Posts

Showing posts from November, 2018

Sungguh Besar Pengorbanan Rasulullah Sallallahu alaihi Wassalam Buat Kita Semua!

Image
Allahu ma solli ala Saidina Muhammad wa ala ali Saidina Muhammad Ya Allah suburkan kerinduanku kepada-MU dan Rasul-MU Dalam halaqah sesi tengah hari Rabu lepas, salah seorang ibu muda berkongsi pandangannya  untuk sama-sama  kita fikirkan "sebesar manakah manfaat kita  untuk mereka, jika kita tidak ada bagaimana?" Ibu muda ini maksudkan  peranannya  di dalam keluarga. Terdetik di qalbu ibu, "Astaghfirullah al 'azim,...hati-hati jangan sampai timbul riya' dan 'ujub, seolah-olah  jika  tanpa kita mereka  akan kehilangan. Syukurlah kita semua memahami betapa pentingnya  berjiwa 'Abd  (HAMBA) yang sentiasa online dengan Allah kerana DIA sahaja yang menyuburkan ketaatan dan kesetiaan kita hanya kepada-NYA  "Tanpa pertolongan dan rahmat Allah melalui tarbiyah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, betapa hinanya kehidupan kita. Bermanfaatnya kita sekarang  kerana adanya pengorbanan Rasulullah  yang merindui kita semua lebih 1440 tahun yang lal

Itu Qorin dia?

Image
Qorinmu sudah datang kah? Inilah kata-kata kelakar yang selalu menyapa  apabila ibu 'bad mood' Alhamdulillah sapaan  itu yang  mengingatkan ibu agar segera perbaiki keikhlasan dan segera merawat diri dengan mendalami tafsir Al-Qur'an..agar sentiasa faham apa yang dibaca barulah rasa nikmatnya kemanisan Al-Qur'an. Murabbi@ suami ibu menegur itu ada dalilnya merujuk seerah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam berhadapan rasa cemburu isterinya Aishah radhiallahu anhuma. "Syaitanmu (Qorin) sudah datangkah?" lalu Aishah menjawab "aku  ada  qorinkah? Kamu juga  ada Qorin? Lalu Rasulullah sallallahu alaihi wassalam menjawab Ya, aku juga ada qorin, tetapi qorinku Allah pelihara". Jelas di sini  bahawa  syaitan sentiasa  'follow' kita . Lebih kuat iman maka lebih tinggi pangkat syaitan yang 'follow' menggoda kita. Namun ingatlah power syaitan itu  tidak kuat. Kita baca Taawuz dan istighfar selalu, akan menjauhlah ia. Ingat kisah  saidina  U