Nostalgia Kalimah Syahadah

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha  Penyayang

Segala Puji-pujian  hanya milik Allah

Rabb yang memiliki  dan mengurus seluruh alam denga Maha Teliti

Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin , tabiut tabiien, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa  yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah.

14 Januari 2022, hari Jumaat yang penuh barokah ini (maaf artikel ini lambat dipublish)  ibu terkenang suara  kasih sayang mendendangkan kalimah La ilaha illlalah muhamadur Rasulullah  ke telinga ibu  berulang-ulang kali. Ibu tiru suara  almarhumah bonda Esah mendendangkan kalimah suci itu ke telinga anak-anaknya  sejak kami 13 beradik dilahirkan. Apabila ibu dendangkan kembali kalimah suci ini dari qalbu terdalam mengikut nada dan intonasi kasih sayang almarhumah bonda, rasa bergetar jiwa bahkan  mengalir air mata merasakan nikmatnya qalbu berzikir tanpa lisan. Hanya Allah sahaja yang berhak bertakhta di dalam jiwa  selamanya. 

Tidak silap. minggu lepas ibu bermimpi kami adik beradik berkomunikasi dengan almarhumah bonda tercinta. Rasa bahagia dapat memenuhi segala permintaannya ketika itu. Wajah bonda kelihatan ceria dan puas agar dapat adakan 'family day' di suatu tempat. 

Seronok rasanya dalam mimpi itu, tiba-tiba terkejut nama ibu dipanggil, seruan persiapkan suami hendak solat Asar. Tergantung cerita dalam mimpi itu, namun ibu puas dan seronok.

Terfikir apakah petanda mimpi yang membahagiakan itu? Adakah almarhumah  bonda ajak kami reunion di alam barzakh? Ya, memang ibu sedia maklum mati itu amat dekat. Ajal itu tidak  menunggu  mesti sakit atau tua.  Banyak bayi, kanak-kanak dan remaja juga mati apabila telah sampai ajalnya. Kadang-kadang terfikir juga, entah-entah orang yang menjaga orang sakitpun Allah berhak ambilnya dahulu jika telah sampai waktunya.

Ibu muhasabah diri "kenapa kalimah suci ini hanya didendangkan ketika menidurkan anak kecil di dalam buaian?" . Kadang-kadang kita mengucap panjang ketika marah. Allah sedihnya betapa jahilnya  tanpa ilmu kita telah menyalahkan  gunakan kalimah suci ini.

Ya Allah panjangkanlah ganjaran amal soleh ini untuk bondaku

Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ كَانَ أَخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّااللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ


"Barangsiapa yang akhir ucapannya adalah  لاَ إِلَهَ إِلَّاالله maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga" (Riwayat al-Hakim)

Bukan bilangan yang dinilai tetapi kualiti sebutan kalimah suci ini hingga menusuk ke dalam jiwa merasakan Allah Al Ahad. Satu-satunya nama yang bertakhta dalam jiwa kita selama-lamanya. Seboleh mungkin rutinkan setiap detik, masa dan ketika walau di mana kita berada kalimah ini bergetar dalam jiwa mengingati Allah.
Almarhum abah selalu menjemput rakan-rakan surau bertahlil di rumah dalam majlis 'haujakan' dan kenduri bulanan di rumah kami. Ibu terdidik dalam suasana silaturahim memakmurkan kalimah suci ini di samping bersilaturahim dengan keluarga sebelah abah dan bonda diajak bersama majlis mulia itu. memang kerap diadakan kerana almarhum abah sangat cinta suasana bersilaturhaim sampai mak kata orang tak kenalpun abah kau ajak datang, takut makanan tak cukup. Seramai manapun arwah abah jemput, makanan sentiasa cukup, malah berlebihan boleh bawa bekal berkat ke rumah saudara mara.
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Tiada Tuhan selain Allah
Tahlil diucapkan untuk menegaskan tauhid, yang artinya hanya beriman dan menyembah Allah SWT. Tahlil juga diucapkan sebagai zikir setelah solat dan saat mentalqin orang yang sedang sakaratul maut.
Sewajarnya kita yang masih hidup ini ditalqin selalu agar ilmu itu menyuburkan qalbu berubudiyyah hanya untuk Allah.




والله أعلمُ بالـصـواب


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil