Ulang Tahun Perkahwinan Yang Penuh Makna

Sabtu, 

6 Syaaban 1442 Hijrah

Segala puji-pujian hanya milik Allah. Ingin ibu rakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala dengan ucapan الحمدلله رب العلمين di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita selamanya, demi menyelamatkan kita dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini dan demi kebahagiaan abadi di akhirat nanti. 

Selawat dan salam ditujukan khusus untuk junjungan tercinta, murabbi agungm Rasulullah sallallahu alaihi wassalam yang telah mengorbankan segala-galanya demi kegemilangan Islam seperti mana yang Allah kehendaki. Ibu mohon Allah aturkan yang terbaik untuk ibu agar dapat berkhidmat dan berbakti untuk ummah demi menyambung Risalah Nubuwah yang diredhai Allah selamanya. 



Sempena bulan Syaaban yang mulia ini harapan ibu amat besar sekali agar setiap detik masa yang tersisa dipenuhi dengan aktiviti ibadah. Semoga Allah jayakan projek baru ibu menulis buku 'Jalan Pintas Ke Syurga, Menyantuni Warga  Emas' Pengalaman ibu menyantuni suami yang uzur diharapkan dapat menjadi panduan kepada generasi anak cucu. Inilah tugas utama untuk menyantuni orang tua yang tidak boleh  diabaikan sama sekali. Perlu difahami bahawa warga emas adalah golongan 1st  class, mereka adalah warga syurga  yang sentiasa  mendoakan keselamatan kalian di dunia  dan akhirat.  


Tajuk blog di atas bukanlah impian ibu beria-ià hendak menyambutnya. Bukan tujuan ibu untuk melukakan hati sesiapa. Sekadar kenangan sempena menghargai bulan Syaaban, ibu berpeluang  memilih tarikh 20.03.2021 kerana jatuh pada hari Sabtu dengan plan asalnya  untuk menyambut tetamu dari jauh iaitu adik beradik ibu. Kami pernah diberi peluang mengisi jadual giliran ziarah adik beradik tahun lepas dalam group wassap sebelum kematian abang yang mencadangkannya. Semoga khenduri 'simple' ini juga memberikan ganjaran pahala kepada Almarhum Hj Hairudin  yang kaya dengan peribadi  suka bersilaturahim  sesama adik beradik khususnya.

Teringat teguran Almarhum "lama lagi nak tunggu tahun 2022". Kelakarnya ibu tertulis tahun 2022 dalam jadual tersebut. 

Ibu sudah maklumkan kepada suami sejak tahun lepas lagi ingin buat kenduri menjamu mereka dan juga jiran sekitar Tunjung. Allah takdirkan PKP dan PKPP seluruh negara, maka niat  saling menziarahi dan nak menjamu tetamu tidak dapat direalisasikan namun ibu yakin sudah direkodkan oleh Malaikat Rakib. Insha'Allah. Kami berazam untuk teruskan buat jamuan ealaupun  tanpa kehadiran adik beradik,  mudah-mudahan  jalinan silaturahim tererat kukuh. 

 Syukur Alhamdulillah, 10 orang Puteri Khassah MATRI Tahun 2020 menawar diri membantu ibu dari A sampai Z setelah mereka ternampak gambar Pernikahan kami pada tahun 2015 terselit celah rak buku. 

Ulang Tahun Perkahwinan kami setakat ni  tak pernahpun kami sambut. Mungkin inilah yang terakhir...niat untuk bahagiakan suami kerana Allah.

Sebenarnya ibu dengan pelajar khassah 2020 ni tidaklah mesra dan rapat  sangat tetapi kami sama-sama saling menghargai kehadiran UOHS serta dapat belajar  dari Murabbi yang sama; 

"Masa kenduri ibu dengan ustaz tahun 2015, kami ada di Matri tapi baharu tingkatan 2..." Cerita salah seorang daripada mereka.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari penuh bersejarah bagi mereka dapat ziarahi semua jiran tetangga menghantar Set 'Nasi Daging' dan kurma  yang mereka tolong packing. Alhamdulillah, berkat. Jiran tetangga seronok, bahkan anak-anak Khassah juga seronok bersilaturahim dengan mereka. Petang tadi kami dapat ucapan tahniah dari jiran yang sama-sama mendoakan kebahagiaan kami. Salah seorang daripada jiran adalah ketua warden dengan nada bahagia ucapkan Jazakillahu khyran kathira dan 'mabruk'. Beliau merupakan orang kepercayaan suami sejak awal lagi agar dicarikan rumah lain untuk elakkan sebarang salah faham di awal perkahwinan kami tahun 2015. Plan asal suami terhalang atas permintaan anak-anak.

Ibu dan Ustaz Omar ucapkan jazakumullahu khyran kathira di atas segala-galanya. Walaupun seketika sahaja kalian taaruf ibu, namun kami amat bahagia mendapat kerjasama kalian yang ikhlas bahkan amat memahami ibu.


Ibu sentiasa  ingat  pesanan suami "Orang ada tarbiyah  bila cakap sikit fahamnya bànyak."  

Lihatlah hasil tarbiyah pelajar khassah Matri sejak  awal lagi (zaman Almarhum Datuk OKB Ustaz Dahlan) kini sudah  bertebaran menjadi murabbi/ murabbiyah dan pendakwah membawa misi  membangun ummah di merata negeri. Jadilah orang besar sentiasa memikirkan hal ummah baharulah boleh jadi orang hebat di sisi Allah. Hentikanlah bab asyik memikirkan isi perut  masing-masing, bimbang nanti kita  menjadi kerdil dan kerja menjadi sia-sia di sisi Allah.

Bànyak-banyaklah kita bertaubat semoga Allah mengampuni segala dosa kita. Sucikan jiwa kita dengan bànyak istighfar 


Ramai tetamu menegur ibu  "Cucu ni nampak manja dengan ibu..." 

Spontan ibu jawab, 

"ooo ni namanya Amani, jiwa dia bersih, sesuci kain putih yang belum dicorakkan". Ibu berdoa mudah-mudahan sampai dewasa nanti jiwanya  terus bersih suci tidak dihasut dengan rasa cemburu buta dan iri yang boleh merosakkan jiwanya.

Semoga menjelang Ramadhan ini sama-sama kita dapat rasakan pentingnya bulan Syaaban merupakan langkah pertama kita mensucikan jiwa menyambut tetamu agung bernama Ramadhan Kareem. Semoga Ramadhan 1442  lebih bermakna dalam kehidupan kita. Aamiin  Ya Rabbal Alamin.


Wallahu alam

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil