Kerana Allah Kita Bercinta

Tidak kenal maka tidak cinta, inilah pepatah yang sering ibu kongsikan bersama warga Gema Fajar ketika taddabur Qur'an setiap pagi. Lebih 600 hari kita bertaddabur secara online, Allah serapkan rasa cinta yang mendalam ingin bertemu dengan semua sahibah pendengar yang setia setiap pagi.

Ibu nekad untuk hadir pertemuan indah pada 20 Januari 2024 walaupun banyak sekatan dan penghalangnya. Ibu maklumkan hendak bercuti dan serahkan urusan penjagaan suami di bahu anak-anak. Ibu perlu 'me time' untuk penuhkan tangki emosi yang  mulai kekeringan.

Alhamdulillah, Allah aturkan sungguh cantik siap dengan sumbangan sekali sungguh menceriakan musafir kami dengan bantuan Van akhi Zulkifli Willi dibantu oleh akhi Khubaib. Subhanallah, indah sungguh perjalanan kami ke Melaka pada pagi Khamis 18 Januari. Lebih 2 tahun ibu kehilangan perasaan ceria seperti ini. Ya Allah terima kasih Engkau hadirkan rasa bahagia ini dapat bermusafir lagi....

Allahu Akbar, Maha Baiknya Allah permudahkan segala urusan musafir ini.

Biarkan gambar dan video berikut menceritakan segalanya...



Berita yang menceriakan semua pihak. Angkut katilnya sekali. Pernah suami bergurau, nak bawa jalan, bawa katil sekali. Rupanya menjadi kenyataan akhirnya. 

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar...

Bawa lari terus! Cerdik dua anak muda ini, driver dan pembantunya...








Petugas menyantuni suami. Dari Khubaib seorang di Perlis, Allah hantar tiga petugas Myanmar uruskan. Alhamdulillah memang di luar jangkaan.




Fisiotetapi muda yang berani membuat perubahan. InshaAllah ustaz boleh jalan lepas ni. Tongkat empat kaki memang disuruh bawa, membuktikan memang nak usaha sampai boleh menapak. Sayang sekali, keadaan terbiar hampir Dua tahun menyebabkan saraf dan srndinya keras. Perlukan lebih masa untuk pulihkannya.



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil