KESAN "MASDAR WAHID"
Mabruq kepada semua ibu bapa yang hantar anak-anak ke MASDAR...
Subhanallah memang tidak sia-sia ibu bapa mereka mengumpul dana membina sekolah Tahfiz untuk mendidik mereka dengan manhaj Rabbani, menghafal Quran sejak tingkatan 1.. Menjelang tahun 2015 lengkap sudah adanya pelajar Tingkatan 1 ,2,3,4 dan 5.
Allah izin ibu berpeluang ikut besan menjadi tetamu 'Majlis Makan Malam' di Maahad Tahfiz Sains Darul Muttaqin di Changloon , Kedah. (MASDAR) Adik menantu yang bungsu bernama Akeef adalah batch pertama MASDAR

Perkataan 'MASDAR' bermaksud 'pemancar' yang selalu ibu dengar di peringkat awal menerima Tarbiyah. Iman menjadi MASDAR ,MOTIVASI, penggerak dan pencetus kegigihan beramal soleh dan melakukan amal Qowi. Masih terngiang-ngiang suara ustaz menyebut 'Masdar Wahid' boleh diertikan 'pemancar yang satu' iaitu pancaran Iman yang bermula dari hubungan hati yang kuat dengan Allah SWT.
Tema MASDAR adalah untuk membentuk Generasi al-Qur'an ('Nurturing Quranic Generation').
Tema MASDAR adalah untuk membentuk Generasi al-Qur'an ('Nurturing Quranic Generation').
Pelawaan besan untuk ke MASDAR ibu tidak tolak kerana memang ada niat hendak berjumpa isteri ustaz yang nak tubuhkan TADIKA TAHFIZ menggunakan modul 'Little Abd Programme'. Alhamdulillah dapat berjumpa dengan anaknya sekali yang pernah diceritakan semasa ceramah Hari Kecemerlangan 3 Tadika KORAHMAH.. Memang anaknya itu nampak matang (matured) mendahului usianya.. Dari sesi perbualan kami, ibu muda itu akan cuba dapatkan maklumat lanjut dari dua orang sheikh Arab yang mengajar di MASDAR. Sheikh-sheikh tersebut amat menyarankan agar anak-anak mula dididik menghafal Qur'an seawal usia 4 tahun, sepertimana yang dilaksanakan kepada anak-anak di Palestine dan seumpamanya..
Ibu terpukau dengan keramahan dan kemesraan putera puteri MASDAR..
Walaupun kami tak pernah berjumpa sebelum ini, tetapi mereka melayani ibu-ibu tetamu yang hadir macam sudah lama kenal. Salah seorang yang sempat ibu beramah mesra adalah anak gadis salah seorang pemimpin organisasi NGO, sebiji mewarisi keramahan dan kepimpinan ayahnya..Masya Allah Tabarakallah.

![]() |
Puteri-Puteri MASDAR sedang bergotong royong buat persiapan |
Ketika sampai, kelihatan putera-putera MASDAR sedang menyiap dan menceriakan pentas, kerusi meja dan beberapa orang memanggang 'ayam Sufi'. Para puteri pula sedang menyiapkan 'Western food' ~ goreng kentang, macaroni, spaggethi dan salad. Subhanallah, seronok lihat kreativiti team work putera-puteri ini dibimbing oleh murabbi dan murabiyyah yang dedikasi.
'Mak Long'~ ibu dan nenek kesayangan anak-anak MASDAR turut hadir menceritakan beliau bukanlah guru tapi sekadar menjadi teman berbual anak-anak di kantin, khususnya yang berjauhan dari ibu bapa..Wujudnya suasana keluarga dalam MASDAR menambahkan kemanisan ukhuwwah di kalangan warga MASDAR
Setelah selesai menjamu selera sambil menonton persembahan dan penyampaian hadiah, datang salah seorang puteri bertanya "ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu mak cik?"..Isteri Mudhir bertanya "anti sudah makan?" Jawabnya "Tak apa, belum lagi.." Subhanallah..memang kagum melihat lahirnya bakal serikandi Muslimah yang mengutamakan orang lain lebih dari dirinya sendiri.

Nilai 'Rabbani' seperti ini yang sudah lama hilang dari kebanyakan sekolah di bawah naungan kerajaan. Terima kasih abi dan umi (Maher & Mishary) berlapang hati membenarkan Mishary ikut kami ke MASDAR. Puas hati dan suka sangat dapat manjakan cucu sekali sekala, apa lagi cucu yang soleh , terserlah kepatuhannya memudahkan proses tarbiyah..
![]() |
Bersama puteri-puteri MASDAR berasal dari Johor |
![]() |
Permerhati cilik bakal belajar di MASDAR..Insya Allah |
Sebelum pulang ke Johor, sempat ibu bacakan buku dan dengarkan cucu you tube dan video 'bacaan Qur'an si cilik' dari luar negara seusia 3 tahun.
Apabila dengarkan bacaan sicilik Negro, cucu ibu ulang kata-kata "akuk..akuk" sambil memegang dadanya.. Mungkin maksudnya 'takut'. Ibu belajar dari respon cucu , mungkin tak pernah lihat kanak-kanak Negro dan asing baginya..atau mungkin suara anak Negro itu agak 'tinggi' intonasinya.
Jika di Taska, para pengasuh jangan biarkan anak-anak membesar bawa 'takut' sepanjang hidupnya. Perlu kenalkan dari masa ke masa "orang ini walaupun kulitnya hitam tapi hatinya bersih.."
Kelakar melihat video penyelia Taska belajar berbahasa Tamil semasa kursus PERMATA.
Allah sayang orang yang hatinya bersih dan suka baca Qur'an". Cara nak hilangkan rasa takut, biasakan anak-anak dengar penjelasan dan taalimkan cara bagaimana yang Nabi suka. Mudah-mudahan anak-anak membesar dengan kelembutan kasih sayang dan cinta Rasulullah SAW.
Anak-anak Taska/Tadika kadang kala ditakut-takutkan dengan suara atau intonasi yang tinggi dari pendidik yang agak 'stress' kerana kekurangan ilmu dan kemahiran. Kadangkala dah pergi kursus pun masih lagi gagal mengawal emosi.. MASDAR WAHID tidak berfungsi kerana banyak memendam dan menyimpan sampah sarap emosi yang boleh merosakkan Iman..
Pendidik yang sudah dihantar ikuti kursus perlu istiqomah ikuti usrah setiap minggu yang mengajak jiwa dekatkan diri kepada Allah. Tanpa usrah, 'hawa nafsu' akan menjadi liar kerana Iman tidak disuburkan mengawal dan menundukkan hawa nafsu itu.
Dapat maklumat dari salah seorang pengasuh yang sedang ikuti kursus Permata.."Best! seronok..kalau ada lagi, nak ikut. Berbaloi. Insya Allah lepas ini Taska kita akan maju!!!.Tolong masukkan nama saya dalam kursus Little Abd Programme ye"

Kursus Asuhan Awal Anak PERMATA itu akan berakhir pada 19 Disember..Semoga team ini bakal mengubah Taska menjadi Taska kesayangan kanak-kanak dan ibu bapa sekitar kawasan Ledang.
Seorang nenek berkongsi kerenah cucu saudaranya;
Sicucu bertanya; "Grand Ma....mana Grand Pa, dah lama tak nampak Grand Pa?"
Kelakarnya si nenek jawab; "entah! dah hilang..grand ma pun tak tahu, dah lama grand Pa tak balik, dia takut.."
Sicucu pula memujuk "Grand Ma carilah grand Pa, kesian dia...Grand Pa tu baik sangat"
Si nenek jawab " Memang Grand Pa baik tapi dia dipenjara. Biarlah dia rehat dalam penjara tu..nanti dah terlepas dari belenggu penjara tu pandailah Grand Pa balik"
Ibu belajar dari ketenangan nenek tersebut, tak nampak langsung wajah susah hati sejak suaminya ghaib. Nampak enjoy saja dia teruskan rutin 'ibadah' harian yang membahagiakannya.
Hanya doa yang baik-baik menjadi senjatanya membina kekuatan diri selaku orang beriman menghancurkan kebatilan walaupun mengambil masa yang lama.
Ramai di kalangan manusia hari ini mengalami ketakutan kerana tidak dapat apa yang mereka mahu..atau takut kehilangan apa yang mereka ada samada hingga sanggup memutuskan silaturahim. Alangkah ruginya kerana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Tidak masuk syurga orang yang memutus" (Riwayat al-Bukhari)
Ulama mentafsirkan kalimat 'memutus' itu sebagai memutuskan silaturahim. Ada yang mentafsirkan dengan 'memotong jalan' atau 'penyamun'.
Rasulullah SAW menggambarkan silaturahim ini dalam sabda baginda yang bermaksud;
" Kekeluargaan bergantung di 'Arasy. Ia akan berkata:'Sesiapa yang menghubungi aku, maka Allahpun akan menghubunginya dan sesiapa yang memutuskan aku, maka Allah akan memutuskannya" (Riwayat Muslim)
Dari pengalaman, cara paling berkesan menghilangkan rasa takut itu adalah 'hadapi ketakutan itu' . Ikut cara yang Allah redha. Yakinlah 'MASDAR Wahid' lebih power dari istilah 'Law of attraction'
'Masdar Wahid' bersumber dari 'magnet IMAN' berfokus kepada BAHAGIA YANG DIREDHAI ALLAH. Allah redha dan mencintai mereka yang bertaubat dan menjadi ahli Taubat sentiasa memaafkan serta menghubungkan silaturahim. Segala yang baik akan menarik , menawan serta mengubah yang buruk menjadi baik kerana Allah semata-mata. Sesungguhnya Allah SWT sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri seperti yang termaktub dalam surah Al-Baqarah : 222
"Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali ENGKAU , maka ampunilah aku dengan ampunan di sisi MU, berilah aku rahmat. Sesungguhnya ENGKAU MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG" (HR Al- Bukhari dan Muslim)
Comments
Post a Comment