Posts

Showing posts from January, 2022

Make Me Strong - Sami Yusuf {Lirik dan Terjemahan}

Image
Di antara lagu yg merawat diri tahun 2009-2010, mohon kekuatan dari Allah Yang Maha Kuat, Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Kukuh . Allah Ya Qowi, Ya Aziz Ya Matin.

Rumah Ahli Syurga, Insha Allah

Image
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian milik Allah telah menurunkan hujan di petang Rabu ini setelah sekian lama kemarau berpanjangan... Selawat dan salam khusus untuk baginda Rasulullah sallallau alaihi wassalam. Tajuk rumah ahli syurga ibu pilih kerana Allah izin suami ibu selaku tuan rumah memiliki ciri-ciri tersebut, sentiasa memikirkan tentang ummah dan berpesan kepada semua tetamu untuk buat kerja Islam, ke mana kita pergi bawa Islam... Walaupun pesanan itu ringkas tetapi sungguh mendalam maknanya. Hari ini ibu menerima tetamu yang berhajat ikuti halaqah kaum ibu. Allah izin ibu terlupa hendak maklumkan  halaqah terpaksa ditunda pada hari Jumaat meraikan salah seorang ibu muda dapat turut hadir kerana kedainya hanya tutup pada hari Jumaat. Memandangkan tetamu itu umurnya 66 tahun, ibu raikan juga dengan mengadakan halaqah santai 'one on one'. Ibu tinggalkan seketika hobi ibu sedang merawat pokok. Waktu ini suami sedang istirehat berba

Nostalgia Kalimah Syahadah

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha  Penyayang Segala Puji-pujian  hanya milik Allah Rabb yang memiliki  dan mengurus seluruh alam denga Maha Teliti Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin , tabiut tabiien, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa  yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah. 14 Januari 2022, hari Jumaat yang penuh barokah ini (maaf artikel ini lambat dipublish)  ibu terkenang suara  kasih sayang mendendangkan kalimah La ilaha illlalah muhamadur Rasulullah  ke telinga ibu  berulang-ulang kali. Ibu tiru suara  almarhumah bonda Esah mendendangkan kalimah suci itu ke telinga anak-anaknya  sejak kami 13 beradik dilahirkan. Apabila ibu dendangkan kembali kalimah suci ini dari qalbu terdalam mengikut nada dan intonasi kasih sayang almarhumah bonda, rasa bergetar jiwa bahkan  mengalir air mata merasakan nikmatnya qalbu berzikir tanpa lisan.

Sirih Akan Pulang Ke Ganggang?

Image
 Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah, Allah Ya Qowi, Ya Aziz Ya Matin tempat bergantung segala makhluk yang dicipta-Nya. Ketikaku dalam kelelahan dan keletihan, DIAlah  Yang Maha kuat, Yang Maha Perkasa lagi Y ang Maha Teguh membangkitkan aku kembali. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana telah mempermudahkan banyak urusan yang tidak mampu aku lakukan, Selawat dan salam ditujukan khusus untuk Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada-Nya. Tajuk 'Sireh pulang ke ganggang' sebenarnya ibu kaitkan dengan akhirnya hidup kita. Kelak jasad akan kembali ke tanah dan roh kita kembali kepada Allah. Ibu tidak ada cita-cita langsung hendak menetap di Perlis kecuali apa yang Allah aturkan. Mudah- mudahan di Madinah. Insha Allah Sebelum 2 Januari 2022 suami ibu sudah maklumkan tidak mahu raikan majlis ulang tahunnya yang ke