Rumah Ahli Syurga, Insha Allah

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian milik Allah telah menurunkan hujan di petang Rabu ini setelah sekian lama kemarau berpanjangan...

Selawat dan salam khusus untuk baginda Rasulullah sallallau alaihi wassalam. Tajuk rumah ahli syurga ibu pilih kerana Allah izin suami ibu selaku tuan rumah memiliki ciri-ciri tersebut, sentiasa memikirkan tentang ummah dan berpesan kepada semua tetamu untuk buat kerja Islam, ke mana kita pergi bawa Islam... Walaupun pesanan itu ringkas tetapi sungguh mendalam maknanya.

Hari ini ibu menerima tetamu yang berhajat ikuti halaqah kaum ibu. Allah izin ibu terlupa hendak maklumkan  halaqah terpaksa ditunda pada hari Jumaat meraikan salah seorang ibu muda dapat turut hadir kerana kedainya hanya tutup pada hari Jumaat. Memandangkan tetamu itu umurnya 66 tahun, ibu raikan juga dengan mengadakan halaqah santai 'one on one'. Ibu tinggalkan seketika hobi ibu sedang merawat pokok. Waktu ini suami sedang istirehat berbaring sambil membaca bahan usrah gabungan sebagai persiapan untuk minggu depan.

Dalam sesi taaruf, ibu dapat kenalpasti jiwa tetamu itu sering disakiti berpunca dari ketua keluarga yang hilang hikmah (panas baran) walaupun sudah di ambang senja. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Dalam keadaan dirinya uzur dengan pelbagai penyakit terpaksa keluar mencari nafkah menyara keluarga sedangkan suaminya kedekut  'lepas tangan' dan duit disimpan beli emas dan saham. Berat ujian yang dihadapinya. "Kak doakan kita semua sama-sama dapat masuk syurga termasuklah suami dan anak-anak yang bermasalah, mudah-mudahan di akhir hayat semua dapat husnul khotimah, kembali menghadap Allah dengan qalbun salim"

Tiada apa yang dapat ibu bantu melainkan mencari ruang dan peluang  agar tetamu ini sedaya upaya membina ketahanan diri menstabilkan emosi. Jiwanya sering terluka, memandangkan umurnya sudah lanjut, maka ibu sarankan dirinya banyak beruzlah, elakkan suasana yang menyebabkan dirinya terluka lagi. Tidak berdosa dia menjauhkan diri dari manusia 'toksid' yang menyebabkan emosinya sering terganggu. "Maafkan walaupun sukar untuk melupakannya. Doakan semoga Allah ampuni dosa kita dan mereka juga"

Beginilah yang ibu lakukan bertahun-tahun lamanya, demi menstabilkan emosi lebih-lebih lagi dalam  menyantuni keuzuran suami amat perlukan kestabilan emosi yang berpanjangan. Tidak perlu berharap kepada yang tidak sudi. Terima kasih kepada yang mencari dan memberi. Alhamdulillah, Syukur sangat kerana suami sangat positif , tahu berterima kasih dan sangat menghargai kehadiran ibu di sisinya. Beliau amat memahami  bahawa  ibu amat perlukan 'me time' selepas  Isya hingga waktu Dhuha untuk bina kekuatan jiwa mengikut sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. 

Tetamu bermalam di rumah


"REDHA na, tetamu mai tak putus-putus" suami ibu cuba memujuk ibu, takut ibu stress.

"Alhamdulillah, tetamu yang sama fikrah tidak pernah membebankan, sentiasa membawa rezeki dan meringankan tuan rumah" Kehadiran mereka bagai diiringi malaikat permudahkan segala urusan ibu. Alhamdulillah...

Sepanjang minggu ini  rumah ini amat meriah bagaikan hari Raya. Mulai hari Khamis lepas  hingga hari ini tiap-tiap hari ada tetamu tidak putus. Khamis dan Jumaat, 6 sahabat karib suami diketuai oleh Presiden Haluan Dr Abdullah Sudin bermesyuarat santai di sini. 

Pagi Sabtu tetamu pasangan suami isteri dari Terengganu yang melayan kami ketika kunjungan kami ke sana  pada bulan Ramadhan tahun 2018  tiba di Tunjung. Meriah rasanya dapat tetamu orang soleh.

Cikgu Ishak dan Kak Non dari Terengganu



Petang Sabtu ibu dikunjungi oleh kaunselor yang sambung Sarjana di USIM, bermalam di sini. Bagaikan anak , layan diri kerana dia faham ibu ada rutin santuni warga emas. Ketika ini tanpa pembantu rumah, ibu rasa amat perlukan alat pencuci pinggan mangkuk. Alhamdulillah, sudah oder dan akan sampai esok lusa. Insha Allah.

Hari  Ahad sahabat karib suami menyambung mesyuarat dan terus lunch di sini. Alhamdulillah salah seorang guru Matri uruskan hidang lauk pauk dari A sampai Z ( cuci pingganpun diuruskan). Memang sedap lauk gulai masakannya, licin semuanya. Alhamdulillah.

Sahabat karib UOHS, seorang lagi hantar isteri ke klinik


Hari Isnin, rombongan 17 tetamu dari Terengganu singgah seketika selepas lawatan ke Matri. Mereka siap dijamu oleh pihak Matri. Ibu sediakan juadah ringan hasil air tangan isteri Ustaz Naza. Semoga kita semua dipertemukan kembali di Syurga, Insha Allah. 

Rombongan Tetamu dari Terengganu


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil