Tuesday, 27 May 2014

Isra' Mi'raj dan Proses Memperkasa Sahsiah Kanak-Kanak melalui Solat

Cabaran 3F(Food, Fashion & Fun) dan 5S (Screen, Sex, Song, Smoke & Sport) mula menawan hati anak-anak hingga mereka  tidak kenal Islam dan tidak rasa berdosa   meninggalkan solat. Selalu terdengar keluhan ibu bapa 'susahnya' atau  'degilnya'...merujuk masalah mereka  gagal dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Hingga  besar  anak-anak dimarah, diherdik, diugut dan ditakutkan 'tak dapat duit' seolah-olah duit menjadi Ilah (tuhan) pertama dalam kehidupan.. Inilah kesilapan utama menjadi mungkar al-Akbar dalam keluarga. Ibu bapa gagal memperkenalkan Allah sebagai Rabb, satu-satunya Tuhan yang wajib disembah hingga akhir hayat. Cara mereka perkenalkan juga silap menyebabkan anak-anak semakin jauh dari Allah, bahkan dari ibu bapa sendiri hanyut  dalam perangkap 3F dan 5S

Jarang sekali terdengar keluhan dan rintihan para guru yang kurang pengalaman mendidik beri alasan; "kasihan anak ini, kurang dapat kasih sayang dari ibu dan bapanya"..
Biasanya mereka  label  " budak tu memang macam tu, susah..tak boleh buat apa-apa lagi" seolah-olah sudah putus harapan  mencari idea  untuk membimbing kanak-kanak ke arah menghayati  sikap yang lebih positif. 
Besarnya  hikmah yang harus disyukuri  di atas kurniaan nikmat, peluang dan ruang  yang Allah izin  ibu dapat  fokus sepenuhnya memikirkan isu yang dianggap oleh kebanyakan pendidik  sebagai 'remeh', tapi  jika diteliti secara mendalam  sewajarnya  kita  rasa  berdosa  jika mengabaikannya kerana  membiarkan saja anak-anak  kita  'hanyut' dalam perangkap 3F dan 5S... Insan kerdil  cuba berfikir besar, ke manakah akhirnya, hanya Allah yang Maha Mengetahuinya..semoga  semuanya  menjadi umur Iman di alam Barzakh dan akhirat kelak..amin
Forum Memperkasakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam Malaysia di Pusat  Islam, 25 Mei 2014

Dalam  merancang untuk membuat persiapan  'in house trainning'  buku Tarbiyatul Aulad oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan dan buku Didik Ana Cara Rasulullah oleh Dr  Nur Muhammad  masih menjadi rujukan utama. Buku Asuhan Kanak-Kanak Permata  juga tidak diabaikan  manfaatnya.

Dalam kesibukan menghadiri majlis penutup Kursus Asuhan  Kanak-kanak Permata yang dari sehari ke sehari tertangguh kerana  masalah penyelaras 'melarikan' duit  jamuan  dan fail peserta. Bersama pengurus agensi yang urus kursus ini ibu bertolak dari Bangi, akhirnya majlis penutup dapat diselesaikan dengan penyerahan sijil  di JKM Muar dan jamuan di KFC  ditaja oleh penceramah yang budiman. Pesanan ibu semasa sesi berkongsi pengalaman "Kekalkan ketenangan jiwa dan fikiran walau apa masalah yang melanda..Maafkan lebih baik, dalam keadaan  beriman nanti dia akan pulangkan juga  duit dan fail itu .Terus  berdoa, jangan putus harap.." 

Esoknya  dapat peluang ikuti  penubuhan Kongres Memperkasakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia di Pusat Islam. Macam-macam isu timbul dan macam-macam buku dan modul dipamerkan namun semuanya mahal-mahal belaka. Kalau beli kena ada pakej 'coaching' perlu tambah RM 1 500. 6 Modul nilainya RM500..Semuanya  jadi RM 2000. 'Lupakan saja dulu' . Rasanya perlu wujudkan team membuat  modul sendiri dengan kos yang lebih murah  untuk dikongsi  dengan masyarakat umum nanti. Alhamdulillah , Allah izin 3 peserta dari JB dan team 8 peserta dari Bangi akan memeriahkan suasana in house training...Terima kasih Ya Allah..

Sempena  Isra' Mi'raj, 27 Rejab bersamaan dengan 27 Mei, ulang tahun ibu ke 52 ..Dalam modul pertama SmarTop Subur  Fitrah Pre School ibu benar-benar rasa terhibur Allah kurniakan  ilham  agar jadikan solat sebagai aktiviti  utama  dalam merancang pendidikan awal kanak-kanak. Ilham ini Allah kurniakan ketika 3-4 hari ibu berpeluang  memerhatikan  cucu ibu, Musthofa Mishary suka dengar azan, angkat takbir  dan bersujud walaupun usianya masih belum 2 tahun. Jadikan solat sebagai aktiviti yang paling anak-anak  cinta dan minat seperti mana mereka  minat  bermain 'game' ..Ya Allah permudahkan segalanya menjadi ibadah di sisi-MU dalam melahirkan  generasi  baru  yang cintakan ISLAM  melalui  cinta  kepada Quran dan Solat kerana MU jua..

Friday, 16 May 2014

We Play, Learn And Grow Together


"Guru Tersayang, guru tercinta,
 Tanpamu apa akan jadinya  aku

Tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal..
guruku terima kasihku…

Nakalnya diriku kadang buatmu marah…
namun segala maaf kau berikan..


ryvymmk

Seronok ikut serta berlatih dan menyanyi bersama  anak-anak Taska meraikan  hari guru yang kami awalkan majlisnya  pada  15 Mei kerana 16 Mei, hari Jumaat.. cuti.  Setelah hampir setengah tahun berkampung dalam pendidikan anak-anak Tadika dan Taska , kini sudah jatuh cinta  dengan budaya  memerhati  perkembangan  kanak-kanak. Paling kelakar Muaz  dan Rayyan  sentiasa  berebut nak bermanja, bila ibu mengunjungi Taska.. Mengenalpasti  ada dua orang  kanak-kanak Taska yang  tidak boleh senyum apa lagi ketawa, ibu rasa bertanggungjawab membuat modul dan  lesson plan untuk meransang emosinya agar ceria. 

"Seriusnya   muka  budak ni!" 
Para pengasuh memaklumkan "memang muka dia macam tu, tak pernah senyum". 
Mak ayahnya kerja apa?  
Pengasuh menjawab  "Cikgu"..
Lukisan Mural Sudut Bahasa , komunikasi  dan  literasi awal di Taska
Dalam keceriaan tiba-tiba  dapat  whats app seorang ibu muda  sedang dalam ketakutan.
"Jangan takut, usah berpaut  di dahan yang rapuh..mohon pertolongan Allah  selamatkan  diri dan anak-anak. Baca  Bismillahi tawakkaltu Allallah..bertawakkal sepenuhnya kepada -NYA agar   awak  dikurniakan  sesuatu yang lebih baik di sisi-Allah" 

Pesanan yang sempat ibu  titipkan kepada ibu muda  itu yang sedang gementar  hadapi keputusan  di mahkamah tentang  isu perceraiannya buat kali kedua  dengan suami yang tidak jujur, kecundang diuji dengan godaan wanita Cina yang tidak pasti statusnya.

Hasrat  di hati, Insha Allah semoga  Allah beri kekuatan dan sumber inspirasi  untuk  membimbing  lebih ramai ibu  muda  membina team building dalam kerjaya  Taska. Terus  berjuang dan happy dengan  kerjaya bertema  'We Play, Learn  and Grow  Together   bersama kanak-kanak Tadika dan Taska. Bimbing mereka menuju visi  hasil gabungan  bimbingan   ALP, para pendidik , pengasuh  dan  anggota Parent Support Group.

Pada  hari yang sama  Kak Ngah  (Founder dan ALP  SmarTop Subur Fitrah Pre School) SMS minta  ibu  bantunya  buat karangan 'Respek Wanita Masyarakat Sejahtera'  untuk dijadikan  'booklet'  sebagai bahan bacaan wanita kumpulannya. Dalam keadaan demam, beliau  masih lagi  bersemangat dan  tekun ikuti seminar walaupun usianya kini  67 tahun..
Alhamdulillah, Allah izin  isu tentang respek wanita  pernah disebut  oleh  presiden Haluan dalam ucapan dasarnya  pada  hari Jumaat, 2 Mei 2014. 

Mesyuarat  guru yang lalu, Puan Hjh Ngasobah, salah seorang  daripada  ahli lembaga pengelola  SmarTop Subur Fitrah Pre School berkongsi  ilmu yang  diperolehi  dari Seminar  Permata  Anugerah yang diikutinya. Semalam 15 Mei , kami meraikan ulang tahun kelahirannya  yang ke 67. Beliau menyarankan cara memenangi hati kanak-kanak samada  kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak  istimewa  adalah dengan pelukan, sentuhan, belaian cinta dan kasih sayang..Nabi Muhammad saw, guru pertamanya adalah malaikat Jibrail, ketika  diajar Iqra' kali pertama hingga  ketiga, baginda tidak boleh membaca..lalu baginda  dipeluk oleh Jibrail  hingga  tenang hatinya.. 

Pentingnya  wujudkan ketenangan dahulu sebelum diberi ilmu dalam apa suasana sekalipun..Alhamdulillah, ilmu yang amat bermanfaat dalam menjayakan  proses tarbiyyah samada  di kalangan pendidik dan kanak-kanak..

Sehubungan itu  dapatlah  dikaitkan hasil  rumusan Halaqah TV 9..
Siapakah Pendidik yang  paling hebat  di dunia  dan sepanjang  zaman?  
Sebenarnya  kalau kita benar-benar  yakin  ('haqqun yakin' ) dengan  ajaran Al-Qur'an  dan Sunnah, tidak perlu  kita membazir masa membuat 'trial & error' merujuk macam-macam teori terkini sebab kebanyakkan teori itu di'curi' dari ilmu Islam. Apa yang Rasulullah saw telah lakukan dalam mentarbiyyah keluarga dan para sahabatnya  memang 'confirm'  merupakan  methodologi  yang  terbaik di sisi Allah (Acuan / singhah Allah).

Nak jadi pendidik cemerlang, check dalam diri sendiri sejauh mana kita letakkan Rasulullah saw  di tempat  yang  utama  selepas  Allah dan sebelum ibu bapa. Keberkesanan dalam sesebuah institusi bukan sekadar  ada ilmu dan kemahiran sahaja, yang penting  mesti  ada tarbiyah.

Di akhir  mesyuarat ibu berharap agar semua murobiyyah samada  Tadika dan Taska mewarisi budaya  ALP yang  sentiasa  berminat  dan  tidak jemu belajar dan belajar terus belajar sampai akhir hayat untuk membina generasi pewaris  yang  bersahsiah dan berakhlak mulia.

Ibu minta  pandangan  kak Uda untuk merangka  idea 'Respek Wanita, Masyarakat  Sejahtera'.. 
Alhamdullillah dapat idea bermula  dari ketundukan hati (tawadhuk) kepada  ilmu Allah melahirkan perasaan  hormat, menghargai, menyanjungi dan menyayangi semua jiwa dan makhluk Allah.

Murid  Tadika..si kecil Nadrah demam, turut meraikan hari Guru


Anak-anak Taska dan pendidik..We Play, Learn and grow together
Dalam perjalanan ke mesyuarat Haluanita  Johor  siang tadi, ibu berpeluang memurnikan lagi  rangka karangan 'Respek Wanita  Masyarakat  Sejahtera' bersama sahibah  yang  banyak pengalaman  dalam tarbiyah wanita dan anak-anak. Beliau  menyarankan ibu masukkan kisah  'Khaulah'  walaupun  wanita miskin  namun untuk  menegakkan kebenaran beliau   berani menegur Saidina  Umar  r.a ..

Beliau adalah  mukminah yang terdidik dengan Islam. Nasihatnya kepada  Khalifah Umar Al Khattab seperti berikut;
 “Wahai Umar! aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga kau memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan siksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia akan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Azab Allah.”  Ketika  beliau menasihati, Umar Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar  dengan tekun  setiap  patah perkataannya.
Pengiring Saidina Umar bernama  al-Jarud al-Abdi  tidak tahan mendengar Umar dinasihati panjang berjela lalu beliau menegur Khaulah, “Engkau telah bercakap banyak kepada Amirul Mukminin wahai wanita.!” Umar kemudian menegurnya, “Biarkan dia…tahukah kamu siapakah dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan perkataannya dari langit yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan perkataannya.”


Pelbagai  hidangan juadah  berkhasiat  dan lazat kiriman  ibu bapa
Dalam riwayat lain  Sadina Umar Al Khatab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasihatnya   kepadaku sehingga malam haripun  aku  sanggup dan  sudi  mendengarnya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah masuk waktu solat, maka aku akan mengerjakan solat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.” 
Subhanallah..betapa  bagusnya  pemimpin yang hebat ini amat  menyantuni  Wanita muslimah..Alangkah  bagusnya  kalau lebih  ramai pemimpin negara, pemimpin masyarakat  dan pemimpin keluarga  berperibadi  seperti Saidina  Umar mewarisi akhlak Rasulullah saw  sentiasa merespek  semua wanita , para isteri khususnya. Seperti  yang  terjadi  baginda  ikut saranan isterinya Ummu Salamah..tidak  ego dan sentiasa perihatin ingin mendengar  pandangan muslimah  solehah sepanjang zaman. Konsep 'We play, learn and grow together' memang terdapat dalam kisah ini. Khaulah Bte Thsalabah mengikuti perkembangan Umar dibesarkan ..keperihatinanan dan kasih sayanglah yang mendorongnya menasihati Umar agar terus bertaqwa walaupun  sudah  menjadi khalifah.."

Sempat  sahibah memberikan contoh-contoh kesan  wanita  tidak dapat respek akhirnya  hanya sehaluan tetapi tidak sekapal lagi. Jika  wanita  itu terdidik dan ikuti  tarbiyah membina kekuatan diri  mereka  boleh  berdikari tanpa  berpaut  di dahan yang rapuh..  Sebaliknya  tanpa  tarbiyah wanita itu akan kecundang  menjadi mangsa kezaliman diri sendiri kerana memusuhi ilmu dan keimanan. Menurut pandangannya  dengan ilmu sahaja tidak memadai, tanpa tarbiyyah  wanita  akan menjadi zalim merebut suami orang tanpa memikirkan perasaan wanita pertama. 

Seorang  sahibah menceritakan ayahnya seorang pensyarahpun boleh hanyut!  Sudah bahagia dengan isteri dan anak-anak yang sudah dewasa. Bila  terkena panahan mata   seorang  profesor ( kawan anak perempuannya),  sanggup  suami tua  itu  ceraikan  isteri pertamanya yang telah  banyak berbakti.  Contoh kisah ini menunjukkan  betapa bahayanya 'panahan mata'  wanita  berilmu tanpa tarbiyah..apa lagi  'panahan mata' wanita  tidak berilmu..  Sebab itu  pentingnya ilmu dan tarbiyah. Ilmu tanpa tarbiyah  menyebabkan wanita  berilmu  mezalimi orang lain sedangkan sebenarnya dia menzalimi dirinya sendiri. 
 Tarbiyah tanpa  ilmu menjadikan  'kaku  dan statik' tidak wujud kemajuan dan perkembangan.Tanpa ilmu , tarbiyah dan ukhuwwah  akan melahirlah  keluarga  dan  masyarakat Jahiliyah seperti  yang berleluasa  pada hari ini. 

Rasulullah SAW  sentiasa  berpesan " tunduk  dan  jaga pandangan mata"  dan  "jika ingin  berkahwin pilihlah  wanita  yang kuat pegangan agamanya  maka kamu akan selamat." 
Semua  pengalaman pahit dan manis  seperti  di atas  perlu kita  jadikan 'ibrah' dalam proses  bertaaruf  dengan konsep  'We Play, learn  and grow together'
Wallahu 'alam.   

Saturday, 10 May 2014

Rahsia Kekuatan Meruntuhkan Berhala Dalam Diri

Hari Khamis baru-baru ini  Taska  kami dikunjungi  oleh  orang  penting  dari JKM Johor Bahru.. Mudah-mudahan kehadiran mereka  akan membantu kami  meningkatkan kualiti perkhidmatan  mendidik kanak-kanak lebih baik daripada  apa yang kami dapat dari kursus Didikan Awal  Kanak-Kanak Permata.

Allah izin  sebelum itu  tergerak hendak  bawa  baby di Taska  dalam  aktiviti 'Nature Walk', latih pengasuh  baby berkomunikasi  dengan  makhluk ciptaan Allah..

 "Pokok ini Allah jadikan, ini bunganya  warna putih, daunnya hijau..semuanya  bertasbeh memuji Allah..Aniq pegang daunnya.." Baby  Aniq tersenyum puas seronok berkomunikasi dengan pokok sambil tangannya dibiarkan  mencapai dan memegang daun..
Berpesan kepada pengasuh agar selalu membawa  bayi keluar melihat alam, lihat matahari. langit, rasa kenyamanan tiupan angin, rasa dan pegang pokok, daun, rumput dan kehidupan yang ada di sekitarnya serta kaitkan  dengan kewujudan Allah  yang  Maha Mencipta.
"Tahukah kalian kenapa anak-anak dan remaja bahkan  orang tua juga bermasalah hingga  keruntuhan akhlak semakin  berleluasa?

Puncanya sejak kecil mereka  dijauhkan  daripada mengenal Allah. Kewajipan kita sebagai pendidik perlu dekatkan mereka kenal Allah  dalam setiap masa kita berinteraksi dengan mereka. nama Allah perlu dijadikan  darah daging mereka.."

Fitrah insan perlu diransang  kerana jiwanya  amat mengharapkan cinta  dan kasih sayang Allah..Hanya jiwa-jiwa yang lembut akan merasai nikmatnya  cinta dan kasih sayang Allah termasuklah kanak-kanak  yang masih suci  jiwa dan fikiran mereka.. Jiwa yang lembut, nampak zahirnya lemah tetapi sebenarnya  kuat kerana  pergantungannya  kepada  yang Maha KUAT iaitu pencipta mereka, Allahu  Qowiyun Aziz.

Kekuatan akan hilang jika  para pendidik  tidak  ikhlas  serta   gagal menghancurkan segala berhala dalam diri  masing-masing.. sila rujuk e book berikut..http://books.google.com.my/books?id=5aw2oJVrXwwC&pg=PA71&lpg=PA69&ots=sXhHbJDsW3&focus=viewport&dq=adakah+berhala+dalam+diri+kita&output=html_text

Kegagalan mendidik diri akan menyebabkan  jiwa  menjadi keras dan degil. Nampak zahirnya kuat tetapi sebenarnya amat lemah kerana  pergantungannya kepada  hawa nafsu  (berhala dalam diri)   dan  rela  menjadi 'budak'  atau hamba kepada  syaitan.
Latih anak-anak  berkomunikasi  dengan  semua makhluk  yang bertasbeh memuji Allah

Lembut atau kerasnya  jiwa  bergantung kepada 3 perkara  berikut:

1. Pengisian ilmu dan iman  yang mewarnai fikiran  dan jiwa  seseorang.

2. Pendidik ( guru dan ibu bapa) memiliki   hikmah  ilmu, iman , ukhuwwah atau sebaliknya..

3. Persekitaran  yang soleh  merangkumi  3 F (food, fun & fashion) termasuk pemakanan yang dimakan, hiburan dan fesyen semasa, jika tidak  diawasi akan mengeraskan  hati menjadi 'degil'.

Dalam proses  untuk menjayakan  tarbiyah dalam diri  dan orang lain, khususnya  anak-anak, kita tidak boleh  buat seorang diri..perlu ada jamaah atau 'team work'.

Alhamdulillah  dari AGM Haluan Malaysia  1-3 Mei lalu  banyak  input  diketengahkan sebagai  sumber kekuatan. Di antaranya   adalah dari  Ikhlas  memberi sebaik dan sebanyaknya.. merujuk hadis   Qudsi berikut:

Rasulullah s.a.w telah bersabda memberitahu tentang kejadian bumi ini,di  peringkat awal dataran bumi ini dalam keadaan tidak mantap,tanah tanih yang bergelombang bagaikan cecair.Lalu Allah s.w.t telah menciptakan gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi,dengan itu dataran bumi menjadi menjadi kukuh dan dapat dihuni oleh manusia dan lain-lain makhluk.  Setelah itu malikat bertanya kepada Allah s.w.t,selain dari gunung-ganang,batu yang pejal itu,masih adakah lagi yang lebih kukuh dan kuat dari batu-bata pejal?

Allah s.w.t memberitahu malaikat,bahawa selain dari batu ada makhluk lain lagi yang lebih kuat iaitu besi.  Besi mempunyai  sifat yang sangat keras mengatasi kekerasan batu,kerana itu manusia mencipta berbagai jentera besar daripada besi yang mampu meruntuh gunung-ganang batu hancur lumat. Malaikat bertanya lagi kepada Allah s.w.t,apakah makhluk yang lebih kuat dari besi?

Allah s.w.t memberitahui malaikat bahawa api lebih mempunyai kekuatan untuk mengatasi kepejalan besi. Dengan kepanasan yang tinggi besi dapat dicairkan. Kemudian malaikat bertanya pula kepada Tuhan " Ya Rabbi, apakah makhluk gagah dan kuat boleh mengatasi kehebatan api?

Maka Allah s.w.t memberitahu bahawa air lebih berupaya mengatasi api,terbukti air mampu memadam api.

Malaikat terus bertanya,apakah makhluk lain yang boleh mengatasi kekuatan air?

Lalu Allah s.w.t memberitahu malaikatNya,sesungguhnya angin   adalah makhluk Tuhan yang lebih kuat dari air. Sebab itu bila Allah jadikan sekumpulan angin yang kuat bernama taufan,ia boleh menggelorakan lautan sehingga air laut melimpah membanjiri dataran,melanda dan memusnahkan segala yang ada dipermukaan bumi.

Malaikat masih tidak jemu dan  ingin  tahu masih adakah makhluk Tuhan yang lebih hebat dari segala kejadian itu?

Allah s.w.t memberitahu malaikat bahawa masih ada makhluk yang lebih hebat dari semua makhluk yang disebut di atas. Dia adalah  seorang   anak Adam  yang bersedekah secara senyap,sehingga apabila tangan kanan menghulur,tangan kirinya tidak mengetahui.

Maksudnya ialah orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata,dia merahsiakan dari pengetahuan orang, Amalan  seperti ini  dianggap sebagai lebih kukuh dari batu dan besi.
Orang yang bersedekah secara rahsia ialah orang yang tidak suka kepada publisiti murahan seperti yang sering berlaku  dalam  masyarakat kini  dengan replika  cek terbesar dsb,

Allah s.w.t menjelaskan bahawa seseorang yang mampu mengawal dirinya  dari  sifat  riak dan menunjuk-nunjuk ketika menderma dan bersedekah,adalah makhluk Allah yang kuat mengekang dorongan nafsu dari sifat-sifat mazmumah yang boleh merosakkan amalan  tersebut.

Orang yang mampu merahsiakan perbuatan menderma atau bersedekah itu adalah orang yang  gigih mengawal keikhlasan hati dari godaan syaitan,kerana syaitan makhluk Tuhan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia dengan merosakkan amalam mereka,agar iblis tidak keseorangan di  dalam api neraka kelak.

Sama-samalah kita  berusaha  menyerahkan sebulat  HATI  kita dan  anak-anak  hanya untuk ALLAH Insha Allah  pasti ALLAH  temukan  kepada  kita  semua  pemilik  HATI  yang  terbaik,  Lapangkan  waktu  seluas-luasnya hanya  untuk  ALLAH, Insha Allah  pasti ALLAH   akan  aturkan  kehidupan hamba-NYA dengan  hiburan  terbaik di sisi NYA.

ROH mereka KELAPARAN

Segala puja dan puji hanya milik Allah Selawat dan salam khusus  untuk Rasul junjungan... Semua di kalangan kita amat menyakini bahaw...