We Play, Learn And Grow Together
"Guru Tersayang, guru tercinta,
Tanpamu apa akan jadinya aku
Tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal..
guruku terima kasihku…
mengerti banyak hal..
guruku terima kasihku…
Nakalnya diriku kadang buatmu marah…
namun segala maaf kau berikan..
ryvymmk
Seronok ikut serta berlatih dan menyanyi bersama anak-anak Taska meraikan hari guru yang kami awalkan majlisnya pada 15 Mei kerana 16 Mei, hari Jumaat.. cuti. Setelah hampir setengah tahun berkampung dalam pendidikan anak-anak Tadika dan Taska , kini sudah jatuh cinta dengan budaya memerhati perkembangan kanak-kanak. Paling kelakar Muaz dan Rayyan sentiasa berebut nak bermanja, bila ibu mengunjungi Taska.. Mengenalpasti ada dua orang kanak-kanak Taska yang tidak boleh senyum apa lagi ketawa, ibu rasa bertanggungjawab membuat modul dan lesson plan untuk meransang emosinya agar ceria.
"Seriusnya muka budak ni!"
Para pengasuh memaklumkan "memang muka dia macam tu, tak pernah senyum".
Mak ayahnya kerja apa?
Pengasuh menjawab "Cikgu"..
![]() |
Lukisan Mural Sudut Bahasa , komunikasi dan literasi awal di Taska |
Dalam keceriaan tiba-tiba dapat whats app seorang ibu muda sedang dalam ketakutan.
"Jangan takut, usah berpaut di dahan yang rapuh..mohon pertolongan Allah selamatkan diri dan anak-anak. Baca Bismillahi tawakkaltu Allallah..bertawakkal sepenuhnya kepada -NYA agar awak dikurniakan sesuatu yang lebih baik di sisi-Allah"
Pesanan yang sempat ibu titipkan kepada ibu muda itu yang sedang gementar hadapi keputusan di mahkamah tentang isu perceraiannya buat kali kedua dengan suami yang tidak jujur, kecundang diuji dengan godaan wanita Cina yang tidak pasti statusnya.
Hasrat di hati, Insha Allah semoga Allah beri kekuatan dan sumber inspirasi untuk membimbing lebih ramai ibu muda membina team building dalam kerjaya Taska. Terus berjuang dan happy dengan kerjaya bertema 'We Play, Learn and Grow Together bersama kanak-kanak Tadika dan Taska. Bimbing mereka menuju visi hasil gabungan bimbingan ALP, para pendidik , pengasuh dan anggota Parent Support Group.
Pada hari yang sama Kak Ngah (Founder dan ALP SmarTop Subur Fitrah Pre School) SMS minta ibu bantunya buat karangan 'Respek Wanita Masyarakat Sejahtera' untuk dijadikan 'booklet' sebagai bahan bacaan wanita kumpulannya. Dalam keadaan demam, beliau masih lagi bersemangat dan tekun ikuti seminar walaupun usianya kini 67 tahun..
Alhamdulillah, Allah izin isu tentang respek wanita pernah disebut oleh presiden Haluan dalam ucapan dasarnya pada hari Jumaat, 2 Mei 2014.
Mesyuarat guru yang lalu, Puan Hjh Ngasobah, salah seorang daripada ahli lembaga pengelola SmarTop Subur Fitrah Pre School berkongsi ilmu yang diperolehi dari Seminar Permata Anugerah yang diikutinya. Semalam 15 Mei , kami meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 67. Beliau menyarankan cara memenangi hati kanak-kanak samada kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak istimewa adalah dengan pelukan, sentuhan, belaian cinta dan kasih sayang..Nabi Muhammad saw, guru pertamanya adalah malaikat Jibrail, ketika diajar Iqra' kali pertama hingga ketiga, baginda tidak boleh membaca..lalu baginda dipeluk oleh Jibrail hingga tenang hatinya..
Pentingnya wujudkan ketenangan dahulu sebelum diberi ilmu dalam apa suasana sekalipun..Alhamdulillah, ilmu yang amat bermanfaat dalam menjayakan proses tarbiyyah samada di kalangan pendidik dan kanak-kanak..
Sehubungan itu dapatlah dikaitkan hasil rumusan Halaqah TV 9..
Siapakah Pendidik yang paling hebat di dunia dan sepanjang zaman?
Sebenarnya kalau kita benar-benar yakin ('haqqun yakin' ) dengan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah, tidak perlu kita membazir masa membuat 'trial & error' merujuk macam-macam teori terkini sebab kebanyakkan teori itu di'curi' dari ilmu Islam. Apa yang Rasulullah saw telah lakukan dalam mentarbiyyah keluarga dan para sahabatnya memang 'confirm' merupakan methodologi yang terbaik di sisi Allah (Acuan / singhah Allah).
Nak jadi pendidik cemerlang, check dalam diri sendiri sejauh mana kita letakkan Rasulullah saw di tempat yang utama selepas Allah dan sebelum ibu bapa. Keberkesanan dalam sesebuah institusi bukan sekadar ada ilmu dan kemahiran sahaja, yang penting mesti ada tarbiyah.
Di akhir mesyuarat ibu berharap agar semua murobiyyah samada Tadika dan Taska mewarisi budaya ALP yang sentiasa berminat dan tidak jemu belajar dan belajar terus belajar sampai akhir hayat untuk membina generasi pewaris yang bersahsiah dan berakhlak mulia.
Ibu minta pandangan kak Uda untuk merangka idea 'Respek Wanita, Masyarakat Sejahtera'..
Alhamdullillah dapat idea bermula dari ketundukan hati (tawadhuk) kepada ilmu Allah melahirkan perasaan hormat, menghargai, menyanjungi dan menyayangi semua jiwa dan makhluk Allah.
![]() |
Murid Tadika..si kecil Nadrah demam, turut meraikan hari Guru |
![]() |
Anak-anak Taska dan pendidik..We Play, Learn and grow together |
Dalam perjalanan ke mesyuarat Haluanita Johor siang tadi, ibu berpeluang memurnikan lagi rangka karangan 'Respek Wanita Masyarakat Sejahtera' bersama sahibah yang banyak pengalaman dalam tarbiyah wanita dan anak-anak. Beliau menyarankan ibu masukkan kisah 'Khaulah' walaupun wanita miskin namun untuk menegakkan kebenaran beliau berani menegur Saidina Umar r.a ..
Beliau adalah mukminah yang terdidik dengan Islam. Nasihatnya kepada Khalifah Umar Al Khattab seperti berikut;
“Wahai Umar! aku telah mengenalimu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga kau memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan siksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia akan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Azab Allah.” Ketika beliau menasihati, Umar Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar dengan tekun setiap patah perkataannya.
Pengiring Saidina Umar bernama al-Jarud al-Abdi tidak tahan mendengar Umar dinasihati panjang berjela lalu beliau menegur Khaulah, “Engkau telah bercakap banyak kepada Amirul Mukminin
wahai wanita.!” Umar kemudian menegurnya, “Biarkan dia…tahukah kamu siapakah
dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan perkataannya dari langit
yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan
perkataannya.”
Kisah lengkapnya boleh layari sesawang http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/29/khaulah-binti-tsa%E2%80%99labah-wanita-yang-aduannya-didengar-allah-dari-langit-ketujuh/
![]() |
Pelbagai hidangan juadah berkhasiat dan lazat kiriman ibu bapa |
Dalam riwayat lain Sadina Umar Al Khatab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasihatnya kepadaku sehingga malam haripun aku sanggup dan sudi mendengarnya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah masuk waktu solat, maka aku akan mengerjakan solat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.”
Subhanallah..betapa bagusnya pemimpin yang hebat ini amat menyantuni Wanita muslimah..Alangkah bagusnya kalau lebih ramai pemimpin negara, pemimpin masyarakat dan pemimpin keluarga berperibadi seperti Saidina Umar mewarisi akhlak Rasulullah saw sentiasa merespek semua wanita , para isteri khususnya. Seperti yang terjadi baginda ikut saranan isterinya Ummu Salamah..tidak ego dan sentiasa perihatin ingin mendengar pandangan muslimah solehah sepanjang zaman. Konsep 'We play, learn and grow together' memang terdapat dalam kisah ini. Khaulah Bte Thsalabah mengikuti perkembangan Umar dibesarkan ..keperihatinanan dan kasih sayanglah yang mendorongnya menasihati Umar agar terus bertaqwa walaupun sudah menjadi khalifah.."
Sempat sahibah memberikan contoh-contoh kesan wanita tidak dapat respek akhirnya hanya sehaluan tetapi tidak sekapal lagi. Jika wanita itu terdidik dan ikuti tarbiyah membina kekuatan diri mereka boleh berdikari tanpa berpaut di dahan yang rapuh.. Sebaliknya tanpa tarbiyah wanita itu akan kecundang menjadi mangsa kezaliman diri sendiri kerana memusuhi ilmu dan keimanan. Menurut pandangannya dengan ilmu sahaja tidak memadai, tanpa tarbiyyah wanita akan menjadi zalim merebut suami orang tanpa memikirkan perasaan wanita pertama.
Seorang sahibah menceritakan ayahnya seorang pensyarahpun boleh hanyut! Sudah bahagia dengan isteri dan anak-anak yang sudah dewasa. Bila terkena panahan mata seorang profesor ( kawan anak perempuannya), sanggup suami tua itu ceraikan isteri pertamanya yang telah banyak berbakti. Contoh kisah ini menunjukkan betapa bahayanya 'panahan mata' wanita berilmu tanpa tarbiyah..apa lagi 'panahan mata' wanita tidak berilmu.. Sebab itu pentingnya ilmu dan tarbiyah. Ilmu tanpa tarbiyah menyebabkan wanita berilmu mezalimi orang lain sedangkan sebenarnya dia menzalimi dirinya sendiri.
Tarbiyah tanpa ilmu menjadikan 'kaku dan statik' tidak wujud kemajuan dan perkembangan.Tanpa ilmu , tarbiyah dan ukhuwwah akan melahirlah keluarga dan masyarakat Jahiliyah seperti yang berleluasa pada hari ini.
Rasulullah SAW sentiasa berpesan " tunduk dan jaga pandangan mata" dan "jika ingin berkahwin pilihlah wanita yang kuat pegangan agamanya maka kamu akan selamat."
Semua pengalaman pahit dan manis seperti di atas perlu kita jadikan 'ibrah' dalam proses bertaaruf dengan konsep 'We Play, learn and grow together'
Wallahu 'alam.
Comments
Post a Comment