Posts

Showing posts from May, 2021

Gerhana Bulan, Covid-19, Vaksin Zionis & Istighfar

Image
  Ulang tahunku yang ke-59 dihimpit  oleh peristiwa bersejarah iaitu Gerhana Bulan pada Maghrib 26 Mei. Pada 27 Mei kes Covid-19 di Malaysia  melonjak hampir 8,000 sehari (7857 kes) paling  tinggi setakat ini. Ada yang takut  sampai menangis melihat seorang demi seorang  yang  meninggal kerana menjadi korban dijangkiti virus tersebut. Perlis  yang sebelum ini termasuk dalam zon hijau telah ada  465 kes setakat ini. Terjebak masuk dalam zon merah pulak kerana  27 hb sahaja meningkat menjadi 6 kes sehari. Amat mengerikan namun  pujuk diri inilah hakikat ujian dari Allah agar kita sentiasa memurnikan ketaatan  dan ubudiyyah hanya kepada-Nya dan tidak  mensyirikkan Nya.  Isu vaksin  amat membimbangkan ibu kini. Peningkatan kes covid-19 sering dikaitkan dengan kerana masalah imunisasi seseorang dan perlu   ambil vaksin hingga mereka yang tidak   mendaftar vaksin dalam My Sejahterapun hendak dihambat seperti memaksa semua  rakyat  bergantung  harap kepada vaksin. Bukan hendak melawan, tetapi

Menang Atau Syahid

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, Segala puji-pujian  hanya milik Allah yang Maha  Merancang. Maha  Mengatur dan  Maha Mengurus  segala kehidupan langit  dan bumi. Kesan Ramadhan yang telah meninggalkan kita  sangat mendidik jiwa agar sentiasa bersiap siaga menghadapi kematian yang akan menjemput bila-bila masa. Ramadhan, tetamu  agung,  mendidik kita  bagaimana  cara untuk kita kembali  ke Rahmatullah dalam keadaan redha dan diredhai-Nya. Inilah kesan yang ibu bincang  bersama ustazah Khairol Badriah semasa kami bersantai seketika  di Tasik Melati di pagi 27 Ramadhan. Ustazah ini masih lincah, setiap detik masanya sentiasa terisi dengan kerja-kerja dakwah di Matri dan berkhidmat untuk masyarakat Selisih umur lebih 10 tahun. Takmil Wal istikmal Selawat dan salam ditujukan khusus kepada  Murabbi Agung, junjugan Rasulullah sallallahu alaihi, wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri  hanya  kepada Allah