Posts

Kesembuhan dan Matri

Image
 Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang  Segala puji-pujian terbanyak hanya untuk Allah Rabb Yang Maha segala sifat terbaik dengan sempurnanya. Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan ibu dapat muhasabah diri malam tadi walaupun memikirkan kesihatan yang semakin merosot mengiringi usia yang tidak muda lagi.  Ibu terpanggil merakamkan keadaan ibu  yang semakin uzur, tiba-tiba bulu lali ke bawah terasa sakit. Semasa berurusan di ATM kaki tak boleh berjalan normal, terdingkut- dingkut menahan sakit. Jika ada tongkat, memang kurang rasa sakitnya.  Ibu hubungi Nusaibah yang selalu urut ibu. Sayangnya dia tengah struggle selesaikan diploma urutnya di samping  menyantuni seorang ibu   bersalin di Sungai Petani. Lantaran tidak tahan sakit ibu hubungi tukang urut terlatih dan berdaftar dari Kodiang Kedah. Ibu dapat no contact daripada anak Ukhti Aishah yang ikuti usrah setiap hari Selasa. Anaknya juga tukang urut traditional tetapi jauh dari Perlis.  Pasangan suami isteri dar

24.04.24 cantik tarikh ini

Image
 Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang  Alhamdulillah, hari ini hari Rabu bersamaan 15 Syawal 1445. Subhanallah tidak sedar sudah separuh bulan Syawal berlalu. Lajunya waktu memecut semakin  mendekatkan diri kita semua untuk transit di alam barzakh.  La haula wala quwata Illa billah, sejak semalam ibu terlalu banyak fikirkan isu poligami rakan seperjuangan walaupun ibu sudah diselamatkan dari kehidupan berpoligami. Ibu rasakan ada insan yang sedang menderita kesan dari ketidak adilan suaminya telah memotivasi ibu menaip dalam FB. Pengalaman berpoligami mulai hujung tahun 2009 hingga bulan Mac 2013 perlu dikongsikan agar rakan seperjuangan dan anak-anak muda yang ditakdirkan berpoligami dapat manfaatkan  pesanan atau wasiat ini samada ingin terus berpoligami atau bercerai dan hidup sebagai 'single lady'. Pengalaman ini juga sebagai peringatan kepada para suami yang terlalu mudah mendabik dada  kononnya mampu berlaku adil, tetapi apabila sudah terperangkap dal

Health Screening Parit Buntar

Image
 Bismillahi Rahmanir Rohim Alhamdulillahi Robbil Alamin  Allahuma Solli ala Muhammad, wa ala alaihi wasobihi wassalam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT mempermudahkan urusan membawa suami ke Klinik homopati dan herba di Pt Buntar. Bertemankan anaknda Khubaib yang sangat akrab dengan suami kami bergerak lepas jam 07.30 pagi dan sampai depan klinik sebelum 10.30 pagi. Ibu suka lihat suami boleh duduk lama bersandar di seat depan kereta. Tak perlu bawa katilnya atau menaiki Van. Semoga selepas buat health screening ni, ada perkembangan yang lebih baik. InshaAllah tahun depan beraya di Johor dan Melaka tidak perlu bawa katil lagi.  Ibu amat  kenal  suami memang tegas orangnya, kalau diajak beraya atau saja-saja makan angin atau di ajak jumpa doktor di hospital, dia sudah ada keputusan 'tidak mahu'. Pujuklah macam mana sekali pun, memang tiada siapa dapat pujuk.  Sebaliknya rancangan ke Parit Buntar, suami sendiri setuju nak pergi. Tak payah pujuk-pujuk, memang rawatan homo

Kenduri dan Puasa 6

Image
 Alhamdulillah, selesai sudah fikirkan dan laksanakan suasana yang luar biasa kenduri pada hari Khamis 2 Syawal 1446 Hijrah.  Ibu tertarik dengan kata-kata Hafriz, fisioterapis suami. "Saya teringin hendak mulakan puasa 6 pada 2 Syawal". Usianya belum 40 tahun sudah matang untuk laksanakan sunnah puasa pada 2 Syawal. Sunnah ini telah diamalkan oleh kakak ibu Hjh Nortipah sejak muda lagi mewarisi ibu saudara kami Almarhumah Hjh Che' Dah memang istiqomah puasa 6 sebaik sahaja masuk 2 Syawal. Tetamu tidak putus berkunjung namun tidak menghalangnya mulakan puasa pada 2 Syawal.  Suami ibu sudah ajak puasa 6 sejak 2 Syawal tahun 1444 Hijrah lagi, tapi ibu sarankan kita mulakan pada 3 Syawal. Tahun 1447 Hijrah, InshaAllah kami akan mulakan 2 Syawal.  Pembantu rumah ibu pun sudah mulakan puasa 6 semalam, begitu juga jiran depan rumah. Kesemua yang ibu tunggu kehadiran mereka kenduri semalam tidak muncul sebab mereka sudah mula berpuasa 6. Allahu Akbar.Kuat semangat mereka hendak

Berakhirnya Ramadhan 1445, Bersedialah Menyambut Ramadhan 1446 Hijrah

Image
Hari terakhir  Ramadhan melabuhkan tirainya tidak boleh hendak bendung air mata bercucuran ketika ibu selesaikan halaman terakhir bedah buku 'Ramadhan bersama Rasullullah' Ramadhan kali ini amat terasa luar biasa nikmatnya seakan-akan tidak mahu berpisah, biarlah selamanya kami berada di bulan Ramadhan. Alhamdulillah berkat kesungguhan kami empat beradik menghidupkan sepanjang Ramadhan dengan festival ibadah, semakin ramai ibu Gema Fajar ikut serta platform yang telah disediakan. Bahkan ada yang call ibu seawal jam 1.00 pagi jika ibu tidak terjaga. Kadang-kadang adik bungsu yang call di 10 hari akhir Ramadhan. Tugas kami bertiga akan call ibu-ibu yang lain supaya dapat bersama berzikir, berdoa dan taddarus Qur'an hingga jam 5.00 pagi. Semasa berzikir dan berdoa, ibu ambil kesempatan solat sepuas-puasnya sambil mengaminkan doa warga Gema Fajar secara online. Selepas selesai berdoa, ibu penuhi slot Asmaul Husna lebih kurang 30-50 minit, biasanya sekitar jam 3.30 pagi. 29 hari

Pecutan 10 akhir Ramadhan

Image
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi  Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya milik Allah penguasa langit dan bumi. Allah Al Malik (Maharaja) yang perlu kita kenali, cintai dan rindui. Proses taaruf dan Makrifatullah sangat perlu dirutinkan setiap hari.  Bak kata Zinirah r.a yang menolak tawaran kaum musyrikin menyembah berhala Latta dan Uzza"berhala tu tak kenal aku, bagaimana aku nak sembah?" Cerdik jawapannya. Tersirat maksud bahawa perlunya kita sembah Tuhan Yang menjadikan dan mengenal serta mencintai kita sebagai hamba-Nya. Kita juga perlu kenal Tuhan Yang kita sembah melalui Al Qur'an yang ditaddaburi secara istiqomah. Almarhum Dato' Nik Aziz pernah ingatkan bahawa para pendosa melakukan maksiat kerana mendewakan atau memuja hawa nafsu. Pemuja hawa nafsu dengan sendirinya tidak memuja Allah. Paling terkesan maksud tersirat apabila terdengar Ustaz Muin @Ghulam Qur'an berikan ulasan, dalam melakukan ibadahpun ada orang terlalu menurut hawa nafsu. Kerja D

Ingat Kematian Mereka, Kita Bakal Menyusul

Image
 Pagi Jumaat penuh barokah, cepat sungguh masa memecut laju, tidak sangka hingga ibu terlupa rupa-rupanya hari ini sudah masuk 22 Mac bersamaan dengan 11 Ramadhan. Terlupa sungguh 20 Mac adalah Ulang Tahun perkahwinan kami ke-9. Tak pentingpun sebab bukan bulan Islam.  Hari ini warga Gema Fajar meraikan majlis khatam Qur'an setelah selesai membaca 30 juzuk Al Qur'an siap dengan terjemahannya setiap hari mulai jam 2.00 pagi dijayakan oleh kakak ibu Hjh Nortipah dan adik bungsu Hjh Norhairiah disertai lebih kurang 15-20 warga Gema Fajar yang benar-benar komited meraikan festival ibadah spnjg Ramadan. InshaAllah. Cenderahati telur asin, lauk untuk sahur  Ibu diberikan peluang berkongsi tentang Asmaul Husna mulai jam 3.30 pagi. Setakat hari ini dah 11 nama Allah yang ibu kongsikan merujuk Amazing Qur'an, ringkas dan padat mengambil masa 15-20 minit. Lebih menarik dapat mengkaji seerah kewafatan ummul mukminin Saidatina Siti Khadijah died on the 11th day of Ramadan the 10th year