SUJUD SYUKUR
Sewajarnya kita perlu selalu bersujud syukur menerima anugerah Allah yang amat bernilai... iaitu nikmat Iman, Islam dan ukhuwwah (silaturahim)..
Ustaz menjelaskan dalam kuliah Subuh "Cukuplah dengan nikmat Iman dan Islam, tak ada duit tak apa, tak jadi masalah..Yakin 100% dengan pertolongan Allah."
Dengan kefahaman Islam yang jelas, menanam keimanan, akidah menjadi mantap..apa pun ujian yang menggoncang kita tidak akan tumbang.
Dengan kefahaman Islam yang jelas, menanam keimanan, akidah menjadi mantap..apa pun ujian yang menggoncang kita tidak akan tumbang.
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yang besar. Elok diamalkan setiap hari selepas selesai solat.
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya . Boleh dilakukan secara duduk iftirasy atau berdiri.
Manfaat Sujud Syukur;
- Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka”(Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
- Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
- Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah. Semulia hamba adalah ketika merendah martabat dengan bersujud kepada-Nya.
![]() |
Team SmarTop Subur Fitrah bersama penceramah dan tuan rumah |
Dengan banyak sujud syukur, mudah-mudahan Tarbiyah dan manhaj Tauhidullah dan keimanan yang bakal kita tanamkan dalam jiwa anak cucu kita membuahkan jiwa-jiwa lebih kuat dan cerdik menghadapi cabaran-cabaran dan tipu daya dunia.
Kadang kala kita diserang rasa 'inferiority compleks' yang tidak diundang atau rasa yang tidak 'enak' atau 'tak ngam' dengan team, Mungkin kerana ilmu yang ada sudah memadai. Beginilah syaitan menipu daya kehidupan kita..Berbanyaklah sujud syukur mohon perlindungan dan keselamatan dari Allah SWT.
Ibu kagum dengan peserta-peserta LAP zon selatan yang bukan sahaja menjadi pengusaha tapi ikut serta duduk bersila menjadi peserta..
Dari mana datangnya rasa tawadhuk itu jika bukan dengan tarbiyah keimanan yang mereka lalui sejak 30 tahun yang lalu. Mungkin mereka banyak sujud syukur, melahirkan kesyukuran yang amat sangat kepada Allah SWT. Amat penting hubungan hati yang berterusan dengan Allah SWT.
Bahkan ada peserta yang bertugas menjadi pensyarah kanan di Institut Perguruan di Johor Bahru, rasa bangga dapat hadir dalam kursus selama 4 hari. 4 hari bukan waktu yang mudah untuk kaum ibu korbankan masa. Beberapa peserta membawa anak-anak kecil yang masih menyusu, tapi Alhamdulillah akhirnya mereka berjaya selesaikan dengan penuh ceria dan puas dengan izin Allah.
![]() |
30 Tahun dahulu kami masih anak dara, kini dah jadi nenek |
![]() |
Peserta kursus Perguruan 'Litle Abd Programme' Zon Selatan |
Sewajarnya kita semua bersama-sama sujud syukur di atas nikmat iman, Islam dan ukhuwwah yang Allah pelihara untuk kita selamanya..
Tidak cukup sekadar ucapan 'Alhamdulillah'.Zahirkan kesyukuran yang terbaik dengan melakukan sujud syukur setiap hari. Ini kerana nikmat Allah SWT tidak terbilang banyaknya.
InsyaAllah, Allah SWT akan tambah nikmat jika kita selalu bersyukur. Yakinlah dengan melakukan sujud syukur ini kita akan dapati dan rasai kepuasan kerana nikmat kurniaan Allah melimpah ruah dan segala urusan kita Allah permudahkan walaupun sebelumnya terasa amat berat kesulitan yang kita alami.
Selepas kesukaran pasti ada kelapangan..Janji Allah dalam surah al Insyirah
Selepas kesukaran pasti ada kelapangan..Janji Allah dalam surah al Insyirah
Dalil Sujud Syukur
Rukun Sujud Syukur
1 Niat ' Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala' dilintaskan semasa menyebut 'Allahu Akbar'.
2 Takbiratulihram ..' Allahu Akbar' sambil mengangkat tangan.
3 Sujud ..sekali sahaja
4 Memberi salam , selepas sujud duduk tawaruk (tahiyat akhir) dan beri salam.
Syarat-syaratnya
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat
Cara-cara melakukannya.
Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat
Bacaan dalam sujud
1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali
2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa ibunda (bukan lafaz)
A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU
B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI
C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN
D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA
E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU
Comments
Post a Comment