Posts

Showing posts from November, 2017

Best Friend Forever Fillah ~ BF3 untill Jannah

Image
Ketika mana diamanahkan buat penyampaian bertajuk " Ukhuwwah" untuk tamrin Puteri Matri yang sudah selesai peperiksaan akhir tahun, kami berbincang memilih tajuk yang sesuai dengan jiwa remaja. Terjumpalah  tajuk BF3 yang bermaksud  Best Friend Forever Fillah. Kami cuba guna kaedah terbaru yang kami belajar dari murabbi ketika daurah murabiyyah. Menangi hati remaja dengan menggunakan istilah yang mereka suka. Suda berusia separuh abad, sukar juga  hendak turunkan level memahami jiwa remaja bawah 16 tahun. Terpaksalah imbas atau 'flash back' ketika  ibu berumur 16 tahun ,  39 tahun yang lalu. Ketika  tingkatan 4 di sekolah Menengah Teknik Melaka, ibu sudah mula berjinak-jinak dengan usrah di surau asrama puteri, warden memang kaki usrah.... Latar belakang ibu, asalnya  ke  sekolah  beruniform 'skirt' ...dapat hijrah memakai baju kurung. Hijrah  yang membawa  ketenangan. Alhamdulillah...Allah yang pilih. Lebih beruntung  puteri di Matri, ada tarbiyah dibekalk

Pesan Yang Berbekas

Image
Cukuplah redha Allah tujuan hidup kita.... orang utara kata "biaq pi" dengan gosip-gosip dan umpatan itu nanti di akhirat ada bungkusan istimewa menanti..., mengandungi  pahala mereka diberikan semua kepada kita. jom!!! terus bersangka baik kepada Allah Salah satu tulisan yang sangat menyentuh jiwa ditulis oleh Syeikh Muhammad Sayyid Tantawy, Imam Besar Masjid Al-Azhar, Mesir ‎كُلُّنَا  اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِى نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita ‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita ‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita ‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا Kita adalah peribadi yang buruk bagi orang yang penuh kedengkian ‎وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ ي

Travelog ke Mataram City

Image
Allah sebaik-baik perancang  yang telah mengaturkan  di tengah-tengah kawalan 'Universiti Kristen Jogjakarta, akhirnya Alhamdulillah  artikel 'Membumikan Kaunseling Rabbani' diterbitkan di dalam Proceedings  Of The  1st Asean School Counselor Conference On Inovation & Creativity In Counseling (ASCC)  di Yogyakarta Indonesia. Bukan kemegahan yang ibu inginkan tetapi yang penting mesej visi dan misi kauseling Rabbani dan perbandingannya dengan kaunseling  Kotemporari  akan sampai kepada seluruh  kaunselor di Nusantara. Insya Allah. Sesuai  dengan tajuknya "MEMBUMIKAN KAUNSELING  RABBANI"   Cita-cita ibu akhirnya Allah makbulkan agar  artikel ini  berada  di dalam setiap perpustakaan khususnya di  universiti-universiti  sekitar Asia. Dalam masa yang sama ibu ditemukan dengan  6 orang  kaunselor solehah  dari Palembang, Jakarta, Medan, Macasar, Riau  dan salah seorang urusetia  yang berminat untuk menterjemahkan  buku Kaunseling Rabbani ke bahasa Indonesia. Alha