Sirih Akan Pulang Ke Ganggang?

 Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah, Allah Ya Qowi, Ya Aziz Ya Matin tempat bergantung segala makhluk yang dicipta-Nya. Ketikaku dalam kelelahan dan keletihan, DIAlah  Yang Maha kuat, Yang Maha Perkasa lagi Yang Maha Teguh membangkitkan aku kembali. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana telah mempermudahkan banyak urusan yang tidak mampu aku lakukan,

Selawat dan salam ditujukan khusus untuk Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada-Nya.

Tajuk 'Sireh pulang ke ganggang' sebenarnya ibu kaitkan dengan akhirnya hidup kita. Kelak jasad akan kembali ke tanah dan roh kita kembali kepada Allah. Ibu tidak ada cita-cita langsung hendak menetap di Perlis kecuali apa yang Allah aturkan. Mudah- mudahan di Madinah. Insha Allah

Sebelum 2 Januari 2022 suami ibu sudah maklumkan tidak mahu raikan majlis ulang tahunnya yang ke-77 dan seterusnya. Beliau tidak mahu majlis itu kelak menimbulkan fitnah dan diikuti oleh anak cucu. Ibu akur dan batalkan cadangan hendak jemput besan yang tarikh lahirnya sama. Tiba-tiba anak-anak balik mengejut, mungkin dengan harapan untuk suprise. 

Ibu agak bersyukur walaupun tidak buat sebarang tempahan makanan, anak sulung bawa Nasi Maqlubah. Ibu biarkan sahaja anak menantu dengan agendanya beli kek. Cuma ibu kurang bertegas beri amaran agar anak-anak jangan viral dalam media sosial. Suami agak kecewa apabila gambar 'lunch' (makan tengah hari) anak beranak di'viral' dalam media sosial. Cukuplah sekadar  Allah  tahu amal soleh itu, tak perlu tayang-tayang.

"Depa tak ada fikrah!"  suami bersuara tegas sebelum tidur 2 Januari. Ibu diam, tak mampu nak kata apapun.  Bab inilah 'sobrun jamil' suamiku, bertahun-tahun sabar seperti Nabi Yaacob... Terus istiqomah berdoa. Dalam hatiku berbisik doa  "Allahumma faqeehum fideen wa alimhum ta'wil"

Cadangan ibu, tahun depan 2023, panjang umur kalau semua anak cucu balik, eloklah buat family day depan rumah dengan aktiviti berkhemah bersama cucu-cucu. Kalau nak buat di luar, kami hanya larat ke Melaka sahaja, duduk di satu tempat.

Bersabarlah menanti, semoga panjang umur. Insha Allah









Syukur Alhamdulillah kerana Allah permudahkan ibu melepaskan urusan yang patut ibu lepaskan sejak awal lagi. Selagi Allah kurniakan kudrat, ibu cuba buat apa yang terdaya. kini kudrat semakin melemah dan ibu akur tak mampu meneruskannya lagi. 

"Lepaskan dan lepaskan kerana itu bukan tanggungjawabmu".  Ada suara yang memujuk ibu melepaskan agar ibu tidak rasa terbeban, lebih-lebih lagi  di usia masuk 60 tahun, kena fikirkan kesihatan diri dan pastikan emosi tidak terganggu...


Alhamdulillah peristiwa  hari ini banyak membantu ibu melepaskan tugas sukarela itu walaupun ibu masih sayang hendak melepaskannya. Apabila suami ibu  bersuara agar ibu fokus mengurusnya sahaja, baharulah ibu yakin untuk melepaskannya dengan lapang hati.  Semoga Allah beri ibu kekuatan untuk  mengabaikan rasa kasihan, tak sampai hati dan seumpamanya. Selama ini yang menghambat dan mengongkong  ibu  adalah bisikan-bisikan "nanti apa orang kata" 

Alhamdulillah sekarang ibu yakin dengan apa yang suami @ murabbi  ibu tarbiyah  "fikirkan apa yang Allah dan Rasul kata"  Fokusku kini adalah cari alternatif hadapi kudrat yang semakin melemah dengan menguatkan  stamina qalbu dan  roh sebelum dipanggil pulang menghadap Allah SWT. 

Syukur Alhamdulillah, Nasi ayam yang telah ditempah hari ini tidak terbazir bahkan menjadi rezeki jiran  yang  sangat  menghargai.  Fokus ibu beri sumbangan kepada  mereka yang tahu berterima kasih dan tahu bersyukur, itu lebih selamat. Insha Allah semoga fikiran  dan jiwa ibu semakin lapang melepaskannya dan ibu boleh travel  bila-bila  tergerak hendak travel. Insha Allah.

Syukur Alhamduillah kunjungan Dr Arbain  dan Dr Fauzana  dari Johor Baharu telah melengkapkan vaksin dos kedua kami berdua. Dos pertama ketika kunjungannya ke Melaka. Diharap tiada lagi songel-songel yang  melemaskan dan menyemak fikiran mempersoalkannya. Pesanan ibu selaku orang tua, sama-samalah kita berdoa mohon pertolongan Allah untuk menjaga lidah dan keluarga masing-masing.

Wajah  rindu bersama Dr Fauzana

Insha Allah ibu merancang untuk  dapatkan suasana  Ramadhan yang ibu rindui. Ibu sudah suarakan kepada yang sepatutnya dan yakin Allah kelak yang Maha mengaturkan-Nya.  Rindu  qiyamulail di surau dan masjid  seperti di Johor dan Shah Alam seperti dahulu. Ibu yakin impian ini akan tercapai tanpa mengabaikan  tugas utama ibu.

Persiapan menyambut Syawal   di rumah sudah ibu siapkan seawal tahun lagi dan tidak  mahu serabutkan  fikiran memikirkannya  lagi. Taman-taman bunga  juga sudah siap dan hanya perlu  disiram dan dibaja selalu.  Ada insan mulia yang sudi bantu ibu menjaganya  sepanjang ketiadaan kami nanti. 

Sebelum pulang, sempat  Mas'ul Negeri  Johor itu bergurau "wah kak Norli nak jadi orang Perlis nampaknya" 

Masul Johor, melengkapkan dos ke-2 kami

 Dalam fikiran  ibu terlintas  peribahasa  sirih akan pulang ke ganggang.

"tak, tengok lah loghat perlis  tak serasi dengan lidah ni. masih kuat dengan loghat Johor". Mungkin ramai berpendapat ibu nak kekal berada di Perlis melihat hiasan taman dan pokok-pokok bunga. Ibu sudah suarakan kepada  suami impian dan cita-cita ibu untuk hadiahkan kepada  MATRI  dan pihak Matri akan menjaganya . begitu juga  bilik yang kami duduk sekarang  akan diberikan kepada Matri  suatu masa kelak untuk dijadikan bilik warden atau bilik kaunseling. Insha Allah.

Kak Norli masih menulis  lagi? tanyanya lagi

Ibu hanya senyum dan bagi alasan  jadi juru tulis ustaz dahulu. Istiqomah menulis dalam blog je, bisik hatiku


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil