MERAWAT KERACUNAN HATI
Subhanallah, sesungguhnya Allah yang Maha BAIK, Maha Mengatur dan Maha Menyusun yang TERBAIK untuk seluruh hamba-NYA. Kita hanyalah hamba-hamba-NYA di dunia yang memang tidak memiliki apapun melainkan rahmat, redha dan kasih ALLAH selama-lamanya.
Perangkap syaitan menanti kita di mana-mana... Justeru itu amat perlu semua ahli keluarga kita dibekalkan cara menjauhi dan mengalahkan syaitan yang pelbagai rupa dan ragamnya. Fitnah-fitnah bertaburan di mana-mana, tanpa pertolongan dari Allah, amat mudah syaitan menipu agar kita terperangkap dalam fitnah tersebut. Nauzubillah
Dalam tempoh setahun berhadapan dengan kerenah anak-anak, staff dan ibu bapa, sebahagian besar amat menggembirakan dan ibu amat bersyukur dapat belajar dari pengalaman baru ini..Hanya segelintir sahaja yang mendukacitakan namun jangan biarkan 'masalah kecil' itu sampai meracuni hati..
Pesanan-pesanan supaya mengasihi anak-anak kecil, ibu dituduh menjaga tepi kain dan menjaja kelemahannya mendidik anak..
Banyak berdiam untuk mengelak perselisihan faham, ibu dituduh amat sensitif dan tidak perihatin...
ALP naikkan sedikit yuran untuk tingkatkan kualiti pendidikan di Taska dan Tadika serta menampung gaji guru-guru...pelbagai desas desus yang meletihkan untuk didengar..
'MASDAR WAHID' yang ibu mohon Allah pelihara, setiap hari memotivasi.. Usah diracuni hatimu..fokus tingkatkan keikhlasan dan JANGAN MUNDUR. Hanya berbekalkan doa dan visi yang jelas di kalangan ALP dan staff akan memandu pre school ini menuju ke destinasi yang diredha Allah.
Sebelum berakhirnya sesi persekolahan di hadapan ALP ibu sudah confirmkan untuk hadapi tahun 1436 Hijrah dengan penuh ceria dalam satu team work yang boleh bekerjasama. Alhamdulillah ALP berikan sokongan moral , doa dan ungkapan "I trust you". Insya Allah semoga TRUST itu berterusan hingga akhir hayat. Ibu serahkan semua masalah yang menghalang kepada Allah dan fokus untuk tingkatkan kualiti pengurusan yang boleh menyenangkan kanak-kanak, ibu bapa dan guru-guru.
Alhamdulillah, satu demi satu masalah yang menjadi penghalang untuk memajukan diri dan team work demi masa depan kebangkitan akidah ummah khusunya akidah anak-anak tadika dan taska, sudah Allah bersihkan. Staff yang tidak dapat berikan komitmen dalam satu team work, menarik diri tanpa perselisihan. Ibu-ibu yang banyak 'berkira' dan sukar beri kerjasama tidak lagi masukkan anak-anaknya atas alasan berpindah. Walaupun mereka tidak lagi bersama.. namun doa buat mereka perlu diteruskan dengan penuh kasih....
Semuanya Allah yang Maha Mengatur. Insya Allah , ibu amat yakin Allah akan ganti yang lebih baik untuk menceriakan serta boleh berikan komitmen padu untuk meningkatkan masa depan Taska dan Tadika ini. Aamiin
Bukan amal zahir yang menentukan 'selamat'nya kita di dunia dan akhirat, tetapi amal hati sebagai 'Masdar wahid', pemancar mengerakkan segala amal zahir..
Ikhlas atau tidak? Kalau ikhlas kenapa nak berkira?"
Allah Maha Menatap dan Maha Mengetahui setiap sudut hati.
Kita merancang perjalanan di dunia yang fana' ini untuk apa?
Adakah benar-benar memperhambakan diri hanya kepada-NYA atau ada niat-niat yang lain?
Persoalan ini sekadar mengingatkan diri sendiri agar hati tidak mudah diracuni lagi dan hala tuju tidak tersasar dari landasan ke destinasi yang betul.

Ketika ALP menyarankan hanya seorang sahaja staff ikuti kursus Little 'Abd Programme , virus/ racun meyelinap laju dalam salur darah hingga terasa sangat berat 'beban' yang perlu dipikul. Fikiran dan hati mula dikawal oleh 'budak nakal' (hawa nafsu) termakan racun syaitan yang tidak pernah jemu mencari peluang untuk menghasut.
Ibu diam dan bertaawuz melawan perasaan itu dengan terus bersangka baik. Memang wajar hantar seorang kerana masalah 'kewangan' setiap hujung tahun memang tenat . Cuti sekolah, ibu bapa hanya bayar 30% sahaja dari yuran. Tidak ramai yang perihatin hendak membayarnya. Gaji guru perlu ditanggung. Memang kasihan ALP menanggung kos yang bukan sedikit. Ibu berdoa agar setiap keperitan yang ALP tanggung akan memberikan ganjaran syurga buat mereka.
Sejukkanlah hati membaca pesanan As syahid Syed Qutb ra; "segala penderitaannya, air matanya tidak pernah sia-sia kerana semuanya Allah ambil kira"
Yakinlah pertolongan Allah amat dekat, mengadulah kepada-NYA...Firman Allah SWT yang bermaksud;
"dan kunci-kunci segala yang ghaib itu ada pada-NYA, tidak ada yang mengetahui selain DIA. DIA mengetahui apa yang di darat, apa yang di laut, tidak gugur sehelai daunpun melainkan diketahui-NYA" (Surah Al-An'am:59)
Dalam buku 'fiqhud Dakwah', Dr Abdul Karim Zaidan menulis ;" Allah memberi motivasi kepada orang mukmin, para pendakwah "Maafkan mereka, minta ampunlah bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan-urusan" (surah al Imran:159)
Alang-alang mendidik biarlah sampai ke pangkal hati semua pendidik menjana iman dan ukhuwwah dalam satu team. Azam ibu hendak hantar semua guru bagi mudahkan kami follow up sahaja ikut sistem yang dilaksanakan, Alhamdulillah, Allah permudahkan, semoga semua yang pergi ikhlas untuk membawa perubahan kepada diri dan kepada sekolah dan ummah seluruhnya.

Syukur Alhamdulillah ibu tidak sangka sama sekali ada dua staff Taska tawarkan diri nak ikuti kursus 4 hari dengan duit sendiri. Alangkah bagusnya kalau semua staff berjiwa seperti ini.tidak berkira..sanggup sahaja jika ada peluang-peluang untuk belajar.
Lebih setahun berdamping dengan institusi Taska, rupa-rupanya mudah untuk kita kenalpasti staff-staff yang ada kerendahan hati, sanggup datang awal jam 6.30 pagi walaupun rumahnya agak jauh.
Berbekalkan watak utama ibu yang memang pendiam, bukan senang hendak memujuk seorang demi seorang pendidik ikuti kursus yang telah diatur oleh team 'Little Abd Programme'. Macam-macam faktor penghalang yang perlu dilepasi dengan penuh tawadhuk memohon pertolongan dari Allah SWT. Hati memujuk "BESARkan ALLAH, kecilkan Masalah!!" dalam setiap aktiviti yang hendak dibuat.
Sedaya upaya memang ibu harapkan bermula dari Pengerusi ALP, semua ALP sudilah sama-sama mendengar taklimat tentang Modul LAP. LAP bukan milik Haluan tetapi milik bersama ummah yang dipermudahkan dalam bentuk latihan guru Tadika untuk masyarakat seluruhnya. Semua cadangan ini untuk menyenangkan dan menyelamatkan kita dan generasi pewaris.
Kalau boleh ibu nak bawa sekali 'cleaner' dan 'cheft' memahami konsep 'ubudiyyah' atau perhambaan hanya sanya kepada Allah dalam kerjaya ini sebagai saham akhirat, Insya Allah bila semua jelas dan faham konsep ini baru mudah, sama-sama bergerak dengan penuh iman dan ukhuwwah. Pertolongan Allah datang melalui bantuan amal jama'ie. Muafakat membawa berkat..Alhamdulillah. Ini tidak ada kena mengena dengan 'TAASUB'~ Nauzubillah

Masih terngiang-ngiang kata-kata almarhum murabbi UDMZ yang dikasihi,
"Tawadhuk..rendahkan hati baru akan terasa kemanisan Iman dan ukhuwwah...proses jiwa, proses jiwa, proses jiwa.." Semoga Allah SWT merahmati roh almarhum berada bersama roh para syuhada

Awasi Perangkap-Perangkap Syaitan!
Bagaimana memperolehi sifat Tawadhuk?
di mana-mana institusi mahupun rumah tangga, meninggi diri adalah sifat yang membawa kepada binasa. Amat bahaya bukan sahaja kepada diri, bahkan keluarga dan masyarakat seluruhnya. Maka 'sombong', ego dan yang se'istilah' dengannya merupakan 'RACUN' yang akan merosakkan satu sistem. Oleh itu menghapuskan 'racun' itu adalah FARDHU AIN~ WAJIB. Namun racun tidak akan hilang hanya dengan angan-angan sahaja, sebaliknya memerlukan MUJAHADAH untuk menjalani proses merawatnya.
Almarhum Abul 'ala Maududi dalam bukunya 'Fundemental of Islam' ada menjelaskan cara berikut;
1. Mencari akarnya yang menjadi punca (MUNGKAR AL AKBAR) dan mencabut akar tunjang pokok tersebut dari lubuk paling dalam di hati dengan pertolongan Allah SWT. Tanam dengan benih kalimah Taiyyibah ( MAARUF AL AKBAR).
(Macam kita tanam pokok, mesti cari benih yang baik, tanam, siram setiap hari dan baja selalu~ baru boleh hidup)
2. Menolak segala sebab-sebab yang menjadi punca seseorang itu berasa besar diri ke atas orang lain. Segala bisikan syaitan akan terhapus jika sentiasa IKHLAS dan memohon perlindungan Allah.
(Pokok itu perlu dibenteng, dipagar dari jangkitan serangga perosak)
3. Menambah ilmu cara mengenal diri dan juga mengenal Penciptanya. Mengenal dirinya dengan pengetahuan sampai rasa paling hina dan kerdil berbanding dengan semua milik Allah di dalam setiap perkara. Apabila kita mengenal Penciptanya, InsyaAllah kita akan tahu bahawa kita tidak layak takabbur dan membesarkan diri kerana Takkabur itu adalah pakaian Allah SWT sahaja.
Jika sebelum ini kita jahil, tidak tahu maka sentiasa beristighfar, taubat dan banyakkan bersujud kepada Allah.

Paling berkesan adalah tindakan secara amali iaitu sentiasalah beramal dengan akhlak orang yang tawadhuk, amalkan makan seperti hamba-hamba makan..bersedekah membantu orang miskin, anak yatim. (Paling bagus laksanakan sedekah selepas Subuh). Beri haiwan makan seperti kucing terbiar dan sebagainya...
Mendamaikan perselisihan juga perlukan tawadhuk. Sekiranya didapati kebenaran menyebelahi saudara kamu, lalu kamu pula berkeberatan menerimanya, ini menunjukkan bahawa pada diri kamu masih terselit sifat takabbur yang belum dibersihkan. Maka paksa diri untuk menerima kebenaran tersebut, walaupun pahit namun maniskan lidah menggungkapkan kata-kata pujian,sanjungan kepadanya dan akur dengan kelemahan diri kamu serta bersyukurlah di atas faedah yang diperolehi itu.
Berlatihlah mengutamakan orang lain dalam setiap aspek dan cuba berjalan di belakang mereka.
Hendaklah menerima jemputan atau permintaan orang-orang fakir dan berjalanlah di pasar-pasar bagi menunaikan keperluan teman dan kaum kerabat.
Banyak lagi amali yang perlu ibu perbaiki diri..Memang tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah SWT..
Amalkan selalu doa yang Rasulullah SAW ajar yang mafhumnya;
"Ya Allah, aku memohon rahmat-MU yang dengan rahmat itu Engkau memberi petunjuk hatiku, mengumpulkan kembali urusanku, menggabungkan kembali apa yang terpisah dariku, memperbaiki batinku, mengangkat zahirku dengan amal soleh, membersihkan amalku, memberi ilham kepada hatiku, menolak fitnah yang menimpaku dan menjagaku dari segala keburukan"
(Riwayat Ibnu Abbas r.a)

![]() |
Menyantuni Warga Emas menjadi tetamu di rumah kakak ( bersama Datin Hanim@ isteri Dr Fadzilah Kamsah) |
![]() |
Meraikan konvo anak-anak Taska dan guru-gurunya |
Comments
Post a Comment