Kunjungan Duyufurrahman

 Alhamdulillah, sejak hari Selasa malam Rabu kami dikunjungi oleh pasangan Duyufurrahman belum seminggu lagi sampai dari tanah suci Mekah dan Madinah.

Belum cukup istirehat, semalam dalam perjalanan pulang ke KL demam. Syafakillah besan kami sudi menziarahi kami menemani menantunya menyantuni ayahnya yang semakin uzur.

Alhamdulillah, kesihatan ibu beransur pulih, cuma batuk belum hilang sepenuhnya. Tidak tahulah, perasaan hiba tidak hilang melihat kesungguhan besan kami kuat azamnya (sejak di Mekah lagi sudah ada niat nak ziarah) datang dari Johor menziarahi kami. Hampir Penuh Bonet kereta dengan bingkisan sahabat handai dari Johor. Pelbagai Jenis Pisang, kerepek, kuih muih frozen  dan acar buah. Alhamdulillah, tabarakallah, seronok dapat mendengar berita terkini sahabat handai di Johor.

Jazakumullahu khyran kathira semua sahabat seperjuangan dunia akhirat di atas doa Dan pelbagai bingkisan untuk kami di sini. Kunjungan penuh Barokah. Alhamdulillah 👍

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil