Posts

Showing posts from March, 2021

Azam Terserlah Menjelang Nisfu Syaaban 1442 Hijrah

Image
  Alhamdulillah, Allah kurniakan kegembiraan dan keceriaan  dalam jiwa ini dikunjungi  oleh  adik bungsu dan  abang yang manis mulutnya  dalam berkata-kata. Subhanallah, semuanya  di luar dugaan, hari Khamis  malam Jumaat, rumah Tunjung menerima tetamu  dari jauh. Allah  izin lega sedikit dan hilang kerinduan setelah sekian lama  tidak berjumpa gara-gara Covid-19 . Apabila ditanya  bagaimana  boleh merentas    dari Shah Alam ke Perlis  kerana  Negeri  Selangor  masih dalam PKP. Selamba adik bungsu menjawab, buat surat  sendiri urusan kerja di ladang Telok Intan. Macam-macam projek dibuatnya . Alhamdulillah.  Ibu amat kenal adik bungsu ini memang ligat sejak kecil lagi selalu hilang dari rumah menunggang  basikal ke kebun sayur di hujung kampung Solok, Tangkak. Atas inisiatif sendiri ada rasa tanggunjawab membantu 'cari nafkah' memungut  sayur-sayuran yang 'reject' dibuang dan dibawa balik. Insha Allah, mudah-mudahan berkat, sayang sayur-sayur  itu  dari terbuang boleh d

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Penuh Makna

Image
Sabtu,  6 Syaaban 1442 Hijrah Segala puji-pujian hanya milik Allah. Ingin ibu rakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala dengan ucapan الحمدلله رب العلمين di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita selamanya, demi menyelamatkan kita dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini dan demi kebahagiaan abadi di akhirat nanti.  Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan tercinta, murabbi agungm Rasulullah sallallahu alaihi wassalam yang telah mengorbankan segala-galanya demi kegemilangan Islam seperti mana yang Allah kehendaki. Ibu mohon Allah aturkan yang terbaik untuk ibu agar dapat berkhidmat dan berbakti untuk ummah demi menyambung Risalah Nubuwah yang diredhai Allah selamanya.  Sempena bulan Syaaban yang mulia ini harapan ibu amat besar sekali agar setiap detik masa yang tersisa dipenuhi dengan aktiviti ibadah. Semoga Allah jayakan projek baru ibu menulis buku 'Jalan Pintas Ke Syurga, Menyantuni Warga  Emas' Pengalaman ibu menyantu

Mohon Semua Dosa terampuni

Image
23 Rejab 1442 Hijrah  Alhamdulillah minggu ini dalam semua halaqah yang dikendalikan,  ibu cuba  fokus  untuk memahami dan memahamkan konsep syukur serentak menceritakan peristiwa Isra' dan mi'raj. Ibu kagum dengan kisah nabi Nuh yang sentiasa  bersyukur. Perhatikan surah Al Isra' ayat 1-3 Satu video yang sangat menyentuh jiwa hingga mengalir  air mata. Ibu kepada Imam muda Masjidil haram yang sangat  bahagia mendengar berita anaknya selesai (khatam)  hafazan Qur'an. Ibunya berdoa "Ya  Allah jika semua dosa hamba sudah terampuni, Engkau ambillah nyawaku..." Seminggu selepas itu benar ibunya meninggal dunia. Apa maksudnya  itu? memang mengalir  air mata. Minat dengan cara ibu itu menyerah  diri kepada Allah. Allah sudah tanamkan rasa rindu  dalam jiwanya. Allahu Akbar . Ibu tertarik meniru doa ibunya ikut versi sendiri, " Ya Allah, jika semua dosa hamba sudah terampuni, Engkau ambillah nyawaku di bumi Nabi-MU" (Madinah Al Munawarah). Memang rindu hend