Posts

Showing posts from August, 2022

Kunjungan Duyufurrahman

Image
 Alhamdulillah, sejak hari Selasa malam Rabu kami dikunjungi oleh pasangan Duyufurrahman belum seminggu lagi sampai dari tanah suci Mekah dan Madinah. Belum cukup istirehat, semalam dalam perjalanan pulang ke KL demam. Syafakillah besan kami sudi menziarahi kami menemani menantunya menyantuni ayahnya yang semakin uzur. Alhamdulillah, kesihatan ibu beransur pulih, cuma batuk belum hilang sepenuhnya. Tidak tahulah, perasaan hiba tidak hilang melihat kesungguhan besan kami kuat azamnya (sejak di Mekah lagi sudah ada niat nak ziarah) datang dari Johor menziarahi kami. Hampir Penuh Bonet kereta dengan bingkisan sahabat handai dari Johor. Pelbagai Jenis Pisang, kerepek, kuih muih frozen  dan acar buah. Alhamdulillah, tabarakallah, seronok dapat mendengar berita terkini sahabat handai di Johor. Jazakumullahu khyran kathira semua sahabat seperjuangan dunia akhirat di atas doa Dan pelbagai bingkisan untuk kami di sini. Kunjungan penuh Barokah. Alhamdulillah 👍

Overhaul Diri Yang Semakin Uzur

Image
 Alhamdulillah, di petang Jumaat yang Penuh Barokah, anak lelaki jiran depan rumah menawarkan diri  untuk berkhidmat urus suami ibu setiap hari  pukul 5.00 pagi dan 7.00 malam.  Hanya jam 1.00 tengah hari sahaja beliau tidak dapat kerana urusan kerja. Syukur Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan yang lain juga sebab pembantu warden yang bantu ibu akan menyambung  pengajiannya di UIAM awal bulan September.  Ibu sedang berusaha survey seorang nurse lelaki urus jam 1.00 tgh hari... Doakan akan ada yang tawarkan diri. Ini adalah iktibar dari kisah IT'S OKAY TO BE NOT OKAY , semoga Allah ampuni dosa-dosa ibu yang tidak mampu istiqomah menyantuni keuzuran suami yang memerlukan lebih tenaga fizikal yang buat  ibu stress keletihan dan moody.  Ramai ahli keluarga yang menasihati  ibu, buat berpada-pada jangan sampai mudharatkam diri. Ibu ingin selalu tenang aman dan damai tanpa aktiviti yang menyakitkan badan. Ibu pernah berterus terang kepada ketua warden asrama Matri,  "Ana perluka

Migraine Atau Covid -19?

Image
 Hari ini hari kedua kepala rasa berdenyut, tekak gatal dan batuk sampai terkencing. Mungkin ada symptom Covid -19 tapi ibu abaikan untuk ambil test Covid -19. Dari punggung ke bawah rasa bisa dan tidak selesa duduk dan baring. Panjang ceritanya kalau positif. Petanda tu ada namun ibu  rawat sendiri, telan madu dan  lemon 2-3 biji sehari. Tapping bànyak kali agar pening segera nyahkan diri.  Selera makan hilang. Ibu kuarantin diri dan urus suami sahaja mana yang terdaya. Kemarin ibu minta izin cuti taddabur pagi ini, namun kak Ngah suruh rehat seharian dan cuti taddabur jam 4.00 pagi. Pagi tadi Taddabur Gema Fajar, ibu gagah-gagahkan diri teruskan juga kupasan penghujung Surah Ali Imran ayat 195-200 . Ada hikmahnya kak Ngah minta teruskan sebab apabila dah mula cuti takut jadi seronok nak cuti lagi, sedangkan kami di usia senja ini berikhtiar nak tahu kupasan 30 Juz Al-Quran secara terancang sebelum dipanggil pulang ke Rahmatullah.  8 Ogos 2022 bersamaan 10 Muharam kami berpuasa Asyura