Menang Atau Syahid
Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah,
Segala puji-pujian hanya milik Allah yang Maha Merancang. Maha Mengatur dan Maha Mengurus segala kehidupan langit dan bumi. Kesan Ramadhan yang telah meninggalkan kita sangat mendidik jiwa agar sentiasa bersiap siaga menghadapi kematian yang akan menjemput bila-bila masa. Ramadhan, tetamu agung, mendidik kita bagaimana cara untuk kita kembali ke Rahmatullah dalam keadaan redha dan diredhai-Nya. Inilah kesan yang ibu bincang bersama ustazah Khairol Badriah semasa kami bersantai seketika di Tasik Melati di pagi 27 Ramadhan. Ustazah ini masih lincah, setiap detik masanya sentiasa terisi dengan kerja-kerja dakwah di Matri dan berkhidmat untuk masyarakat
![]() |
Selisih umur lebih 10 tahun. Takmil Wal istikmal |
Selawat dan salam ditujukan khusus kepada Murabbi Agung, junjugan Rasulullah sallallahu alaihi, wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT.
Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ibu berdoa semoga Allah tambahkan syuur mencintai-Nya, mencintai Rasul-Nya dan juga mencintai Al Qur'an. Ibu cuba mencari bahan untuk meyiapkan slide 'Kaunselor Agung'. Berjurai air mata membaca bahan tersebut mengenangkan pengorbanan baginda yang masih belum dapat kami ikuti sepenuhnya. Inilah dosa-dosa yang perlu sentiasa memohon ampun kepada Allah SWT dan mohon maaf kepada baginda Rasulullah SAW di atas kelemahan dan ketidak mampuan ini.
Tidak tahulah bagaimana ibu nak buat penyampaian nanti apabila telah tiba masanya.Sudah lama ibu bercuti dari kerja ini kerana menyesuaikan diri dengan rutin dan jadual baharu menyantuni keuzuran suami. Suami masih menggalakkan ibu teruskan usaha untuk membumikan kaunseling Rabbani. Bimbang cakap tidak serupa bikin. Sebab itu ibu berdoa semoga disuburkan rasa cinta yang amat mendalam terhadap Rasulullah terlebih dahulu, baharulah nanti ada kesan di jiwa para kaunselor yang mendengarnya kelak.
Kaunselor agung memang berfokus kepada cara Rasulullah perbaiki diri, perbaiki keluarga dan perbaiki keadaan umat bermula dari menyuburkan keimanan, memantapkn akidah dan bermujahadah mendapatkan 'qalbun salim'. Suami selalu ingatkan ini juga kerja Islam, jihad fi sabilillah. usahakan semaksimanya untuk mengajak para kaunselor mencintai dan mengikut jejak langkah Rasulullah demi kemenangan Islam. Jika ditakdirkan mati dalam perjalanan ini, mudah-mudahan dapat mati syahid dan roh kita dihimpunkan bersama para syuhada. Insha Allah
Menjelang Aidil Fitri, Israel@ Yahudi laknatullah menyerang Gaza lagi.
Hilang terus selera ibu hendak berhari raya. Tidak ada mood hendak masak. Bukan bermakna putus asa, Ibu cuba 'release' kerana ramai ustaz ingatkan Ramadhan belum habis sudah kejar dunia. Ada ustaz ingatkan sepanjang akhir Ramadhan 'Tinggalkan dunia'. Hari Raya tahun ini ibu pakai baju tahun 2017, tudung hadiah menantu tahun 2013, masih cantik lagi. Alhamdulillah anak menantu dan cucu-cucu iibu di Melaka juga pakai baju Raya tahun lepas. tak sempat hendak fikir kerana sibuk berpindah ke rumah baru.
Ibu bersyukur dikurniakan anak-anak dan cucu-cucu tiri yang soleh dan solehah. Menantu solehah yang memahami kudrat ibu semakin melemah. Alhamdulillah, Ustazah Aida cover semua urusan dapur utama dan ruang tamu utama. Susasana syurga terserlah di bawah pengurusan menantu solehah ini. Ibu tidak risau, cuma ibu mohon maafkan ibu di atas kelemahan dan ketidakmampuan untuk memahami dan memenuhi citarasa anak muda.
Syukur Alhamdulillah, anaknda Basyira siapkan ketupat palas, rendang, dalca dan nasi Maqlubah. Anaknda Basyir mahir buat 'Dengdeng; ayam dan daging. Dapatlah dibahagi-bahagikan kepada jiran, saudara mara dan besan di Kangar. Semoga ini menjadi rutin tahunan Hari Raya dan perjumpaan keluarga di Tunjung, Beseri Perlis.
Hari Raya tahun ini benar-benar ibu menjadi 'orang tua' yang tidak berupaya. Mungkin di sudut hati ada kesedihan yang terkumpul sekian lama. Sedih sejak awal Ramadhan seorang demi seorang sahabat Johor dijemput pulang ke Rahmatullah. Almarhumah Ukhti Aishah Jaafar satu daerah di Tangkak, Almarhum Prof Hakim, bekas YDP Haluan Johor yang banyak jasanya membangunkan Haluan Johor. Dua hari sudah, Dr Ismail Jusoh menyusul mereka. IPTIP dan KTD kehilangan penerajunya... Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Insha Allah.
Sedih juga kerana abang menjalani pembedahan 'gold bladder'. Sedih kedua-dua kakak tidak sihat, keluar masuk hospital tetapi tidak dapat nak ziarah. Gara PKP anak-anak tak dapat balik beraya.
Alhamdulillah, seperti tahun sudah Raya PKP meriah anak beranak sembang santai, makan dan ambil gambar.
Alhamdulillah, kesedihan yang masih boleh dikawal dengan Iman. Tanpa iman boleh jadi kemurungan. Nauzubillah.
Sebab itu pentingnya sibukkan diri dengan aktiviti bersama Al-Qur'an. Ibu sedang mengumpul tafsir ayat-ayat tentang Rasulullah agar dapat merasai kemanisan iman yang dihayati oleh baginda.
Aktiviti menunggu maklumat dan berita gembira dari Gaza. Ya Allah kurniakan kemenangan untuk mereka di sana. Ya Allah bebaskan Palestine dari jajahan Zionis laknatullah. Hancurkan Zionis dan kuncu-kuncunya,lenyapkanlah mereka dari bumimu ini.... Alhamdulillah setiap kali lepas berdoa menangis-nangis, dapat berita kemenangan Briget Al-Qassam. Musuh-musuh Islam terus menyerang menjadikan wanita dan kanak-kanak palestine sebagai mangsanya. Sebenarnya itu juga kemenangan, mereka syahid. Maha baiknya Allah permudahkan perjalanan mereka menuju syurga. Mudahkanlah perjalanan kami menuju ke syurga-MU. Amiin Ya Rabbal Alamin
Comments
Post a Comment