Posts

Showing posts from February, 2024

Doa Allah Redha

Image
 Alhamdulillah, tahun yg sangat berkah Allah kurniakan, dipermudahkan bangkit lebih awal pagi memanfaatkat malam doa dimakbulkan Allah iaitu Malam Nisfu Syaaban. Ibu bimbang juga jika tergolong dalam kelompok orang yang bermusuh atau dimusuhi. Alhamdulillah Allah gerakkan hati ibu berdoa dalam sujud yang lama solat tahhajud. Semoga Allah makbulkan doa ini dan diampuni segala dosa yang lalu. InshaAllah. "Ya Allah , aku Redha semua anak-anakku, anak-anak tiriku, anak-anak didikku". Semoga Allah ampuni kelemahan dan ketidakmampuan ibu melayan semua ragam anak-anak, menantu-menantu  dan cucu-cucu. Bagi ibu,  mereka memang layak menempah syurga Allah SWT  dengan hidayah dan taufiq Allah SWT.  Hidayah dan taufiq hanya dari Allah. Sebagai orang tua, ibu berusaha mewarisi akhlak almarhum abah dan emak melalui keteladan mereka tidak melabel negatif, sentiasa doakan mereka, memaafkan. Semoga apa yang kita lakukan seikhlasnya akan diwarisi oleh anak cucu setelah kita transit di alam bar

Jadilah Insan Yang Rabbani

Image
Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami pulang ke Perlis diiringi doa insan tersayang yang tulus ikhlas harapkan kami Selamat sampai ke destinasi. Ditemani anak angkat kesayangan suami, akhi Khubaib dan driver Van akhi Zulkifli Willi, perjalanan pulang kelihatan 'smooth' tanpa traffic jem. Bertolak jam 8.00 pagi, sampai Tunjung lebih awal dari jangkaan iaitu jam 5.15 petang. Kami ditunggu oleh Rohaya dan jiran terdekat.  Alhamdulillah, hampir 9 tahun menghuni di Tunjung, ramai yang tsiqah dan setia menanti kepulangan kami.  Tergenang air mata meninggalkan rumah Melaka yang barokah menerima tetamu tidak putus dan disantuni oleh Mubarak dan Sofiyah sekali dengan besan di sebelah rumah. Meriahnya rasa sayang nak tinggalkan rumah penuh barokah ini. Semoga terus barokah selamanya. InshaAllah menanti kami berpuasa dan berhari Raya tahun hadapan, InshaAllah. Serba Salah nak balik Perlis. Niat balik seketika untuk menyantuni suami sahaja. Jasad di Perlis , jiwa tinggal di Mela

Kenangan Terindah

Image
 Pentingnya kita penuhi tangki emosi bersilaturahim dengan mereka yang mengenali dan tsiqah dengan kita. Ibu dimaklumkan tidak semua abang ibu yang mampu ke utara disebabkan keuzuran. Pengorbanan suami menemani dan meraikan ibu ke Melaka sangatlah dihargai.  Allah kurniakan suami merespon cinta yang tidak berbelah bagi adik beradik ibu tercurah kepadanya. Subhanallah, indahnya penyusunan Allah ditakdirkan buat insan soleh yang penyabar ini. Kehadiran keluarga Tn Hj Rosli mengundang keceriaan UOHS banyak tertawa merupakan terapi terindah untuk ibu juga. Lagi satu kenangan indah sepanjang berada di Melaka, ibu sering dapat bersembang dengan besan , duduk sebelah rumah, berjiran dengan anak ibu. Setiap Kali tetamu berkunjung, besanlah yang teman kami meraikan tetamu. Semoga Allah permudahkan ibu dapat beramadhan tahun 1446  behari raya Aidil Fitri di Melaka . InshaAllah Tahun 2025 merupakan ulang tahun ke-10 perkahwinan kami. 9 Kali beraya di Perlis, amatlah diharapkan sekali di Melaka at

Kerana Allah Kita Bercinta

Image
Tidak kenal maka tidak cinta, inilah pepatah yang sering ibu kongsikan bersama warga Gema Fajar ketika taddabur Qur'an setiap pagi. Lebih 600 hari kita bertaddabur secara online, Allah serapkan rasa cinta yang mendalam ingin bertemu dengan semua sahibah pendengar yang setia setiap pagi. Ibu nekad untuk hadir pertemuan indah pada 20 Januari 2024 walaupun banyak sekatan dan penghalangnya. Ibu maklumkan hendak bercuti dan serahkan urusan penjagaan suami di bahu anak-anak. Ibu perlu 'me time' untuk penuhkan tangki emosi yang  mulai kekeringan. Alhamdulillah, Allah aturkan sungguh cantik siap dengan sumbangan sekali sungguh menceriakan musafir kami dengan bantuan Van akhi Zulkifli Willi dibantu oleh akhi Khubaib. Subhanallah, indah sungguh perjalanan kami ke Melaka pada pagi Khamis 18 Januari. Lebih 2 tahun ibu kehilangan perasaan ceria seperti ini. Ya Allah terima kasih Engkau hadirkan rasa bahagia ini dapat bermusafir lagi.... Allahu Akbar, Maha Baiknya Allah permudahkan segal