Sekali Air Bah, Jika Bersyukur, Pantainya Bertambah Indah
Peribahasa orang-orang tua dahulu memang terkandung keindahan makna yang tersirat. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Maksudnya lebih kepada pertukaran kepimpinan yang ikut kepala, utamakan nafsu dan pemikiran yang berbeza, sebaliknya meletakkan acuan Allah sebagai pilihan terakhir. Hidup sentiasa dirundung malang
Dalam sejarah kepimpinan ummat Islam, jika ada kesatuan akidah, kesatuan pemikiran dan kesatuan amal, air bah atau banjir bagaimana besar sekalipun, akhirnya pantai akan tetap cantik, bahkan bertambah bersih dan indah. Kalau inginkan sebarang perubahan yang lebih baik dan berkesan pasti kita semua diuji dengan ujian bertubi-tubi dengan 'bah', banjir atau masalah.. Allah akan 'test' keikhlasan kita, dalam masa yang sama Allah uji kesabaran kita... Benar sekali, bukan senang hendak masuk syurga!
Ujian 'berat' yang dihadapi oleh seluruh negara khususnya di Pantai Timur dan Utara Malaysia, terutama di Kelantan, Pahang dan Terengganu, dihadapi oleh orang beriman dengan penuh sabar. Satu dunia Islam mendoakan termasuk penduduk Gaza di Palestin..
Dalam sejarah kepimpinan ummat Islam, jika ada kesatuan akidah, kesatuan pemikiran dan kesatuan amal, air bah atau banjir bagaimana besar sekalipun, akhirnya pantai akan tetap cantik, bahkan bertambah bersih dan indah. Kalau inginkan sebarang perubahan yang lebih baik dan berkesan pasti kita semua diuji dengan ujian bertubi-tubi dengan 'bah', banjir atau masalah.. Allah akan 'test' keikhlasan kita, dalam masa yang sama Allah uji kesabaran kita... Benar sekali, bukan senang hendak masuk syurga!
![]() |
Banjir di luar jangkaan~ Betapa Hebatnya kuasa Allah.. |
![]() |
Kali pertama dalam sejarah hidup , nampak banjir hingga ke paras bumbung |
Terserlah keperihatinan seluruh rakyat ingin membantu mangsa yang hanya sempat makan biskut. Sebaik-baiknya dibekalkan kurma kerana lebih mengenyangkan lebih-lebih lagi mereka tidak ada peralatan untuk memasak.
Orang-orang beriman yakin pasti ada hikmah di sebalik ujian yang agak luar biasa, Menjadi sejarah dunia banjir mencecah hingga ke bumbung.. Terbayang-bayang kisah nabi Nuh di mana Allah berfirman dalam surah Hud..
(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
(Hud 11:40) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Seorang sahibah yang menjadi mangsa berkongsi pengalaman mengakui seolah-olah sudah melalui dan merasai ujian yang dihadapi oleh Nabi Nuh dalam surah Hud. Mujurlah bumi tidak diterbalikkan dan kita tidak dihujani dengan hujan batu seperti yang berlaku dalam kisah nabi Lut;
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
(Hud 11:82) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Hikmahnya banjir tahun ini menggamit rasa semua rakyat Malaysia, khususnya Sultan Kelantan menjadi contoh pemimpin yang disantuni oleh rakyat Malaysia, tatkala pemimpin utama alpa dengan 'dunia'nya. Suara anak muda dalam whats app dan facebook memaki hamun kerana ada yang takut hendak isytihar 'Dharurat". Ibu pesan agar kita doa yang baik-baik sahaja..Biarlah mereka jawab di hadapan Allah nanti...
Tiada siapa yang berani melawan kuasa Allah yang menguasai sekelian alam...Satu dunia terpegun melihat betapa hebatnya kuasa Allah..Ujian tanda Allah sayang, agar kita semua bertambah dekat dengan-NYA.

Firman Allah SWT dalam surah Hud: 23
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
Ibu kagum ketika terbaca keinginan 'ulamak kecil' yang bakal menerajui negara untuk generasi akan datang dalam facebook beritahu ibunya 'teringin nak rasa macam mana keadaan banjir". ..
Peristiwa banjir kini mengimbau kembali kenangan lama..Tahun 1969 kami sekeluarga berpindah ke Tangkak, abah siapkan sebuah rumah di tanah sawah berhampiran sungai. Ketika itu, ibu berusia 7 tahun. Apabila hujan tidak berhenti, kami yang masih kecil memang paling suka, tahan tidak tidur melihat air naik dan banjir. Bermulalah gotong royong menyelamatkan barang diletakkan di tempat lebih tinggi ..
Beginilah kehidupan kanak-kanak, apa suasana sekalipun, orang dewasa mengeluh rasa susah, tapi kanak-kanak gembira...Kami adik beradik menghargai sepenuhnya waktu banjir dengan bermain air sepuas-puasnya. Apabila air surut, paling seronok semua ahli keluarga bergotong royong membersihkan rumah.. Bermain air lagi... Selepas itu lega sangat..sampah sarap dan semua yang menyemakkan mata sudah dihanyutkan oleh air.. Rumah kami kelihatan lapang dan bersih. Inilah di antara hikmah banjir kecil yang kami hadap setiap tahun semasa kecil..
Terbaca ucapan Ustaz Hadi Awang, banjir besar di Kelantan merupakan proses pembersihan menjelang perlaksanaan Hudud..Mungkin benar kata ulamak ini, memang tidak boleh dinafikan.Insya Allah.
Isu banjir besar ini , ibu nak kaitkan dengan pengalaman ALP menanggung kos yang agak tinggi membayar gaji guru-guru...Kak Ngah merespons "20 tahun Ngah menangis sorang-sorang , tak ada siapa yang sudi nak tolong". Terdetik rasa bersalah di sudut hati, "alahai kasihannya kakakku.." tidak pernah peduli untuk ambil tahu perkembangan Taska dan Tadika yang dirintis olehnya 20 tahun lalu.
Ibu amat terharu dengan pengorbanan Dato', Datin dan Hjh Ngasobah turun padang mengenalpasti punca masalah yang perlu ditangani dengan penuh hikmah. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka, sentiasa rasa bahagia , puas dan tenang walaupun diuji bertubi-tubi untuk merubah keadaan pengurusan kewangan yang tidak cekap..Mudah-mudahan akan wujud sistem pengurusan yang cekap oleh staff yang Allah aturkan kelak..InsyaAllah..
Teringat pesanan dua sahibah, pengurus tadika yang berjaya merespons tentang gaji minima RM900 yang disarankan oleh pejabat buruh.
"Saya tawarkan gaji RM900 kepada staff jika dia setuju nak datang seawal jam 6.30 pagi dan balik pukul 5 petang dan ikuti kursus, usrah, tazkrah, ijtimak dan mesyuarat..Sebab itu pentingnya kita ambil staff yang kuat hubungan hatinya dengan Allah.., banyak permudahkan urusan kita. Jika mereka tidak setuju dengan syarat ini beri mereka alternatif.. Jika nak datang lambat atau nak balik awal memang gaji rendah! Kalau tak, penat kita nak melayan kerenah mereka!!" Pengalaman mereka kendalikan Tadika sudah melebihi 20 tahun..
Benar sungguh pandangan pengurus Taska Permata Ceria yang pernah kami lawati di Kempas.."Saya terpaksa berhentikan 10 staff yang jadi racun..Senang kita urus dan latih staff baru..."
Dari pemerhatian selama hampir dua tahun, kesilapan yang perlu diperbaiki oleh ALP adalah terlalu mudah offer gaji tinggi kepada staff yang banyak berkira dan tidak berminat mengikuti majlis ilmu. Kalau datang majlis ilmu dengan muka masam mencuka, macam dipaksa-paksa...Sampai bila staff itu nak derita dan menyiksa diri sendiri?.
Firman Allah SWT;

Firman Allah SWT;
Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.
(Hud 11:117) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dengan gaji tinggi , ada yang selalu datang lambat, bahkan berani 'demand' nak balik awal sesuka hati. Bak kata seeorang murabbi " ada orang bukan boss tapi bossy".
Terlintas dalam fikiran ibu, berhadapan pula dengan "Boss yang tak bossy"..alamat kena buli! Nauzubillah...
Astaghfirullah..., Allah kan ada, DIA yang akan selesaikan kes ini satu persatu..Insya Allah.
Bagi ibu 'masalah-masalah kecil' ini jika tidak ditangani segera, akan jadi racun menghalang kelicinan pengurusan kerana mereka tidak mahu ambil peluang untuk dekat dengan Allah, bahkan gagal menjadi contoh yang baik kepada staff-staff baru kelak. Bimbang virus dan racun ini akan menular kepada staf baru. Beri mereka pilihan, samada hendak berubah atau tarik diri ('resign'). Pilihan ini mengajak mereka agar tahu bersyukur.

Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus.
(Hud 11:108) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Allah atur fokus ibu lebih kepada perlaksanaan 'modul' LAP secara bersistem.
Ribut taufan apa sekalipun yang berlaku dalam atau luar sana, Sistem Allah, iaitu tarbiyyah Rabbani wajib dilaksanakan selagi hayat dikandung badan. Semoga Allah beri kekuatan untuk terus istiqomah, tsabat dengan penuh keikhlasan dan kesabaran mengharungi 'banjir' atau 'bah' yang sentiasa menguji hati kami. Ayat-ayat Allah sentiasa menjadi peneguh jiwa...

Positif terima 'banjir' itu sebagai pembersih dan penghapus dosa, memudahkan sistem tarbiyyah ini dilaksanakan dengan lancar..Sekali air bah, Insya Allah pantai akan tetap cantik bahkan bersih dan bertambah indah kelak. Analogi kehidupan yang dilalui oleh orang beriman sentiasa bertaubat dan membersihkan hati agar semua kerja jadi ibadah yang diredhai Allah, InsyaAllah...Inilah impian kami selamanya..Semoga Allah merahmati selama-lamanya..Aamiin.
Ribut taufan apa sekalipun yang berlaku dalam atau luar sana, Sistem Allah, iaitu tarbiyyah Rabbani wajib dilaksanakan selagi hayat dikandung badan. Semoga Allah beri kekuatan untuk terus istiqomah, tsabat dengan penuh keikhlasan dan kesabaran mengharungi 'banjir' atau 'bah' yang sentiasa menguji hati kami. Ayat-ayat Allah sentiasa menjadi peneguh jiwa...
Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(Hud 11:123) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkPositif terima 'banjir' itu sebagai pembersih dan penghapus dosa, memudahkan sistem tarbiyyah ini dilaksanakan dengan lancar..Sekali air bah, Insya Allah pantai akan tetap cantik bahkan bersih dan bertambah indah kelak. Analogi kehidupan yang dilalui oleh orang beriman sentiasa bertaubat dan membersihkan hati agar semua kerja jadi ibadah yang diredhai Allah, InsyaAllah...Inilah impian kami selamanya..Semoga Allah merahmati selama-lamanya..Aamiin.
![]() |
Ombak memukul pantai untuk membersihkannya dari segala sampah sarap |
Comments
Post a Comment