1442 Hijrah : Ummah Rabbani Negara Harmoni

 Dengan Nama Allah Yang  Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Ya Allah, berilah Rahmat kepada kami di sisi-MU dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini. Selawat dan salam tetap tercurahkan kepada  junjungan kita  Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam dan seluruh ahli keluarga dan para sahabat  handai baginda.

Segala Puji-pujian  hanya milik Allah yang sentiasa memperkenalkan  diri-Nya  dalam setiap  ayat yang terkandung dalam Al-Qur'an. Allah  yang menampakkan sifat keagungan-Nya melalui 'Al-Qur'an terbuka'  di alam ini. Allah yang memilih jiwa-jiwa yang mahu beriman kepada-Nya, Allah yang menerangi jiwa mereka yang akan mentadbir bumi ini dengan sebaik-baiknya. 


Paling tidak diduga, Masha Allah, Tabarakallah...Allah  yang menghantar  Covid-19 menundukkan segala  keangkuhan manusia agar tunduk, ruku' dan sujud  kepada-Nya. Sungguh  besar  hikmah yang tersirat di sebalik ujian Covid-19 sepanjang  tahun 1441 Hijrah memberikan sinar harapan agar  kembali  mengembalikan zaman kegemilangan Islam yang berpusat di Turki  kini. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Semoga zaman kegemilangan Islam di Melaka  sebelum tahun 1511  akan berulang  kembali  di bumi kita. Ammin ya Rabbal alamin.

Hari ini, Selasa bersamaan 28 Zulhijjah,   Allah kurniakan dua  hiburan kepada  ibu. Pertama  buku yang dinantikan sudah sampai bertajuk 'Thibbul Qulub' karangan Ibn Qayyim Al Jauzi. Almarhum ustaz Dahlan pernah bagi ceramah berkaitan intipati buku ini dan dari idea ini suami ibu cadangkan agar ibu menulis  buku Kaunseling Rabbani sepanjang tahun 2016 dan diterbitkan pada tahun 2017. 


Jazakillahu khairan kathira anak ibu di Melaka tolong oder secara online. Al-Quran sebagai teras, huraian  untuk membumikan buku Kaunseling  Rabbani  amat perlukan buku ini. Masha Allah, Tabarakalllah. 

Agar  intipati  buku Kaunseling  Rabbani tidak berkubur, kini Allah ilhamkan ibu agar membumikan Kaunseling Rabbani melalui media sosial Istagram. Sudah seminggu ibu gagah-gagahkan diri agar  dapat  memanfaatkan kandungan  buku  yang terperap lantaran PKP yang belum tahu  bila akan berakhirnya. Memang rasa berdosa hingga kadang-kadang mengundang rasa 'stress'. Rasa berdosa ini mengundang idea untuk ibu sebarkan sedaya upaya mungkin, sedikit demi sedikit dan tahap demi tahap. Bukan redha  atau 'like' manusia  yang diharapkan. Cukuplah Allah redha  dengan usaha kerdil ini. Usaha perlu semaksimanya. Begitulah pesanan Murabbi@suami ibu.  Mudah-mudahan usaha  ini mengundang berkah di sisi Allah. Paling tidak mudah-mudahan ia merupakan wasiat untuk generasi  pewaris selepas  ibu kembali menghadap Allah SWT kelak. Aamiin. Doa Asiyah isteri Firaun(surah At Tahrim ayat 11)  sentiasa  bersemadi dalam qalbu ini menanti  saat bertemu Allah. 

رَبِّ ٱبْنِ لِى عِندَكَ بَيْتًا فِى ٱلْجَنَّةِ


Hiburan kedua, lewat  tengah malam terpapar  dalam media  sosial tema  Maal Hijrah 1442 Hijrah. Allahu Akbar. Terasa girang di jiwa  ini, 'Ummah Rabbani Negara Harmoni' memang  ngam  dengan selera ibu dan sahabat-sahabat  HALUAN  umumnya dengan visi 'Menjadi  Khairu ummah  yang menghayati  Islam secara Menyeluruh'  Beginilah  hakikatnya  Takdir Allah Sentiasa  Indah dan Tidak Pernah Salah.  Sayang  dan rindu Allah sangat-sangat hingga mengalir  air mata syukur. Allah  yang Maha Tahu  segala bisikan  dan lintasan  qalbu  ini. Keagungan Allah  telah meneggelamkan segala isu remeh temeh  yang sewajarnya  diabaikan. Besarkan dan sucikan nama Allah, jangan besarkan masalah.

Surah Al-Ghafir  ayat 44  sentiasa  menjadi halwa jiwa ini, menyejukkan  bagai ada ice. Alhamdulillah.


 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil