Hakikat di sebalik Korban



 Dengan Nama Allah 

Yang Maha Pemurah 

Lagi Maha Penyayang 

إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ ١

 Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ ٢

Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

 إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلْأَبْتَرُ ٣

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Sabda Rasullullah sallallahu alaihi wassalam yang bermaksud:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” 

[Riwayat al-Tirmizi (1493)]

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, segala puji-pujian terbanyak hanya untuk Allah yang menghadirkan nikmat thama' ninah menyantuni ketaatan mahupun kedegilan 1001 ragam anak menantu dan cucu-cucu yang bersyukur dan ada juga yang belum tahu cara bersyukur. Menyantuni mereka yang tahu dan pandai bersyukur, Sejuk rasa hati. 

Tatkala bersama mereka belum tahu bersyukur, hati ibu rasa sebak dan sayu namun ibu malas melayannya. Jika dilayan maka akan tersiat rasa hati dan melambatkan proses kesembuhannya. 

Menjelang 9 Zulhijjah, ibu sedih melihat bibir kakak Uda Ani bengkak. Semakin payah untuk makan dan minum. Pelbagai usaha telah dicuba untuk merawatnya. Allah belum izinkan kesembuhan untuknya.

Ibu teringat perjuangan Siti Hajar mencari air tidak ditemukan air walaupun telah berlari ulang alik 7 Kali antara bukit Safa dan Marwah. Letih teramat letih mencari. Akhirnya dia pasrah menyerah pada Allah, mencari dan fokus hanya kepada Allah. Setelah penyerahan total hanya kepada Allah akhirnya Allah izin memancut air di tumit kaki anaknya Ismail. Subhanallah.

Begitu juga dengan Nabi Ayub AS, sentiasa memuji Allah. Penyerahan total kepada-Nya, Allah kurniakan afiyah dan kesembuhan sepenuhnya. Ibu share teknik pasrah. Ulang-ulang frasa "Ya Allah aku Ikhlas dan pasrah" .  Ketika ibu diuji dengan poligami yang tidak adil, frasa ini juga ibu ulang hingga lega dan redha rasa hati. Ibu mencari Allah, bukan mencari suami lagi. Kepasrahan ini juga memudahkan proses perceraian tanpa ke mahkamah syariah. 

Begitu juga apabila berhadapan dengan 1001 kedegilan, niatkan aku cari redha Allah, bukan cari redha 'depa'(makhluk). Jika mengharapkan redha cucu-cucu dan anak menantu, alamat meranalah nanti. Serahkan kedegilan mereka kepada Allah.

 إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلْأَبْتَرُ ٣

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Jawapan dalam surah Al Kautsar ayat 3 adalah jawapan yang tepat dan solusi terbaik...

Syukur Alhamdulillah, jalan keluar amat mudah. Fokus dengan Al Qur'an melalui program taddabur serta dakwah dan tarbiyah.

Lebih baik  ibu fokus kepada kerja Dakwah dan Tarbiyah untuk mereka yang berminat dan sentiasa mencarinya. Apalah dayaku untuk melayan mereka yang tidak sudi... La haulawa quwwata illa billah.

Pusat Korban di MATRI, Perlis. Meriahnya 




Musim korban Kali ini merupakan yang terbaik yg dapat ibu rasakan kerana daripada 11 ekor lembu korban, lembu ke-7 merupakan lembu korban paling mudah dan pasrah, seolah-olah penuh kerelaan untuk disembelih. Ibu rasa taajub dengan keajaiban ini. Terus terlintas dalam hati senarai nama yang lembu No 7 diketuai oleh Ustaz Omar bin Salleh, Musthofa Mubarak bin Kamaruzaman, Nabil Nordin, Fadhil ( biras Musthofa Mubarak) dan 2 org lg sahabat yang tsiqah ( pagi Raya sudah ziarahi kami) menzahirkan rasa syukurnya dapat sekumpulan dengan ustaz Omar. Pendek kata, kepasrahan lembu itu mencerminkan kepasrahan ketujuh nama dalam kumpulan itu melakukan korban seikhlasnya hanya untuk Allah.

Suami, anak ibu, Nabil (adik ipar Mubarak ) dan Fadhil, ibu sudah maklum , mudah2an semuanya istiqomsh terus tsiqah dengan perjuangan dakwah dan tarbiyah. Slogan 'sami'na wa atho'na' menjadi prinsip kehidupan mereka sejak dulu, kini dan selamanya. InshaAllah 


Satu-satunya wanita dalam kumpulan 7 adalah seorang wanita yang sangat tabah, pensyarah UTM Skudai, anak sulung yang sangat taat kepada ayah bonda, sabar berhadapan dengan rungutan ayahnya berulang-ulang mengadu "liat dapat jodoh'. Mungkin rungutan itu di hadapan kami sahaja, ayahnya harapkan ustaz Omar mendoakan anak sulungnya mudah dapat jodoh'. Ya Allah permudahkan segala urusannya dan jodohkanlah wanita solehah ini dengan jejaka sekufu yang soleh dan musleh. Aamin Ya Allah Ya Mujib as sailin. Dalam kumpulan itu ada jejaka yang dimaksudkan, kami hanya mampu mendoakan, urusan jodoh' adalah ketentuan dari  Allah jua. 

Ibu teruskan berkorban unta di Mekah bersama jemaah umrah dari Brunei Darusalam. Terasa puas dan kenyang dapat laksanakan di sana dengan kerjasama Hayya travel. InshaAllah semoga Allah terima korban kami seadanya. Semoga Hayya travel beroleh rahmat dan keberkahan selamanya, InshaAllah 



Menjelang puasa Arafah, tergempar juga suara-suara keliru hendak memilih puasa sunat 9 Zulhijjah. Inipun  menjadi isu hendak berpuasa ikut 9 Zulhijjah di Arab Saudi atau di Malaysia. Ada beberapa sahibah wassup ibu minta tanya pendirian ustaz Omar sebagai memantapkan keyakinan mereka. Ada yang dah istikhorah dahulu, baharulah bertanya UOHS. Rupa-rupanya ramai yang bertanya Allah dahulu sebelum membuat pilihan. Inilah tindakan yang ikut Sunnah. 

Jawapan ringkas UOHS, "sunat puasa di hari Arafah,  diam-diam aja" Di kalangan kami yang veteran semua faham. Ada di kalangan anak muda masih hendak ikut pandangan patuhi 'ulil amri', iaitu berpuasa ketika jemaah Haji sudah meninggalkan Arafah menuju Mina untuk melontar jumrah. 

Anak menantu ibu cuba ajak UOHS berpuasa selepas hari Arafah, jawabnya "tak niat" . Ringkas dan padat serta kelakar jawapannya, sekelakar jika diperhatikan mereka mengejar puasa  setelah selesai jemaah Haji wukuf di Arafah. Semoga Allah Mengampuni kami semua di atas berlainan pendapat ini.

Inilah akibatnya apabila Islam diperintah, musuh-musuh Islam suka umat Islam berpecah belah. Jika Islam memerintah, pasti ada Khilafah Islamiyah yang menyelaraskan isu -isu seperti ini.

Berbalik kepada isu ketaatan dan kepatuhan dalam berkorban. Kadang-kadang  punca 'kedegilan' juga  kerana kegagalan ibu bapa mentarbiyah anak -anak menyebabkan pewaris  mereka mempamerkan 'kedegilan dan kebiadapan' tahap gaban (tindak tanduk khianat mata mencerminkanya! Astghfirullah, semoga sempat mereka bertaubat kerana terlalu asyik menyalahkan dan menunding punca kedegilan mereka kepada pendatang halal dari selatan yang mereka tidak undang. Masalahnya jika tidak percaya Qada dan Qadr Allah. Sayangnya mereka gagal menunding puncanya adalah dari diri sendiri yang masih 'Degil' - 'Sami'na wa asoina' zahir nampak macam taat tapi kerdipan mata seolah-olah sedang  melawan' Al Haq (kebenaran) masih menjadi penghalang terjalinkan hubungan hati kerana harapkan Redha Allah. Jika rajin taddabur dan memahami  Al-Qur'an, tidak mungkin budaya degil, keras hati dan kepala batu masih mengganggu dan menjadi fitnah kepada nama baik ketua keluarga. Dengan banyak diam akan lebih Selamat kita semua . InshaAllah 


Syukur Alhamdulillah, anak menantu serta cucu-cucu dari Melaka ada bersama merayakan Aidil Adha di samping kami, turut serta anak sulung ustaz Omar dan 5 cucu dari Kuala Nerang. 

Harapan ibu nk peluk gunung apakan daya tangan tak sampai. Tangan ibu tercucuk dawai katil suami, bengkak. Kaki juga Masih berdenyut sakit. Tak larat melaksanakan apa yang diimpikan. Ibu sudah beli rempah perap daging, perap satay dan BBQ  kononnya kot sempat nak BBQ. Cuti Raya Haji cuma 1 hari, cucu2 terpaksa bekejar balik Melaka kerana Selasa sudah mula bersekolah. Semoga niat sahaja Allah sudah ganjari dengan jutaan kebaikan.

Di antara respon program korban Matri tahun 1445 Hijrah.

Kak Nally.: 👍Alhmdllh, bagi ana this is the best  5 of the century. Yg tersusun dgn experts dlm semua bahagian. Syabas

The best so far.... Kata Dr Ismail Nayan 

Cikgu Idris:Synergy.Bekerja dlm saff.barisan tersusun rapi.kukuh.kuat setiap satunya saling bantu bertindak umpama suatu enjin.binaan (namun rasa rendah hati menyerlah krn masih ada lagi ruang utk improve diperbaiki) 

Alhamdulillah, hazamin fadhli rabbi 

Manusia serba tidak sempurna, sebab itu pentingnya takmil wal istikmal...

Wallahu alam bisawwab.

Sekian 

Wassalam 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil