Meruntuhkan Rumah Syaitan?
Alhamdulillah syukur sangat Allah Al-Barii ( البارئ ) aturkan agenda-Nya dengan teratur sekali sempena menyambut 9 Muharam dalam keadaan musafir, 10 Muharram baru sampai rumah. Kemanisan iman lebih terasa setelah Allah aturkan dapat ziarah tiga orang saudari yang uzur bersama seorang teman karib. Dalam perjalanan, teman ibu menceritakan pengalaman anak sulungnya mendapatkan rawatan selama 10 hari di Jakarta. Semasa di ru'yah anak perempuannya itu muntah darah hitam dan daging busuk. Menurut perawat, darah hitam dan daging busuk itu adalah 'rumah syaitan' yang telah lama bersarang dalam diri anak sulungnya. Rumah syaitan itu mula terbina sejak dia mulai memendam perasaan serta membenci salah seorang daripada ahli keluarganya. Rawatan ru'yah tidak akan berkesan sekiranya pesakit gagal memaafkan ahli keluarganya yang telah lama meninggal dunia.
Allah Al Hakim ilhamkan Ustaz yang merawatnya mem'provok':
"orang yang meninggal dunia itu jika dia sempat bertaubat, Allah akan ampunkan dosanya dan masukkannya ke dalam syurga, tetapi awak masih tidak boleh memaafkannya kemungkinan besar dimasukkan ke dalam neraka..."
Apabila mendengar peringatan sedemikian rupa, anak perempuan teman itu menangis teresak-esak takut diazab api nereka..dan cuba memaaf dan melupakan kisah silamnya...Masya Allah, ujian yang dihadapi oleh ibu muda itu sangat mencabar 'ego'nya. kerana takutkan azab neraka, akhirnya ego itu tunduk menyerah diri kepada Allah. Bukan mudah untuk menyerah jika tidak melalui proses tarbiyah secara bertahap dan ada silibusnya yang tertentu...
Halaqah pelajar tingkatan 5 minggu lepas ibu dapat input yang sangat berharga dari pembantu naqibat (pelajar khassah lepasan MASDAR) yang akan meneruskan usrah ini jika ibu ada keuzuran. Ketika itu semua puteri halaqah F.5 sudah prepare tajuk 'Penyerahan Diri kepada Allah' merujuk Qur'an, Hadis dan seerah mengikut tugasan yang telah diberikan. Alhamdulillah puteri-puteri tersebut memang berusaha mencari bahan untuk dikongsikan dan banyak memudahkan ibu merumus dan menyelaraskan kefahaman mereka agar sesuai dengan silibus yang telah pihak Matri tetapkan.
Selepas selesai merumus, serikanda Matri (puteri Khassah) menambah hakikat sebenarnya dalam proses Tarbiyyah yang difahami dan dihayati daripada Murabbinya, Penyerahan Jiwa secara total tidak akan kesampaian jika kita tidak melalui proses Makrifatullah (Mengenal Allah). Masya Allah, ibu amat kagum dengan kefahaman puteri pensyarah dari Bangi ini baru tingkatan 6 bawah, tetapi sudah berikan sumbangan yang besar membantu mempermudahkan pengendalian halaqah. Ibu tidak bimbang jika ada urusan lain yang perlu diutamakan, beliau akan teruskan secara konsisten..
Allah Al-Barii ( البارئ ) telah aturkan hasil dari kursus yang kami ikuti dari Universiti Antarabangsa Asmaul Husna (UAAH), ada banyak yang kami dapat manfaatkan walaupun ada segelintir amalan yang perlu ditegur dan diperbaiki memandangkan team work UAAH ini tidak berlatar belakangkan team ulamak. Aspek Tahajjud perlu ikut sunnah, tidak boleh reka cipta teknik tahajud sendiri. Wallahu alam. Permudahkan, jangan disukarkan.
Lanjutan dari kursus tersebut, salah seorang asatizah MATRI telah mempraktikkannya untuk anak-anaknya di rumah..Masya Allah siap 'lesson plan' dikongsikan dengan ibu. Ibu manfaatkannya untuk cucu dan ketika usrah di Tangkak. MLM pahala berganda untuk asatizah yang ikhlas berjuang untuk Deen. Memang seronok amalkan lesson plan itu bermula dengan nama Allah Yang Maha Baik. Al Barr. Kali ini ibu cuba beri sumbangan untuk pembaca dan ahli halaqah mengenalkan nama Allah seperti berikut;
( البارئ )
AL BAARI’ = YANG MENGADAKAN atau MENYUSUN ATURKAN
Nama Allah, Al Baari'u ( البارئ ) dibaca Al Bari' termasuk Al-Asma`ul Husna,
Firman Allah :
هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (٢٤)
"DIA Allah Yang menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, Yang mempunyai NAMA-NAMA YANG INDAH (asmaaul husna). Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan DIAlah yang Maha Perkasa mempunyai lagi maha penyayang" .(Al-Hasyr[59]:24)
Nama Allah, Al Baari'u bermakna Yang meRANCANGkan segala sesuatu sebelum menciptakannya. Allah telah merancang dan mengaturkan dan pelaksana segala kejadian apa saja.
Al-Baari` artinya yang menciptakan makhluk tanpa meniru. Akan tetapi lafaz ini lebih memiliki kekhususan pada (penciptaan) makhluk-makhluk hidup, tidak pada makhluk-makhluk yang lain. Lafaz ini jarang sekali diguna pada (penciptaan) selain makhluk
Demikian pengertian yang terkandung di dalam tiap-tiap nama dari Asmaul-Husna yang amat indah itu. Pengertian yang diterangkan secara ringkas sewajarnya dihayati dalam bentuk monolog jiwa (bicara hati) agar dapat menghidupkan syuur.
Cara berdoa dengan Nama Allah, Al Baari'u dengan ditambahkan kata Jalla Jalaaluhu yang artinya : Mulia kemuliaan-Nya. Misalnya "Ya Baari' Jalla Jalaaluhu"
Comments
Post a Comment