  dan menjadi  contoh, walaupun kepada ibu bapa  ataupun pemimpin keluarga. Wallahu alam

Bila  difikirkan sedalam-dalamnya, banyak masalah  timbul dan sentiasa  bertali arus apabila  ada lagi niat-niat  ingin 'menyalahkan' seseorang. Ini menjadikan seseorang itu tertekan atau 'stress' dan menyiksa diri sendiri.. 

Jika  si ibu tidak membantu anak-anak  berfikiran positif, bersangka baik dan membebaskan  diri dari tekanan ingin menyalahkan si 'ayah' atau sesiapa sahaja termasuk  adik beradik, rakan sebaya dan guru-gurunya, maka akan timbul masalah  sianak  akan berdendam, memendam rasa dan membenci  orang yang dilabel 'bersalah'. Beginilah bermulanya  keracunan dan  kerosakan 'world view'  atau persepsi  anak-anak terhadap kehidupan. 

Anak-anak  perlu dilatih  sentiasa  fikirkan persoalan  BAGAIMANA???   HOW?
Hadapi segala masalah dengan cara yang Allah redha, cara yang Allah suka dan boleh memadamkan segala kemurkaan- NYA
Elak semampu mungkin kemukakan  persoalan kenapa atau siapa buat? ~ 
Dua persoalan  ini  akan  menjadi pemangkin berlakunya ungkitan-ungkitan  yang akan mengundang syaitan merasuk hawa nafsu dan  merosakkan ketenangan  hati dan keharmonian diri dan  semua  ahli keluarga..

Beginilah yang  kami harapkan dalam team baru SmarTop, Mudah-mudahan selepas  mengikuti kursus Permata dan Little'Abd Programme, semua guru akan  kenalkan bahasa yang baik-baik kepada anak-anak. Jika mereka bergaduh, damaikan, seorang mohon maaf dan seorang lagi memaafkan kerana takut kepada Allah. Jika sukar memaafkan, syaitan yang menang..Sebab itu pentingnya petugas  menandatangani perjanjian menerima tugas utama  melayan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang. 

Beberapa  bulan lepas ibu dapat kenalpasti  seorang  anak yang sudah dewasa memendam rasa dan kecewa  dengan sikap ibunya  yang  banyak 'demand' ingin dapatkan perhatian  anak-anak hingga anak rasa  terkongkong  dan 'susah' mengurus kehidupannya. Jika ada pihak yang positifkan dan memahamkan 'punca' ibunya begitu, pasti akan lahir rasa ihsan di hati anak-anak dan tidak sekali-kali akan  menyalahkan ibunya yang semakin uzur.. Doakan..doakan yang terbaik buat ibu yang sudah berkorban membesarkan kalian..

Salah seorang  anaknya  sanggup kehilangan   kerjaya  melayan kerenah siibu yang sukar difahami kehendaknya.Semoga  syurga  buat  anak tersebut  yang redha hadapi  ujian itu. Sesungguhnya dia insan terpilih,  Allah amat  mengasihinya agar sentiasa  mengharapkan pertolongan hanya dari-NYA.
Beginilah kehidupan...segala  yang payah akan kelihatan  indah  jika  kita semua faham adanya hikmah yang sangat menyejukkan hati kepada mereka  yang pasrah  dan menjadikan  hanya   Allah satu-satunya  Illah  yang kita sembah, tempat  mengadu dan bergantung  harap..



Thursday, 18 December 2014

SUJUD SYUKUR

Sewajarnya kita perlu selalu bersujud syukur menerima anugerah Allah yang amat bernilai... iaitu  nikmat Iman,  Islam dan ukhuwwah (silaturahim)..
Ustaz menjelaskan dalam kuliah Subuh "Cukuplah dengan nikmat Iman dan Islam, tak ada duit tak apa, tak jadi masalah..Yakin 100%  dengan pertolongan Allah." 

Dengan kefahaman Islam yang jelas, menanam keimanan, akidah menjadi mantap..apa pun ujian yang menggoncang kita tidak akan tumbang.

Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yang besar. Elok diamalkan setiap hari selepas selesai solat. 
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya . Boleh dilakukan secara duduk iftirasy atau berdiri. 

Manfaat Sujud Syukur;

  1. Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka”(Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
  2. Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
  3. Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah. Semulia hamba adalah ketika merendah martabat dengan bersujud kepada-Nya.
Team SmarTop Subur Fitrah bersama penceramah dan tuan rumah
Dengan banyak sujud syukur, mudah-mudahan Tarbiyah  dan manhaj Tauhidullah dan keimanan yang bakal kita tanamkan dalam jiwa anak cucu kita membuahkan jiwa-jiwa lebih kuat dan cerdik menghadapi cabaran-cabaran dan tipu daya  dunia.

Kadang kala kita diserang  rasa 'inferiority compleks' yang  tidak  diundang  atau rasa yang tidak 'enak'  atau 'tak ngam' dengan team, Mungkin kerana ilmu yang ada sudah memadai.  Beginilah syaitan menipu daya kehidupan kita..Berbanyaklah sujud syukur mohon perlindungan dan keselamatan dari Allah SWT.

Ibu kagum  dengan peserta-peserta LAP  zon selatan yang  bukan sahaja  menjadi pengusaha tapi ikut serta duduk bersila menjadi peserta..
Dari mana datangnya  rasa tawadhuk itu jika  bukan dengan tarbiyah keimanan yang mereka lalui sejak 30 tahun yang lalu. Mungkin mereka  banyak sujud  syukur, melahirkan kesyukuran yang amat sangat kepada Allah SWT. Amat penting  hubungan hati yang berterusan  dengan Allah SWT.

Bahkan ada peserta  yang  bertugas menjadi  pensyarah kanan di Institut Perguruan di Johor Bahru, rasa bangga dapat hadir dalam  kursus  selama 4 hari. 4 hari bukan waktu yang mudah untuk kaum ibu korbankan masa. Beberapa peserta membawa anak-anak kecil yang masih menyusu, tapi Alhamdulillah akhirnya mereka  berjaya selesaikan dengan penuh ceria dan puas dengan izin Allah.
30 Tahun dahulu kami masih anak dara, kini dah jadi nenek

Peserta kursus Perguruan 'Litle Abd Programme' Zon Selatan
Sewajarnya  kita semua bersama-sama sujud  syukur di atas nikmat iman, Islam dan ukhuwwah yang Allah pelihara untuk  kita selamanya..

Tidak cukup sekadar ucapan 'Alhamdulillah'.Zahirkan kesyukuran yang terbaik dengan melakukan sujud syukur setiap hari. Ini kerana nikmat Allah SWT tidak terbilang banyaknya. 

InsyaAllah, Allah SWT akan tambah nikmat jika kita selalu bersyukur. Yakinlah dengan melakukan sujud syukur ini kita akan dapati dan rasai kepuasan kerana nikmat kurniaan Allah melimpah ruah dan segala urusan kita Allah permudahkan walaupun sebelumnya terasa amat berat kesulitan yang kita alami. 
Selepas kesukaran pasti ada kelapangan..Janji Allah dalam surah al Insyirah 

Dalil Sujud Syukur

Daripada Saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmidzi r.a. 


Rukun Sujud Syukur
1 Niat ' Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala' dilintaskan semasa menyebut 'Allahu Akbar'.


2 Takbiratulihram ..' Allahu Akbar' sambil mengangkat tangan.


3 Sujud ..sekali sahaja
4 Memberi salam , selepas sujud duduk tawaruk (tahiyat akhir) dan beri salam.
Syarat-syaratnya 
a. Suci dari hadath besar dan kecil 
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat 
c. Menghadap ke kiblat 
d. Menutup aurat 

Cara-cara melakukannya
Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA 
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR ) 

Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat 


Bacaan dalam sujud 
1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali 
2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa ibunda (bukan lafaz)


A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU 

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN 

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA 
E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU 


Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.



Tuesday, 9 December 2014

MERAWAT KERACUNAN HATI


Subhanallah, sesungguhnya  Allah yang Maha BAIK,  Maha Mengatur  dan Maha Menyusun yang TERBAIK untuk seluruh hamba-NYA. Kita hanyalah hamba-hamba-NYA di dunia  yang memang tidak memiliki apapun melainkan rahmat, redha dan kasih ALLAH selama-lamanya.

Perangkap syaitan menanti  kita di mana-mana... Justeru itu amat perlu semua ahli keluarga  kita dibekalkan cara  menjauhi dan mengalahkan  syaitan yang pelbagai rupa dan ragamnya. Fitnah-fitnah bertaburan  di mana-mana, tanpa pertolongan dari Allah, amat mudah syaitan menipu agar kita terperangkap  dalam fitnah tersebut. Nauzubillah

Dalam tempoh  setahun berhadapan  dengan kerenah anak-anak, staff dan ibu bapa, sebahagian besar amat menggembirakan dan ibu amat bersyukur dapat  belajar dari pengalaman baru ini..Hanya segelintir sahaja  yang mendukacitakan namun  jangan biarkan  'masalah kecil' itu  sampai meracuni hati..

Pesanan-pesanan supaya mengasihi anak-anak kecil,  ibu dituduh  menjaga tepi kain dan menjaja kelemahannya  mendidik anak..
Banyak  berdiam untuk mengelak perselisihan faham, ibu dituduh amat sensitif dan tidak perihatin...
ALP naikkan sedikit yuran  untuk  tingkatkan kualiti pendidikan di Taska dan Tadika serta menampung  gaji guru-guru...pelbagai desas desus yang  meletihkan untuk didengar..

'MASDAR WAHID' yang  ibu mohon Allah pelihara, setiap  hari memotivasi..  Usah diracuni hatimu..fokus tingkatkan keikhlasan dan JANGAN MUNDUR. Hanya berbekalkan  doa dan visi yang jelas di kalangan ALP  dan staff  akan memandu pre school  ini menuju ke destinasi  yang diredha Allah.

Sebelum berakhirnya  sesi persekolahan di hadapan ALP ibu sudah confirmkan untuk hadapi tahun 1436 Hijrah dengan penuh ceria dalam  satu team work yang boleh bekerjasama. Alhamdulillah ALP berikan sokongan moral , doa dan ungkapan "I trust  you". Insya Allah  semoga  TRUST itu berterusan  hingga akhir hayat. Ibu  serahkan  semua  masalah  yang  menghalang  kepada  Allah dan fokus untuk tingkatkan kualiti pengurusan yang boleh menyenangkan kanak-kanak, ibu bapa dan guru-guru.

Alhamdulillah, satu demi satu masalah  yang menjadi penghalang untuk memajukan diri dan team work demi masa depan  kebangkitan  akidah ummah khusunya akidah anak-anak tadika dan  taska, sudah Allah bersihkan. Staff yang  tidak dapat berikan komitmen dalam satu team work, menarik diri tanpa perselisihan. Ibu-ibu yang banyak 'berkira' dan sukar  beri kerjasama tidak lagi masukkan anak-anaknya atas alasan berpindah. Walaupun mereka tidak lagi bersama.. namun doa buat mereka perlu diteruskan dengan penuh kasih....

Semuanya Allah yang  Maha Mengatur. Insya Allah , ibu amat yakin Allah akan ganti yang lebih baik untuk menceriakan serta boleh berikan komitmen padu  untuk meningkatkan  masa depan Taska dan Tadika ini. Aamiin

Bukan  amal zahir  yang menentukan 'selamat'nya kita di dunia dan akhirat, tetapi amal hati sebagai 'Masdar wahid', pemancar mengerakkan  segala amal zahir..
Ikhlas atau tidak? Kalau ikhlas kenapa nak berkira?"
Allah Maha  Menatap dan Maha Mengetahui  setiap sudut  hati.
Kita  merancang perjalanan di dunia yang fana' ini untuk apa?
Adakah benar-benar memperhambakan diri  hanya kepada-NYA atau ada niat-niat  yang lain?
Persoalan ini sekadar mengingatkan diri sendiri agar  hati tidak  mudah diracuni lagi  dan  hala tuju tidak tersasar dari landasan ke destinasi yang betul.

Ketika ALP menyarankan  hanya  seorang sahaja staff  ikuti kursus Little 'Abd Programme , virus/ racun meyelinap laju dalam salur darah hingga  terasa sangat berat 'beban' yang  perlu  dipikul. Fikiran  dan hati  mula dikawal oleh 'budak nakal' (hawa nafsu) termakan racun syaitan  yang tidak pernah jemu mencari  peluang  untuk menghasut.

Ibu diam  dan  bertaawuz  melawan perasaan itu dengan  terus bersangka  baik. Memang wajar hantar seorang  kerana masalah 'kewangan' setiap hujung tahun memang tenat . Cuti sekolah,  ibu bapa hanya bayar 30% sahaja dari yuran. Tidak ramai yang perihatin hendak membayarnya. Gaji guru perlu ditanggung. Memang kasihan ALP menanggung kos yang bukan sedikit. Ibu berdoa agar setiap keperitan yang ALP tanggung akan memberikan ganjaran syurga  buat mereka.

Sejukkanlah  hati  membaca  pesanan As syahid Syed Qutb ra;  "segala penderitaannya, air matanya  tidak pernah sia-sia kerana semuanya   Allah  ambil kira"

Yakinlah  pertolongan Allah amat dekat, mengadulah kepada-NYA...Firman Allah SWT yang bermaksud;

"dan kunci-kunci segala yang ghaib itu ada pada-NYA, tidak ada yang mengetahui selain  DIA. DIA mengetahui apa yang di darat, apa yang  di laut, tidak gugur  sehelai daunpun melainkan diketahui-NYA"   (Surah Al-An'am:59)

Dalam buku 'fiqhud Dakwah', Dr Abdul Karim Zaidan menulis ;" Allah memberi motivasi kepada  orang mukmin, para pendakwah "Maafkan mereka, minta ampunlah bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan-urusan"  (surah al Imran:159)

Alang-alang mendidik biarlah sampai ke pangkal hati semua pendidik  menjana iman dan ukhuwwah dalam satu team. Azam ibu hendak hantar semua guru bagi mudahkan kami follow up sahaja ikut sistem yang dilaksanakan, Alhamdulillah, Allah permudahkan, semoga semua  yang pergi ikhlas untuk membawa  perubahan kepada diri dan kepada sekolah dan ummah seluruhnya.
Syukur Alhamdulillah ibu tidak sangka  sama sekali ada dua staff  Taska tawarkan diri nak ikuti kursus 4 hari dengan duit sendiri. Alangkah bagusnya kalau semua staff berjiwa seperti ini.tidak berkira..sanggup sahaja jika ada peluang-peluang untuk belajar.

Lebih setahun berdamping dengan institusi  Taska,  rupa-rupanya mudah untuk kita kenalpasti staff-staff yang ada kerendahan hati, sanggup datang awal jam 6.30 pagi walaupun rumahnya agak jauh.
Berbekalkan watak utama ibu yang memang  pendiam, bukan senang hendak memujuk seorang demi seorang  pendidik ikuti kursus yang telah diatur oleh team 'Little Abd Programme'. Macam-macam faktor penghalang yang perlu dilepasi dengan penuh tawadhuk memohon  pertolongan dari Allah SWT. Hati  memujuk  "BESARkan ALLAH, kecilkan  Masalah!!" dalam setiap  aktiviti yang hendak dibuat.

Sedaya  upaya memang ibu harapkan bermula dari Pengerusi ALP, semua ALP sudilah sama-sama mendengar taklimat tentang Modul LAP. LAP bukan milik Haluan tetapi milik bersama  ummah  yang dipermudahkan  dalam bentuk latihan  guru Tadika untuk masyarakat seluruhnya. Semua cadangan ini untuk menyenangkan dan menyelamatkan kita dan generasi pewaris.

Kalau boleh ibu nak bawa sekali   'cleaner' dan 'cheft' memahami konsep 'ubudiyyah' atau perhambaan  hanya sanya kepada  Allah dalam kerjaya  ini sebagai saham akhirat, Insya Allah  bila semua jelas dan faham konsep ini baru mudah, sama-sama bergerak dengan penuh iman dan ukhuwwah. Pertolongan Allah datang melalui bantuan amal jama'ie. Muafakat membawa berkat..Alhamdulillah. Ini tidak ada kena mengena  dengan 'TAASUB'~  Nauzubillah

Masih terngiang-ngiang kata-kata almarhum  murabbi  UDMZ  yang dikasihi,
"Tawadhuk..rendahkan hati baru akan terasa kemanisan Iman dan ukhuwwah...proses jiwa, proses jiwa, proses  jiwa.." Semoga Allah SWT merahmati roh almarhum berada bersama roh para syuhada
Awasi Perangkap-Perangkap  Syaitan!

Bagaimana memperolehi sifat Tawadhuk?


di mana-mana institusi mahupun rumah tangga, meninggi  diri adalah sifat yang membawa kepada binasa. Amat bahaya  bukan sahaja kepada diri, bahkan keluarga dan masyarakat seluruhnya. Maka 'sombong', ego dan yang se'istilah'  dengannya merupakan 'RACUN' yang akan merosakkan satu sistem. Oleh itu menghapuskan 'racun' itu adalah FARDHU  AIN~ WAJIB.  Namun racun  tidak akan hilang hanya dengan angan-angan sahaja, sebaliknya  memerlukan MUJAHADAH  untuk menjalani  proses  merawatnya.

Almarhum Abul 'ala Maududi dalam bukunya 'Fundemental of Islam' ada  menjelaskan cara berikut;

1. Mencari akarnya yang menjadi punca  (MUNGKAR  AL AKBAR)  dan mencabut akar  tunjang pokok tersebut  dari lubuk paling  dalam  di hati dengan pertolongan Allah SWT. Tanam dengan benih kalimah Taiyyibah ( MAARUF  AL AKBAR).
(Macam kita tanam pokok, mesti cari benih yang baik, tanam,  siram setiap hari dan baja selalu~ baru boleh hidup)

2. Menolak segala sebab-sebab yang  menjadi punca seseorang itu berasa besar diri  ke atas orang lain. Segala bisikan  syaitan akan terhapus  jika sentiasa  IKHLAS dan memohon perlindungan Allah.
(Pokok itu perlu dibenteng, dipagar dari jangkitan serangga perosak)

3. Menambah ilmu  cara  mengenal diri  dan juga mengenal Penciptanya. Mengenal dirinya dengan pengetahuan sampai rasa paling hina dan kerdil berbanding dengan semua milik Allah di dalam setiap perkara. Apabila kita mengenal Penciptanya, InsyaAllah kita akan tahu bahawa kita  tidak layak takabbur dan membesarkan diri  kerana Takkabur  itu  adalah pakaian Allah SWT sahaja.

Jika sebelum ini  kita jahil, tidak  tahu maka sentiasa  beristighfar, taubat dan  banyakkan bersujud kepada Allah.

Paling berkesan adalah  tindakan secara  amali iaitu  sentiasalah beramal dengan akhlak orang yang tawadhuk, amalkan makan seperti hamba-hamba makan..bersedekah membantu orang  miskin, anak yatim. (Paling bagus  laksanakan sedekah selepas  Subuh). Beri haiwan makan seperti kucing terbiar dan sebagainya...


Mendamaikan  perselisihan juga perlukan tawadhuk. Sekiranya  didapati kebenaran menyebelahi saudara kamu, lalu kamu pula berkeberatan menerimanya, ini menunjukkan bahawa pada diri kamu masih terselit sifat takabbur yang belum dibersihkan. Maka paksa diri untuk menerima  kebenaran tersebut, walaupun pahit namun maniskan lidah menggungkapkan kata-kata pujian,sanjungan kepadanya dan akur dengan kelemahan diri kamu  serta  bersyukurlah  di atas faedah yang diperolehi itu.

Berlatihlah mengutamakan  orang lain dalam setiap aspek dan cuba  berjalan di belakang mereka.
Hendaklah menerima jemputan atau permintaan orang-orang fakir dan berjalanlah di pasar-pasar bagi menunaikan keperluan teman dan kaum kerabat.

Banyak lagi  amali  yang perlu ibu perbaiki  diri..Memang tiada  daya dan kekuatan melainkan  dengan izin Allah SWT..

Amalkan selalu  doa  yang Rasulullah SAW ajar yang mafhumnya;

"Ya Allah, aku memohon rahmat-MU yang dengan rahmat  itu Engkau memberi petunjuk hatiku, mengumpulkan kembali urusanku, menggabungkan kembali apa  yang terpisah dariku, memperbaiki batinku, mengangkat zahirku dengan amal soleh, membersihkan amalku, memberi ilham kepada hatiku, menolak fitnah yang menimpaku dan menjagaku  dari segala keburukan"
(Riwayat Ibnu Abbas r.a)
Menyantuni Warga Emas menjadi tetamu di rumah kakak ( bersama Datin Hanim@ isteri Dr Fadzilah Kamsah)

Meraikan  konvo  anak-anak Taska  dan guru-gurunya


Monday, 1 December 2014

KESAN "MASDAR WAHID"

Mabruq kepada semua ibu bapa yang hantar anak-anak ke MASDAR...
Subhanallah memang tidak sia-sia  ibu bapa mereka mengumpul dana membina sekolah Tahfiz untuk mendidik mereka  dengan manhaj Rabbani, menghafal Quran sejak tingkatan 1.. Menjelang tahun 2015 lengkap sudah adanya pelajar  Tingkatan 1 ,2,3,4 dan 5.

Allah izin ibu berpeluang ikut besan menjadi tetamu 'Majlis Makan Malam' di Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin di Changloon , Kedah. (MASDAR) Adik menantu yang bungsu bernama Akeef adalah batch pertama MASDAR  

Perkataan 'MASDAR' bermaksud 'pemancar' yang selalu ibu dengar di peringkat awal menerima Tarbiyah. Iman menjadi MASDAR ,MOTIVASI,  penggerak dan pencetus kegigihan beramal soleh dan melakukan amal Qowi. Masih terngiang-ngiang suara ustaz menyebut 'Masdar Wahid'  boleh diertikan 'pemancar yang satu' iaitu pancaran Iman yang bermula dari hubungan hati yang kuat dengan Allah SWT.

Tema MASDAR adalah untuk membentuk Generasi al-Qur'an ('Nurturing Quranic  Generation').

Pelawaan besan untuk ke MASDAR   ibu tidak  tolak kerana memang ada niat  hendak berjumpa  isteri ustaz yang nak tubuhkan TADIKA TAHFIZ menggunakan modul 'Little Abd Programme'. Alhamdulillah dapat berjumpa dengan anaknya sekali yang pernah diceritakan semasa  ceramah  Hari Kecemerlangan 3 Tadika KORAHMAH.. Memang anaknya itu nampak  matang  (matured) mendahului usianya.. Dari sesi perbualan kami, ibu muda itu akan  cuba dapatkan maklumat lanjut  dari dua orang sheikh Arab yang mengajar di MASDAR. Sheikh-sheikh tersebut  amat menyarankan agar anak-anak  mula dididik menghafal Qur'an seawal usia 4 tahun, sepertimana  yang dilaksanakan kepada  anak-anak di Palestine  dan seumpamanya..

Ibu terpukau  dengan keramahan dan kemesraan  putera puteri MASDAR..
Walaupun  kami tak pernah  berjumpa sebelum ini, tetapi mereka  melayani ibu-ibu tetamu yang hadir macam  sudah lama  kenal. Salah seorang yang sempat ibu beramah mesra  adalah anak gadis  salah seorang  pemimpin organisasi NGO, sebiji mewarisi keramahan dan kepimpinan ayahnya..Masya Allah Tabarakallah.
Puteri-Puteri  MASDAR sedang bergotong royong buat persiapan

Ketika  sampai, kelihatan  putera-putera MASDAR sedang menyiap dan menceriakan pentas, kerusi meja dan  beberapa orang memanggang  'ayam Sufi'. Para puteri pula  sedang menyiapkan 'Western food' ~ goreng kentang, macaroni, spaggethi dan salad. Subhanallah, seronok lihat kreativiti team work putera-puteri ini dibimbing  oleh  murabbi dan murabiyyah  yang dedikasi. 

'Mak Long'~ ibu dan nenek kesayangan anak-anak MASDAR turut  hadir menceritakan beliau bukanlah  guru tapi sekadar  menjadi teman berbual anak-anak  di kantin, khususnya  yang berjauhan  dari ibu bapa..Wujudnya   suasana  keluarga dalam MASDAR menambahkan kemanisan ukhuwwah di kalangan warga MASDAR  

Setelah selesai menjamu selera sambil menonton persembahan dan penyampaian hadiah, datang salah seorang puteri  bertanya "ada  apa-apa lagi yang boleh saya bantu mak cik?"..Isteri Mudhir bertanya "anti  sudah makan?" Jawabnya "Tak apa, belum lagi.." Subhanallah..memang kagum melihat lahirnya bakal serikandi Muslimah yang mengutamakan orang lain lebih dari dirinya sendiri.

Nilai  'Rabbani'  seperti  ini yang sudah lama  hilang dari kebanyakan sekolah di bawah naungan kerajaan. Terima  kasih abi  dan umi (Maher & Mishary) berlapang hati membenarkan  Mishary ikut kami ke MASDAR. Puas hati  dan suka sangat dapat manjakan cucu sekali sekala, apa lagi cucu yang soleh , terserlah kepatuhannya memudahkan proses tarbiyah..
Bersama  puteri-puteri  MASDAR  berasal dari Johor
 
Permerhati  cilik bakal belajar di MASDAR..Insya Allah
Sebelum pulang ke Johor, sempat  ibu  bacakan buku dan  dengarkan cucu you tube dan video 'bacaan Qur'an si cilik' dari luar negara seusia 3 tahun. 
Apabila dengarkan bacaan sicilik Negro, cucu ibu ulang kata-kata "akuk..akuk" sambil memegang  dadanya.. Mungkin maksudnya  'takut'. Ibu belajar dari respon  cucu , mungkin tak pernah lihat kanak-kanak Negro dan asing baginya..atau mungkin suara anak Negro itu  agak  'tinggi' intonasinya. 

Jika di Taska, para pengasuh  jangan biarkan anak-anak membesar  bawa 'takut' sepanjang hidupnya. Perlu kenalkan dari masa ke masa "orang ini walaupun kulitnya  hitam tapi  hatinya  bersih.."

Kelakar melihat video penyelia Taska belajar berbahasa Tamil semasa kursus PERMATA.

Allah sayang orang yang hatinya bersih dan suka baca Qur'an". Cara nak hilangkan rasa takut, biasakan anak-anak dengar penjelasan dan taalimkan cara bagaimana  yang Nabi suka. Mudah-mudahan  anak-anak  membesar  dengan kelembutan kasih sayang dan cinta Rasulullah SAW.

Anak-anak Taska/Tadika kadang kala ditakut-takutkan dengan suara  atau intonasi yang tinggi dari pendidik yang agak  'stress' kerana  kekurangan ilmu dan kemahiran. Kadangkala dah pergi kursus pun masih lagi gagal mengawal emosi.. MASDAR WAHID tidak berfungsi kerana  banyak memendam  dan  menyimpan sampah sarap emosi yang boleh merosakkan Iman..

Pendidik yang sudah  dihantar ikuti kursus perlu  istiqomah ikuti  usrah  setiap minggu yang mengajak jiwa  dekatkan diri kepada Allah. Tanpa usrah, 'hawa nafsu' akan menjadi liar kerana  Iman tidak disuburkan mengawal dan menundukkan hawa nafsu itu. 

Dapat maklumat dari salah seorang pengasuh yang sedang ikuti kursus Permata.."Best! seronok..kalau ada lagi, nak ikut. Berbaloi. Insya Allah lepas  ini Taska  kita  akan maju!!!.Tolong masukkan nama saya dalam kursus Little Abd Programme ye" 

Kursus Asuhan Awal Anak PERMATA  itu akan berakhir pada 19 Disember..Semoga team ini bakal mengubah Taska menjadi Taska kesayangan  kanak-kanak  dan ibu bapa  sekitar kawasan Ledang.

Seorang nenek berkongsi kerenah cucu saudaranya;

Sicucu  bertanya;  "Grand Ma....mana  Grand Pa, dah lama tak nampak Grand Pa?" 
Kelakarnya  si nenek  jawab; "entah! dah hilang..grand ma pun  tak tahu, dah lama grand Pa  tak  balik,  dia takut.."

Sicucu pula memujuk "Grand Ma  carilah  grand Pa, kesian dia...Grand Pa tu baik sangat"

Si nenek  jawab " Memang Grand Pa baik tapi dia  dipenjara. Biarlah dia rehat dalam penjara tu..nanti dah  terlepas dari belenggu penjara  tu pandailah Grand Pa  balik"

Ibu belajar  dari ketenangan nenek tersebut, tak nampak langsung wajah  susah hati sejak suaminya ghaib. Nampak enjoy saja dia teruskan rutin  'ibadah' harian  yang membahagiakannya. 

Hanya  doa  yang baik-baik menjadi  senjatanya membina kekuatan diri selaku orang beriman menghancurkan kebatilan walaupun mengambil masa yang lama.  
Ramai di kalangan manusia hari ini mengalami ketakutan kerana tidak dapat apa yang mereka mahu..atau takut kehilangan apa yang mereka  ada samada  hingga sanggup memutuskan silaturahim. Alangkah ruginya kerana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Tidak masuk syurga orang yang memutus" (Riwayat al-Bukhari)

Ulama mentafsirkan kalimat 'memutus' itu sebagai  memutuskan silaturahim. Ada yang mentafsirkan dengan 'memotong jalan'  atau 'penyamun'.

Rasulullah SAW  menggambarkan silaturahim ini dalam sabda baginda yang bermaksud;
" Kekeluargaan  bergantung  di 'Arasy. Ia akan berkata:'Sesiapa yang menghubungi aku,  maka Allahpun akan menghubunginya dan sesiapa  yang memutuskan aku, maka Allah akan memutuskannya"  (Riwayat Muslim)

Dari pengalaman, cara paling berkesan menghilangkan rasa takut itu adalah 'hadapi ketakutan itu' . Ikut  cara yang Allah redha. Yakinlah 'MASDAR Wahid'  lebih power dari istilah 'Law of attraction' 

'Masdar Wahid' bersumber dari 'magnet IMAN'  berfokus kepada  BAHAGIA YANG DIREDHAI ALLAH. Allah redha dan mencintai mereka  yang bertaubat dan menjadi ahli Taubat sentiasa memaafkan serta menghubungkan silaturahim. Segala  yang baik  akan menarik , menawan serta mengubah yang buruk menjadi  baik kerana Allah semata-mata. Sesungguhnya  Allah SWT sangat mencintai orang-orang  yang bertaubat dan mensucikan diri seperti yang termaktub dalam surah Al-Baqarah : 222

"Ya Allah, sesungguhnya  aku telah banyak menzalimi diriku sendiri dan tidak ada yang  dapat mengampuni dosa  kecuali ENGKAU , maka ampunilah aku dengan ampunan di sisi MU, berilah aku rahmat. Sesungguhnya ENGKAU MAHA  PENGAMPUN   lagi MAHA PENYAYANG"  (HR Al- Bukhari  dan Muslim)






Best Friend Forever Fillah ~ BF3 untill Jannah

Ketika mana diamanahkan buat penyampaian bertajuk " Ukhuwwah" untuk tamrin Puteri Matri yang sudah selesai peperiksaan akhir tahun...