Posts

Showing posts from December, 2020

Perjalanan Kisah Cinta Kita

Image
Alhamdulillah Rabbil Alamin. Bersyukurlah kita kepada Allah atas nikmat Iman dan Islam  yang dikurniakan kepada  kita dan anak keturunan kita, semoga nikmat itu  berkekalan hingga  hari kiamat. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Selawat dan salam ditujukan khusus kepada  Rasulullah SAW, kaum keluarga, para sahabat, para tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar  serta  jiwa-jiwa  yang ikhlas  mengabdikan diri  hanya sanya kepada Allah SWT. Allah uji kita kerana Allah amat mencintai kita. Yakinilah hakikat itu. Tetapi sejauhmanakah cinta kita  kepada Allah yang Maha tahu setiap kemampuan para hamba-Nya? Alhamdulillah berbekalkan tarbiyah madrasah Rasulullah SAW, Allah kurniakan ibu ketenangan berhadapan dengan setiap situasi yang cemas hingga terlupa diri tak sempat hendak mandi seharian. Kadang-kadang ibu agak hairan, setelah banyak makan buah-buahan, sayur-sayuran dan Aloe vera gel masih tidak membantu pencernaan. Mesti ada teguran dari Allah untuk ibu. Keuzuran suami mengalami sembelit  k

Perjuangan Mencari Qalbun Salim

Image
Alhamdulillahi Robbil Alamin yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana  mengurus segala isi langit dan bumi sejak dahulu, kini dan selamanya dengan Maha Sempurna-Nya.  Selawat  dan salam ditujukan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiieen, para salafus soleh, ulama-ulamak muktabar  serta  mereka  yang sentiasa bertaubat berjuang perbaiki diri  demi mendapatkan redha Allah melalui qalbun salim hinggalah bertemu  Allah SWT  di syurga nanti.  Esok 19 Disember hari bersejarah anaknda Zul Ikmal Amry bin Ghazali (anak abang di Melaka) akan bernikah dengan pasangannya Najla di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Ada sejarah yang ibu terkenang dengan anak abang ini, kini memilih kerjaya sebagai seorang artis seperti yang diimpikan. Walaupun ibu tidak suka dengan pilihannya menjadi artis, namun ibu tetap mendoakan yang terbaik untuknya sepertimana ibu doakan untuk anak-anak ibu. Dalam serba kekurangan dan kelemahan,   fokuskan kebaikan yang ada dalam

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Image
Alhamdulillah, segala puja dan puji hanya milik Allah yang masih meminjamkan kepada  kita segala anugerah dan nikmat-Nya  yang sangat membantu  kita meneruskan amanah utama iaitu  menjadi  hamba-Nya  dan khalifah-Nya di muka bumi yang fana ini. Selawat  dan salam dirafakkan kepada junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabieen, para salafus soleh, ulamak-ulamak  muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah hingga  hari kiamat.  Sejak hari Rabu malam Khamis, ibu tak boleh tidur seperti biasa. Melayari FB dan berikan perkongsian dalam post.  Ibn Qaiyyim AlJauzi berkata: "Harapanku ini adalah Iman, cahaya dan hikmah. Sedangkan harapan mereka adalah tipu daya dan muslihat" Nabi sallallahu alaihi wassalam memuji orang yang bercita-cita kebaikan serta berharap mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakan. Seperti orang yang berkata, "Seandainya saya memiliki harta, maka saya akan mela

Masuk Syurga Sekeluarga

Image
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah yang amat mencintai para hamba-Nya  dengan sifat Ar Rahman, khususnya cinta-Nya kepada hanba-Nya yang bertaqwa dengan sifat Rahim-NYA.  Allahumma  Ya Affu, Ya Ghaffar, Ya Tawwab yang sentiasa memberi kita peluang memohon maaf, mohon keampunan dan diterima Taubat kita  setiap  hari.  Selawat dan salam ditujukan kepada  Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kepada kaum keluarga, para sahabat, para tabieen, salafus soleh serta jiwa-jiwa yang ikhlas  mengabdikan diri  kepada Allah SWT hinggalah  pada hari Kiamat. Firman Allah SWT  dalam surah At-Thaghabun ayat 14; يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا إِنَّ مِن أَزوٰجِكُم وَأَولٰدِكُم عَدُوًّا لَّكُم فَاحذَروهُم ۚ وَإِن تَعفوا وَتَصفَحوا وَتَغفِروا فَإِنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَّحيمٌ Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) ma