Posts

Showing posts from October, 2017

Pentingnya Husnus Zhon~ Kajilah AsmaulHusna

Image
"Hilang satu berkah doa  untuk saya sebab mak dah meninggal" adu anak gadis bungsu berusia 20 tahun yang sedih merindui ibunya yang meninggal dunia pada 1 Ramadhan tahun lepas (2016). Kami sempat bertemu dalam  sesi kaunseling sebelum ibu berangkat ke Yogyakarta. Ibu perbetulkan persepsinya. "Ibu tiri juga ada berkahnya  mendoakan semua anak tirinya..."  Belum habis ibu selesaikan pandangan, anak gadis itu mendengus "hummmph..." keluhnya dengan pandangan  mata membenci... Kasihan anak gadis ini...masih tidak husnuzhon kepada Allah Subhanahu Waataala. Ada pendaman yang tak selesai dalam jiwanya sukar untuk meredhai sunatullah dan  takdir Allah untuk keluarganya. Maklumlah umurnya masih muda belia, belum luas pengalaman hidup. Abangnya mengalami pendaman jiwa  yang lebih serius, mengamuk apabila ayahnya kahwin lain. Tanggung jawab ayahnya membantu positifkan 'heart setting' bemula dengan Makrifatullah. Kenal Allah dan cinta Allah dahulu, baru rasa

Rasa Diri Tidak Disayangi

Image
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah semasa halaqah guru, salah seorang  guru yang ditugaskan membentangkan hadis pendek  menghuraikan hadis yang sepatutnya  dimasukkan dalam silibus Adab belajar atau Akhlak. Halaqah ini dibuat setiap hari Selasa selepas Asar. Esoknya pagi Rabu selepas sesi kaunseling dengan puteri-puteri Matri, ibu dikunjungi pula oleh seorang ustazah yang sudah seminggu demam panas dan sakit kepala yang amat sangat. Kehadirannya membantu ibu membuat rumusan betapa pentingnya  hadis yang guru Kafa jelaskan masa  halaqah itu dijadikan darah daging  bagi semua kanak-kanak agar mereka bergantung harap hanya kepada Allah. Jutaan kanak-kanak merasai  kelaparan kasih ibu dan ayah... Ibu amat rasakan keperluan ini apabila  ustazah itu  menceritakan pengalamannya semasa kecil, amat menyedihkan. Walaupun kini selalu berdamping dengan Qur'an dan hadis  namun jiwanya masih merana seperti  ada  yang tak selesai  dalam jiwanya.  Ibu pernah berdepan dengan seorang guru

رَبُّنَا اللَّهُ (Tuhan kami ialah Allah)

Image
Dua minggu terakhir ini agak penuh  waktu dengan sesi kaunseling untuk puteri-puteri  ITIP, Matri  dan staf yang memerlukan bimbingan menangani ketidak stabilan emosi. Rasa macam tak menang tangan dan amat perlu diwariskan kemahiran terapi ini kerana kes remaja di luar sana lebih tenat lagi yang memerlukan bantuan. Allah izin lebih 10 kes seminggu didapati punca utamanya adalah pendaman yang bertahun-tahun yang  tidak dirawat  hingga menjadi sampah emosi yang berkeladak dalam jiwa. Agaknya kalau di 'ruqyah' akan muntah darah hitam dan daging busuk barangkali...Wallahu 'alam. Moga Allah aturkan agenda-Nya, ibu dapat belajar kemahiran  merukyah...Insya Allah  Minggu lepas, ada seorang anak gadis dihantar kerana mengalami 'depressi' yang tidak terkawal membimbangkan rakan sebiliknya. Keadaannya asyik merapu, fizikalnya lembik macam kain buruk menyebut  "hendak mati...hendak mati, hendak mati". Apabila dikenalpasti, rupa-rupanya dia takut ibu kandungny