Jadilah Insan Yang Rabbani

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami pulang ke Perlis diiringi doa insan tersayang yang tulus ikhlas harapkan kami Selamat sampai ke destinasi. Ditemani anak angkat kesayangan suami, akhi Khubaib dan driver Van akhi Zulkifli Willi, perjalanan pulang kelihatan 'smooth' tanpa traffic jem. Bertolak jam 8.00 pagi, sampai Tunjung lebih awal dari jangkaan iaitu jam 5.15 petang. Kami ditunggu oleh Rohaya dan jiran terdekat. 

Alhamdulillah, hampir 9 tahun menghuni di Tunjung, ramai yang tsiqah dan setia menanti kepulangan kami. 

Tergenang air mata meninggalkan rumah Melaka yang barokah menerima tetamu tidak putus dan disantuni oleh Mubarak dan Sofiyah sekali dengan besan di sebelah rumah. Meriahnya rasa sayang nak tinggalkan rumah penuh barokah ini. Semoga terus barokah selamanya. InshaAllah menanti kami berpuasa dan berhari Raya tahun hadapan, InshaAllah.

Serba Salah nak balik Perlis. Niat balik seketika untuk menyantuni suami sahaja. Jasad di Perlis , jiwa tinggal di Melaka. Caj bateri di sana, jasad buat kerja di Perlis. Lambat laun ibu akan bermustautin di Melaka  juga. InshaAllah. Elak diri salahkan sesiapa sebab tidak akan jumpa solusinya...

Di mana kita pergi usah berharap semua suka. Yang tak suka dengan kerja Dakwah dan tarbiyah kita,  serahkan sahaja mereka kepada Allah SWT. Tahulah bagaimana Allah santuni mereka hingga mereka bertaubat. Kita doakan sahaja.

Terubat rasa hati bila terbaca pesanan ini:

Usahlah terlalu memikirkan kata-kata orang lain terhadap kita tetapi berusahalah menjadi apa yang ALLAH سبحانه وتعالی inginkan terhadap kita. Jadilah Insan Rabbani yang sentiasa sibuk dengan Al Qur'an. Kehadiran mereka tidak akan menambah kekuatan yang ada, ketiadaan mereka tidak menyulitkan kerja-kerja dakwah kita. Mereka hendak, silakan...

اللهم صل علی سيدنا محمد وعلی ال سيدنا محمد.

Alhamdulillah, ibu amat berpuashati dengan percutian kali ini walaupun tidak sampai 24 jam pertemuan dengan warga Gema Fajar yang telah dibuat  dua Kali di Tangkak, Johor:

1. Meraikan 600 hari taddabur GF

2. Tahlil Perdana GF mendoakan lebih 200 Almarhum dan Almarhumah daripada ahli keluarga warga GF

Dalam tazkirah diselitkan pengisian tentang Ukhuwwah merujuk surah Al Hujurat. 

Missing Uda Ani..


Alhamdulillah, disambut oleh warga Tunjung sampai jam 5.15

Nikmat iman dan ukhuwwah disusuli dengan program ziarah Ustaz Omar di rumah Mubarak secara berjemaah. Rombongan pertama membawa pelbagai juadah minum petang. Manakala rombongan kedua membawa Nasi Baryani dari Segamat sebagai hidangan makan tengah hari. Allahu Akbar. 
Menantu ibu diingatkan hanya siapkan air sahaja. "Nasi dan kuih muih Kami bawa". Ukhti Asnah dan Chomil maklumkan kerana mereka ziarah semasa hari Selasa,hari bekerja.
Hari terakhir berkhidmat menyantuni UOHS, Solehin (Islam) Saw (Kristian) dan Prakash (Hindu). Semoga Allah kurniakan hidayah 

Paling best sekali hari terakhir ibu di Melaka dikunjungi oleh kak Ngah dan Hairiah. 3 jam lebih kami bersembang santai bergelak ketawa ingat kenangan yang kelakar sampai anak ibu tegur dari CCTV. "Tengah makan boleh gelak ketawa" lagilah kelakar. Ketika sedang buat jadual Gema Fajar, Kak Ngah tanya surah apa pagi tadi?

Ibu dan Hairiah terkial-kial nak ingatkan. Tiba-tiba suami jawab 'Surah Al Haqqah' semua tergelak kerana orang sakit boleh ingat. Kita yang sihat terlupa. Allahu Akbar.

Dari  silaturahim ini suami  ibu dapat fahami betapa perlunya dia menyantuni keperluan ibu bercuti lama di Melaka. Majlis perpisahan hari khamis malam Jumaat dengan makanan seafood dibawa oleh abang ibu dari Umbai, Merlimau Melaka. RM 400 dibelanjakan, puas makan sotong dan udang goreng tepung, tom yam , sweet sour dll.



Rumah besan, sebelum kami berangkat, driver dan co pilot dapat bersaraan bersama 


Sebelum bergerak pulang, menitis air mata...

Seronok dan meriahnya terasa macam hari Raya. Walhal baru bulan Rejab dan awal Syaaban. Ukhti Yadzilah beberapa Kali sebut " walaupun kita baharu kenal tidak sampai setahun, tetapi terasa macam kita sudah kenal berpuluh tahun. Subhanallah, betapa indahnya ukhuwwah fillah. 


Sayang sekali apabila Qur'an disantuni sambil lewa sebaliknya menghadap  gadget sepanjang masa, duduk serumah lebih 9 tahunpun Allah tidak izinkan ukhuwwah bertaut. Puncanya tiada kerendahan hati menyebabkan sukar mewujudkan  keseragaman @ wahadatul akidah yang melahirkan wahadatul fikrah dan wahadatul amal. Keseragaman ini akan wujud apabila Al Qur'an disantuni sepenuh hati. Kedegilan ini akan diwarisi oleh anak cucu mereka tanpa sedar. Keengganan anak mereka menziarahi datuk sendiri dan tidak mahu hadiri program yang telah diatur oleh biro Aulad telah menampakkan 'kedegilan' yang sangat mudah diwarisi. Nauzubillahi min zalik.

Sukar ibu nak tegur jika pihak mereka tiada kerendahan hati hendak mendengar apa lagi hendak mematuhi. Allah akan tanya kedua ibu bapa  di atas kegagalan mereka mentarbiyah anak-anak menjadi insan Rabbani. 

Yang penting role model sudah ada di hadapan mata mereka sendiri, sejak mereka kecil, ayah atau datuk yang sangat komited dengan kerja Dakwah dan tarbiyah tetapi tidak diminati malah dijauhi. Bagi ibu bukan salah ayah atau datuk mendidik, semuanya berpunca dari dalam diri masing-masing lebih menyantuni kedegilan macam degilnya syaitan menurut perintah Allah agar sujud kepada Adam. Apabila Allah Tanya mengapa tidak mahu sujud pada Adam?

Syaitan menjawab "aku lebih baik daripadanya, aku dijadikan dari api, Adam dari tanah"

Maksudnya bukanlah siayah suruh sujud kepadanya, tetapi mengajak agar kita seiring dan sejalan menjadi ansorullah (pendukung kerja Dakwah dan tarbiyah) . Baharulah ada modal hendak berbincang dan bermuayasyah. Ini sebagai index kebahagiaan yang ingin sama-sama disantuni. Jika berdegil juga! yang dapat ibu maklumkan 'lakum deenukum wali yadeen'

La haulawa quwwata illa billa 

Sepanjang berada di Melaka, suami ibu lebih bersemangat menjalani fisiotetapi. Kaki dan mula boleh menapak dan tangan sudah boleh digerak-gerakkan. InshaAllah fisiotetapi ini akan diteruskan oleh akhi Khubaib di Perlis. 


اللهم صل علی سيدنا محمد وعلی ال سيدنا محمد.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil