Posts

Showing posts from August, 2020

Hijrah 1442, Musafir dan Hakikat Kemerdekaan

Image
    هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ ذَلُولًا فَٱمْشُوا۟ فِى مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا۟ مِن رِّزْقِهِۦ ۖ وَإِلَيْهِ ٱلنُّشُورُ “DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya)” (Q; surah Al Mulk:15) Alhamdulillah, segala pujian hanya milik Allah. Selawat dan salam khusus buat Rasul junjungan, ahli keluarga baginda, para sahabat  dan mereka yang satu rombongan dengan baginda yang telah berkorban segala-galanya untuk Deen Allah yang Maha Suci ini. Cuti awal Muharam minggu lalu, merata-rata dalam media sosial anak-anak muda mempamerkan video dan foto-foto mereka sekeluarga  melancong dan bercuti. Ibu tidak merespon  atau  'like'  gambar-gambar tersebut. Jika 'like' seolah-olah menggalakkan pula sikap yang menyedihkan or

1442 Hijrah : Ummah Rabbani Negara Harmoni

Image
 Dengan Nama Allah Yang  Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ya Allah, berilah Rahmat kepada kami di sisi-MU dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini. Selawat dan salam tetap tercurahkan kepada  junjungan kita  Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam dan seluruh ahli keluarga dan para sahabat  handai baginda. Segala Puji-pujian  hanya milik Allah yang sentiasa memperkenalkan  diri-Nya  dalam setiap  ayat yang terkandung dalam Al-Qur'an. Allah  yang menampakkan sifat keagungan-Nya melalui 'Al-Qur'an terbuka'  di alam ini. Allah yang memilih jiwa-jiwa yang mahu beriman kepada-Nya, Allah yang menerangi jiwa mereka yang akan mentadbir bumi ini dengan sebaik-baiknya.  Paling tidak diduga, Masha Allah, Tabarakallah...Allah  yang menghantar  Covid-19 menundukkan segala  keangkuhan manusia agar tunduk, ruku' dan sujud  kepada-Nya. Sungguh  besar  hikmah yang tersirat di sebalik ujian Covid-19 sepanjang  tahun 1441 Hijrah memberikan sinar harapan

Jom Kita Bertaubat dan Berubah...

Image
Segala  puji-pujian  hanya milik Allah,Pengurus dan Pengatur  segala kehidupan langit  dan bumi dengan keadilan, Rahmat dan Kasih Sayang-NYA. Selawat  dan salam ditujukan khusus buat Rasulullah  Sallallahu alaihi wassalam,  kaum keluarga dan para sahabatnya.  Hari Ahad, 9 Ogos bersamaan dengan 1441 Zulhijjah ibu berpeluang ikuti program Daurah Murabbiyah secara online belajar tentang  Tafsir Al-Qur'an merujuk  Tafsir Al Munir oleh Prof Dr Wahbah az-Zuhaili.  Allahu Akbar, berdetap-detap jiwa  ini tersentuh dengan penyampaian Murabbi kami. Paling tersentuh apabila salah seorang peserta@ murabiyyah MATRI membuat pembentangan tugasan  Tafsir surah Al-Humazah. Ibu berhasrat hendak berkongsi pengisian yang ibu dapat itu dengan anak didik  dalam dua halaqah yang dikendalikan secara online pada hari Selasa dan Rabu.   Risau juga setelah sekian lama bercuti 'usrah' sempena PKP racun-racun jahiliyah mulai menyusup dan budaya 'jadal kalami' telah menular dan merosakkan ukhuww