Posts

Showing posts from January, 2024

Hijrah atau Bercuti?

Image
  Sekadar hiasan dan kenangan ketika UOHS masih sihat  tahun 2016-2017 Alhamdulillah thumma  Alhamdulillah  Segala puji-pujian hanya milik Allah penguasa langit dan bum.i yang menguruskan segala isi langit dan bumi mengikut kehendak- Nya yang Maha Mengetahui. Selawat dan salam khusus buat junjungan tercinta Rasullullah sallallahu alaihi wassalam  Hari ini, sebelum Zohor, suami dikunjungi tetamu dari Turki (Syeikh Hamid)bersama kepimpinan tertinggi Haluan Malaysia. Terasa Izzah dengan kehadiran mereka, namun ibu terasa agak ralat kerana tidak berpeluang menjamu nasi kerana waktu itu memang waktu makan tengah hari. Ibu dimaklumkan mereka telah  diatur lunch di MATRI.  Sebelum Maghrib ibu dikunjungi oleh seorang ushawan wanita yang  berjaya. Kami bersembang tentang 'husnul khatimah' menceritakan pengalamannya menyantuni kedua ibu bapa kandung dan ibu bapa mertuanya. Menurutnya bila banyak berkira dengan ibu bapa, rezekinya terasa sempit. Allah beri kesedaran dan keinsafan berhijra

Lapangkan Dadamu

Image
 Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan Maha Pemurah dan Penyayang-Nya ibu dapat hiburkan diri, suami, kakak-kakak kandung serta warga Gema Fajar dan family masing-masing setiap pagi tanpa cuti. Hazamin fadhli rabbi. Kami akan cuti jika waktu pagi ada program Gema Fajar yang lain seperti menyambut hari ke 500 (telah selesai di rumah Ukhti Kamaliah) GF dan hari ke 600 yang akan diadakan pada 20 Januari 2024, di Rumah Ngaji Mawaddah. InshaAllah. Taddabur hari Jumaat semalam Selawat dan salam khusus buat junjungan tercinta Rasullullah sallallahu alaihi wassalam kaum keluarga para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya kepada Allah SWT. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua terpilih berada dalam rombongan mujahid yang sentiasa merindukan syahid. InshaAllah. Berita Syahidnya Syeikh Dr Soleh Ar Rouri benar-benar mengetarkan hati hingga terbit air mata sepanjang ibu membaca kisahnya. Setiap hari perkembangan semasa di Palestine akan ibu kongsi