Travelog ke Mataram City
Allah sebaik-baik perancang yang telah mengaturkan di tengah-tengah kawalan 'Universiti Kristen Jogjakarta, akhirnya Alhamdulillah artikel 'Membumikan Kaunseling Rabbani' diterbitkan di dalam Proceedings Of The 1st Asean School Counselor Conference On Inovation & Creativity In Counseling (ASCC) di Yogyakarta Indonesia. Bukan kemegahan yang ibu inginkan tetapi yang penting mesej visi dan misi kauseling Rabbani dan perbandingannya dengan kaunseling Kotemporari akan sampai kepada seluruh kaunselor di Nusantara. Insya Allah. Sesuai dengan tajuknya "MEMBUMIKAN KAUNSELING RABBANI"
Cita-cita ibu akhirnya Allah makbulkan agar artikel ini berada di dalam setiap perpustakaan khususnya di universiti-universiti sekitar Asia. Dalam masa yang sama ibu ditemukan dengan 6 orang kaunselor solehah dari Palembang, Jakarta, Medan, Macasar, Riau dan salah seorang urusetia yang berminat untuk menterjemahkan buku Kaunseling Rabbani ke bahasa Indonesia. Alhamdulillah mereka sangat gembira mendapat hadiah buku itu dan akan berusaha membumikan Kaunseling Rabbani di lokaliti masing-masing. Impian ibu agar buku ini menjadi tatapan semua kaunselor dari generasi ke generasi, mudah-mudahan mereka nampak peranan dan tanggungjawab kaunselor Muslim untuk memenangkan Deen Allah. Libatkan Allah dalam setiap sesi kaunseling, barulah bermakna kehidupan sebagai seorang kaunselor. Insya Allah. Jika kita ada niat berjuang untuk Deen Allah, Allah akan kukuhkan pendirian kita. Rujuk surah Muhammad ayat 7.
Semua agenda untuk memenangkan Deen Allah adalah urusan-Nya. Allah yang Maha Kuasa mengaturkannya walaupun kebanyakan orang tidak suka dan cuba menghalangnya. Allahumma AlBaar (Yang Maha Baik), Alhamdulillah terima kasih , terima kasih, terima kasih ya Allah yang telah mempermudahkan segala urusan ini untuk memenangkan Deen-Mu di ambang kebangkitan Islam. Walaupun perit meninggalkan tanggungjawab utama di Perlis, namun berkat doa suami dan mereka yang memahami tugas ibu, amat berbaloi pengorbanan ini. Tak rasa penat, bahkan puas walaupun macam-macam halangan terpaksa dilalui...
Travelog menuju ke 'Mataram City' atau Kota Jogja memang penuh tribulasi namun segalanya menjadi manis apabila Allah menjawab secara tunai segala persoalan yang timbul sepanjang perjalanan kami. Ujian pertama kami lalui apabila beg ibu tertanggal dua roda dan bahagian itu pecah sedikit kerana kecuaian petugas Air Asia dari Alor Star. Kaunselor muda yang mengiringi ibu sangat menjaga ibu bagaikan ibunya sendiri. Setiap kenalan yang ditemuinya akan diperkenalkan ibu sebagai ' ini cikgu saya, ini cikgu saya'.
Beliaulah yang bersungguh-sungguh bertanya kepada pramugara dan pramugari Air Asia sebelum kami transit di KLIA2, bagaimana cara nak dapatkan gantirugi. Menurut mereka jika ketika booking tiket ada ambil insuran, boleh tuntut ganti rugi. Apabila disemak semula, Alhamdulillah tempahan tiket kami dengan insuran sekali. Sampai di KLIA 2 kami terus menuju ke pejabat 'Lost & found' untuk buat aduan. Petugas maklumkan beg baru akan diberikan dalam tempoh sebulan.
Hmmm....
Ibu tenang dan teringat nak balut plastik sahaja beg itu, sampai Jogja nanti baru fikir hendak beli beg baru. Namun ibu muda yang mengiringi ibu minta pihak Air Asia bayar ganti rugi dalam bentuk wang lalu gertak petugas itu "bagaimana kami nak bawa beg ini ke Jogjakarta? pagi-pagi buta ni mana nak beli beg baru!!?" Tersentak petugas itu lalu mencari beg baru dalam bilik di belakang. Dikeluarkan beg yang nampaknya lebih baik kualitinya dan agak besar sedikit dari beg yang pecah itu. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, Engkau yang Maha Permudahkan segala urusanku...Bahkan menggantikannya dengan beg yang lebih baik.
Sampai di Adisujipto International AirPort, kami disambut oleh petugas The Alana International Hotel. Alhamdulillah tidak 'macet' kerana kami sampai jam 10.30 pagi waktu Malaysia. Layanan hotel sangat memuaskan, setiap pagi kami berpeluang minum jamu yang disediakan oleh pihak hotel.Tidak terasa capek perjalanan kami. Alhamdulillah
Ujian kedua kami apabila urusetia tidak beri kami beg conference menyebabkan semua wakil dari Malaysia mulai 'prasangka', terasa seperti dikhianati dan dianak tirikan. Sedangkan peserta lain yang lebih 350 orang yang majoritinya Islam mendapat beg dan file. Mujur ada salah seorang urusetia Muslim, tanpa pengetahuan pihak penganjur berikan juga beg tersebut kepada kami berdua."Di Malaysia tak boleh kalau orang Kristen biaya ya?" duganya kepada teman ibu. Alangkah terperanjatnya kami, beg, note book, pen, file dan kalender 2018 semuanya ditaja oleh Universitas Kristen Yogyakarta. Pancasilanya sudah begitu, kadang-kadang dalam satu keluarga haru biru, ibu Islam, ayah Kristian, anak Buddha.
"Hmm patutlah depa tak bagi kita!" sungut salah seorang teman. Takut timbul kontroversi seperti di Malaysia. Mujurlah di Malaysia tidak berlaku seperti ini, JAKIM amat sensitif.
Ujian berikutnya, kami tidak diberikan jadual pembentangan, malah buku proseeding juga tidak diberikan. Salah seorang pembentang dari UUM telah ditegur agar mengubah tajuk dengan men'ghaib'kan nama Islam dalam tajuk kertas kerjanya. Ibu terasa seperti berada di medan jihad berhadapan dengan 'musuh-musuh' Islam di tengah-tengah kekuatan jahiliyah mereka. Ibu pasrah kepada Allah dan maklumkan kepada teman sebilik, "jika tidak ada nama saya dalam jadual, tidak apa..saya redha, kita jangan cari gaduh dengan depa...mungkin ada hikmah Allah nak selamatkan kita. Insya Allah"
Teman sebilik akur walaupun wajahnya kelihatan seperti tidak puas hati. Ketika itu ibu berdoa serahkan segalanya biar Allah yang uruskan...semua ini urusan Allah, bukan urusan kita. Alhamdulillah, ibu cuba dakwah cara lain dengan menyebarkan kad nama menjelaskan khidmat terapi kaunseling Rabbani. Ada juga yang bertanya tentang terapi Asmaul Husna. Semua ilham itu dari Allah agar tugas dakwah tetap berjalan walaupun ada banyak sekatan dan halangan.
Amat mendukacitkan, semua pembentangan ucap utama berkaitan kaunseling Kotemporari tanpa roh. Pandai-pandailah kami ubah suainya dan gunakannya ikut perspektif Islam. Ibu sudah siapkan slide power point menyentuh tulisan Harry R.Lewis dalam bukunya ‘Excellence Without a Soul (Kecemerlangan Tanpa Roh)...kemudian barulah sambung tentang Kaunseling Rabbani. Dalam bukunya beliau menjelaskan keadaan pendidikan dunia khusus lepasan pelajar Universiti Harvard sekalipun memang haru biru, tiada hala tuju yang jelas kerana tiada Roh. Sebaliknya keruntuhan moral berleluasa... Beliau sedang mencari kebenaran....semoga Allah kurniakan hidayah dan taufiq-Nya. Insya Allah
Hari Jumaat pagi baru kami diberikan jadual, pembentangannya sebelah malamnya. Ramai pensyarah dari Malaysia yang sudah hantar kertas kerja, tidak ada nama mereka dalam jadual. Cuma kami berdua sahaja dipelawa bentangkan kertas kerja. Syukur pada malam itu 6 wakil dari Malaysia hadirkan diri dan bentangkan juga walaupun kertas kerja mereka tidak dimasukkan dalam prosceeding. Ketika giliran kami bentangkan, ada gangguan slide power point kami berdua seperti hilang dan 'hang' tak boleh nak 'move on'. Ujian lagi tanpa prasangka kami teruskan bentang apa yang kami ingat.
Syukur amat Allah yang Maha Baik menghantar seorang pensyarah IPT dari Malaysia 'back up' semua kekurangan kami dalam pembentangannya yang jelas lagi bersuluh dengan 'modul Terapi Imam Ghazali' yang sememangnya ada dalam buku kaunseling Rabbani. Allah temukan kami dalam proses mewujudkan satu team work yang akan bekerjasama apabila kembali ke tanah air kelak. Insya Allah.
Dalam pembentangannya, kelihatan dia tidak kecewa diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak penganjur. Sewajarnya kami juga perlu lebih bersyukur sepertinya. Paling menarik beliau sempat melawat anaknya yang telah dapat syahadah Tahfiz di Malaysia menyambung pengajian di 'home schooling' di pondok modern Gontor, Ponorogo. Menarik suasana belajar di Gontor. Mereka exam untuk belajar, bukan belajar untuk exam.
Teman karibnya juga sempat meredah peluang membentangkan tajuk 'Memperkenalkan Kerjaya Sejak Di Awal Usia'...menarik sungguh membantu ibu dapat idea baru dalam proses melengkapkan buku Asuhan Tarbawi Mutiara Syurga.
Kami bertaaruf dengan peserta-peserta lain ketika melawat istana lama Keraton dan Candi Borobudur. Ibu tidak berminat masuk ke Candi, sebaliknya berjalan di sekitarnya sambil bersembang untuk taaruf dengan anak angkat dari Jakarta. Kaunselor muda ini yang ada kerendahan hati banyak bertanya tentang kauseling Rabbani dan terapi Asmaul Husna...Alhamdulillah. Dalam perjlanan pulang dari Candi Borubudur, singgah di tempat cetak batik, hasil kerja kraftangan dan kuih 'BakPia' yang memang terkenal dari Jojakarta.
Sayang sekali, rupa-rupanya ada program ini
pada tarikh kami membentangkan kertas kerja
di luar kawasan hotel penginapan kami.
Pada malam terakhir pihak urusetia telah mempelawa kami menonton wayang cerita Ramayana dan Mahabrata dua jam perjalanan untuk sampai ke sana. Dari tiga bas pelancong, tidak sampai separuh bas yang ikut ke lokasi cerita Ramayana dan Mahabrata. Kami tidak ikut sebaliknya meneruskan sesi taaruf Dakwah Fardhiyah dengan anak angkat dari Jakarta dan makan bersama di luar hotel. Gigihnya ibu muda beranak dua ini, baru berusia 30an namun larat driving 12 jam dari Jakarta ke Jogjakarta seorang diri. Masya Allah. Banyak urusan tersangkut, Allah izin dia dapat tangani dengan tenang. Berbaloi sungguh dapat bertaaruf dengannya. Alhamdulillah... Kami menanti kehadirannya sekeluarga kelak ke Malaysia suatu ketika nanti. Insya Allah
Ketika mencari restoren malam terakhir memang ujian sedikit.Pihak urusetia memberi kami kebebasan makan di luar setelah 4 hari makan di hotel. Hati-hati mencari restoren di sini, walaupun katanya 'masakan Jawa' tetapi tuanpunya restoren itu adalah penganut Buddha. Ada patung Buddha terpampang di bahagian cashier. Petugas-petugas wanitanya pula tidak memakai tudung...ini yang mengundang keraguan untuk makan di situ walaupun ramai yang dakwa masakannya sedap atau 'enak banget'
Cita-cita ibu akhirnya Allah makbulkan agar artikel ini berada di dalam setiap perpustakaan khususnya di universiti-universiti sekitar Asia. Dalam masa yang sama ibu ditemukan dengan 6 orang kaunselor solehah dari Palembang, Jakarta, Medan, Macasar, Riau dan salah seorang urusetia yang berminat untuk menterjemahkan buku Kaunseling Rabbani ke bahasa Indonesia. Alhamdulillah mereka sangat gembira mendapat hadiah buku itu dan akan berusaha membumikan Kaunseling Rabbani di lokaliti masing-masing. Impian ibu agar buku ini menjadi tatapan semua kaunselor dari generasi ke generasi, mudah-mudahan mereka nampak peranan dan tanggungjawab kaunselor Muslim untuk memenangkan Deen Allah. Libatkan Allah dalam setiap sesi kaunseling, barulah bermakna kehidupan sebagai seorang kaunselor. Insya Allah. Jika kita ada niat berjuang untuk Deen Allah, Allah akan kukuhkan pendirian kita. Rujuk surah Muhammad ayat 7.
Semua agenda untuk memenangkan Deen Allah adalah urusan-Nya. Allah yang Maha Kuasa mengaturkannya walaupun kebanyakan orang tidak suka dan cuba menghalangnya. Allahumma AlBaar (Yang Maha Baik), Alhamdulillah terima kasih , terima kasih, terima kasih ya Allah yang telah mempermudahkan segala urusan ini untuk memenangkan Deen-Mu di ambang kebangkitan Islam. Walaupun perit meninggalkan tanggungjawab utama di Perlis, namun berkat doa suami dan mereka yang memahami tugas ibu, amat berbaloi pengorbanan ini. Tak rasa penat, bahkan puas walaupun macam-macam halangan terpaksa dilalui...
![]() |
Alhamdulillah KR ada dalam proceedings ini |
Travelog menuju ke 'Mataram City' atau Kota Jogja memang penuh tribulasi namun segalanya menjadi manis apabila Allah menjawab secara tunai segala persoalan yang timbul sepanjang perjalanan kami. Ujian pertama kami lalui apabila beg ibu tertanggal dua roda dan bahagian itu pecah sedikit kerana kecuaian petugas Air Asia dari Alor Star. Kaunselor muda yang mengiringi ibu sangat menjaga ibu bagaikan ibunya sendiri. Setiap kenalan yang ditemuinya akan diperkenalkan ibu sebagai ' ini cikgu saya, ini cikgu saya'.
Beliaulah yang bersungguh-sungguh bertanya kepada pramugara dan pramugari Air Asia sebelum kami transit di KLIA2, bagaimana cara nak dapatkan gantirugi. Menurut mereka jika ketika booking tiket ada ambil insuran, boleh tuntut ganti rugi. Apabila disemak semula, Alhamdulillah tempahan tiket kami dengan insuran sekali. Sampai di KLIA 2 kami terus menuju ke pejabat 'Lost & found' untuk buat aduan. Petugas maklumkan beg baru akan diberikan dalam tempoh sebulan.
Hmmm....
Ibu tenang dan teringat nak balut plastik sahaja beg itu, sampai Jogja nanti baru fikir hendak beli beg baru. Namun ibu muda yang mengiringi ibu minta pihak Air Asia bayar ganti rugi dalam bentuk wang lalu gertak petugas itu "bagaimana kami nak bawa beg ini ke Jogjakarta? pagi-pagi buta ni mana nak beli beg baru!!?" Tersentak petugas itu lalu mencari beg baru dalam bilik di belakang. Dikeluarkan beg yang nampaknya lebih baik kualitinya dan agak besar sedikit dari beg yang pecah itu. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, Engkau yang Maha Permudahkan segala urusanku...Bahkan menggantikannya dengan beg yang lebih baik.
Sampai di Adisujipto International AirPort, kami disambut oleh petugas The Alana International Hotel. Alhamdulillah tidak 'macet' kerana kami sampai jam 10.30 pagi waktu Malaysia. Layanan hotel sangat memuaskan, setiap pagi kami berpeluang minum jamu yang disediakan oleh pihak hotel.Tidak terasa capek perjalanan kami. Alhamdulillah
Ujian kedua kami apabila urusetia tidak beri kami beg conference menyebabkan semua wakil dari Malaysia mulai 'prasangka', terasa seperti dikhianati dan dianak tirikan. Sedangkan peserta lain yang lebih 350 orang yang majoritinya Islam mendapat beg dan file. Mujur ada salah seorang urusetia Muslim, tanpa pengetahuan pihak penganjur berikan juga beg tersebut kepada kami berdua."Di Malaysia tak boleh kalau orang Kristen biaya ya?" duganya kepada teman ibu. Alangkah terperanjatnya kami, beg, note book, pen, file dan kalender 2018 semuanya ditaja oleh Universitas Kristen Yogyakarta. Pancasilanya sudah begitu, kadang-kadang dalam satu keluarga haru biru, ibu Islam, ayah Kristian, anak Buddha.
"Hmm patutlah depa tak bagi kita!" sungut salah seorang teman. Takut timbul kontroversi seperti di Malaysia. Mujurlah di Malaysia tidak berlaku seperti ini, JAKIM amat sensitif.
Ujian berikutnya, kami tidak diberikan jadual pembentangan, malah buku proseeding juga tidak diberikan. Salah seorang pembentang dari UUM telah ditegur agar mengubah tajuk dengan men'ghaib'kan nama Islam dalam tajuk kertas kerjanya. Ibu terasa seperti berada di medan jihad berhadapan dengan 'musuh-musuh' Islam di tengah-tengah kekuatan jahiliyah mereka. Ibu pasrah kepada Allah dan maklumkan kepada teman sebilik, "jika tidak ada nama saya dalam jadual, tidak apa..saya redha, kita jangan cari gaduh dengan depa...mungkin ada hikmah Allah nak selamatkan kita. Insya Allah"
Teman sebilik akur walaupun wajahnya kelihatan seperti tidak puas hati. Ketika itu ibu berdoa serahkan segalanya biar Allah yang uruskan...semua ini urusan Allah, bukan urusan kita. Alhamdulillah, ibu cuba dakwah cara lain dengan menyebarkan kad nama menjelaskan khidmat terapi kaunseling Rabbani. Ada juga yang bertanya tentang terapi Asmaul Husna. Semua ilham itu dari Allah agar tugas dakwah tetap berjalan walaupun ada banyak sekatan dan halangan.
Amat mendukacitkan, semua pembentangan ucap utama berkaitan kaunseling Kotemporari tanpa roh. Pandai-pandailah kami ubah suainya dan gunakannya ikut perspektif Islam. Ibu sudah siapkan slide power point menyentuh tulisan Harry R.Lewis dalam bukunya ‘Excellence Without a Soul (Kecemerlangan Tanpa Roh)...kemudian barulah sambung tentang Kaunseling Rabbani. Dalam bukunya beliau menjelaskan keadaan pendidikan dunia khusus lepasan pelajar Universiti Harvard sekalipun memang haru biru, tiada hala tuju yang jelas kerana tiada Roh. Sebaliknya keruntuhan moral berleluasa... Beliau sedang mencari kebenaran....semoga Allah kurniakan hidayah dan taufiq-Nya. Insya Allah
Hari Jumaat pagi baru kami diberikan jadual, pembentangannya sebelah malamnya. Ramai pensyarah dari Malaysia yang sudah hantar kertas kerja, tidak ada nama mereka dalam jadual. Cuma kami berdua sahaja dipelawa bentangkan kertas kerja. Syukur pada malam itu 6 wakil dari Malaysia hadirkan diri dan bentangkan juga walaupun kertas kerja mereka tidak dimasukkan dalam prosceeding. Ketika giliran kami bentangkan, ada gangguan slide power point kami berdua seperti hilang dan 'hang' tak boleh nak 'move on'. Ujian lagi tanpa prasangka kami teruskan bentang apa yang kami ingat.
Syukur amat Allah yang Maha Baik menghantar seorang pensyarah IPT dari Malaysia 'back up' semua kekurangan kami dalam pembentangannya yang jelas lagi bersuluh dengan 'modul Terapi Imam Ghazali' yang sememangnya ada dalam buku kaunseling Rabbani. Allah temukan kami dalam proses mewujudkan satu team work yang akan bekerjasama apabila kembali ke tanah air kelak. Insya Allah.
Dalam pembentangannya, kelihatan dia tidak kecewa diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak penganjur. Sewajarnya kami juga perlu lebih bersyukur sepertinya. Paling menarik beliau sempat melawat anaknya yang telah dapat syahadah Tahfiz di Malaysia menyambung pengajian di 'home schooling' di pondok modern Gontor, Ponorogo. Menarik suasana belajar di Gontor. Mereka exam untuk belajar, bukan belajar untuk exam.
Teman karibnya juga sempat meredah peluang membentangkan tajuk 'Memperkenalkan Kerjaya Sejak Di Awal Usia'...menarik sungguh membantu ibu dapat idea baru dalam proses melengkapkan buku Asuhan Tarbawi Mutiara Syurga.
pada tarikh kami membentangkan kertas kerja
di luar kawasan hotel penginapan kami.
Pada malam terakhir pihak urusetia telah mempelawa kami menonton wayang cerita Ramayana dan Mahabrata dua jam perjalanan untuk sampai ke sana. Dari tiga bas pelancong, tidak sampai separuh bas yang ikut ke lokasi cerita Ramayana dan Mahabrata. Kami tidak ikut sebaliknya meneruskan sesi taaruf Dakwah Fardhiyah dengan anak angkat dari Jakarta dan makan bersama di luar hotel. Gigihnya ibu muda beranak dua ini, baru berusia 30an namun larat driving 12 jam dari Jakarta ke Jogjakarta seorang diri. Masya Allah. Banyak urusan tersangkut, Allah izin dia dapat tangani dengan tenang. Berbaloi sungguh dapat bertaaruf dengannya. Alhamdulillah... Kami menanti kehadirannya sekeluarga kelak ke Malaysia suatu ketika nanti. Insya Allah
Ketika mencari restoren malam terakhir memang ujian sedikit.Pihak urusetia memberi kami kebebasan makan di luar setelah 4 hari makan di hotel. Hati-hati mencari restoren di sini, walaupun katanya 'masakan Jawa' tetapi tuanpunya restoren itu adalah penganut Buddha. Ada patung Buddha terpampang di bahagian cashier. Petugas-petugas wanitanya pula tidak memakai tudung...ini yang mengundang keraguan untuk makan di situ walaupun ramai yang dakwa masakannya sedap atau 'enak banget'
semoga Allah mengampuni dosa-dosa kami kerana cuai dan tidak peka dengan tipu daya musuh-musuh Islam yang ingin menyesatkan kami.
Comments
Post a Comment