Migraine Atau Covid -19?

 Hari ini hari kedua kepala rasa berdenyut, tekak gatal dan batuk sampai terkencing. Mungkin ada symptom Covid -19 tapi ibu abaikan untuk ambil test Covid -19. Dari punggung ke bawah rasa bisa dan tidak selesa duduk dan baring. Panjang ceritanya kalau positif. Petanda tu ada namun ibu  rawat sendiri, telan madu dan  lemon 2-3 biji sehari. Tapping bànyak kali agar pening segera nyahkan diri.  Selera makan hilang. Ibu kuarantin diri dan urus suami sahaja mana yang terdaya.

Kemarin ibu minta izin cuti taddabur pagi ini, namun kak Ngah suruh rehat seharian dan cuti taddabur jam 4.00 pagi. Pagi tadi Taddabur Gema Fajar, ibu gagah-gagahkan diri teruskan juga kupasan penghujung Surah Ali Imran ayat 195-200 . Ada hikmahnya kak Ngah minta teruskan sebab apabila dah mula cuti takut jadi seronok nak cuti lagi, sedangkan kami di usia senja ini berikhtiar nak tahu kupasan 30 Juz Al-Quran secara terancang sebelum dipanggil pulang ke Rahmatullah. 

8 Ogos 2022 bersamaan 10 Muharam kami berpuasa Asyura. Dikunjungi sahabat yang sudah lama berhajat hendak ziarah Ustaz Omar. Ibu faham pasti ramai yang berpuasa. Cadangan awal yang nak ziarah 8 orang sahaja, rupa-rupanya lebih 10 orang  dan ada juga tetamu perempuan. Entah macam mana ibu relakan diri dipeluk sahibah yang dah lama tak jumpa. Mungkin jangkitan dari sini. Wallahu alam.

Hari Jumaat baru -baru ini anak ibu balik dari Melaka dan kami bercadang hendak rehlah bawa semua cucu di rumah ini. Alhamdulillah tempat rehlah hanya 10 minit dari rumah di Sungai Bukit Jernih. Syukur Alhamdulillah, dapatlah keluar dari ketepuan memerap di rumah. Taddabur alam seketika. Yang penting cucu semua seronok. Suami istirehat di dalam kereta.

Tadi ayah kepada cucu-cucu rumah ini akan masuk ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Star menyambung kemoterapi Leukimia ditemani oleh isterinya . Sempat ibu berpesan agar manfaatkan mukjizat Al Qur'an dalam proses kesembuhan.

Doa yang baik -baik semoga Allah kurniakan yang terbaik di sebalik ujian kesihatan ini. 
Apabila dah sakit baharulah kita hargai betapa bernilainya nikmat kesihatan. 

Namun sakit juga ada hikmahnya dihapuskan segala dosa jika kita redha. 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil