Hijrah 1442, Musafir dan Hakikat Kemerdekaan

  هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ ذَلُولًا فَٱمْشُوا۟ فِى مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا۟ مِن رِّزْقِهِۦ ۖ وَإِلَيْهِ ٱلنُّشُورُ

“DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya)” (Q; surah Al Mulk:15)


Alhamdulillah, segala pujian hanya milik Allah. Selawat dan salam khusus buat Rasul junjungan, ahli keluarga baginda, para sahabat  dan mereka yang satu rombongan dengan baginda yang telah berkorban segala-galanya untuk Deen Allah yang Maha Suci ini. Cuti awal Muharam minggu lalu, merata-rata dalam media sosial anak-anak muda mempamerkan video dan foto-foto mereka sekeluarga  melancong dan bercuti. Ibu tidak merespon  atau  'like'  gambar-gambar tersebut. Jika 'like' seolah-olah menggalakkan pula sikap yang menyedihkan orang lain  yang tidak mampu dan tidak berupaya membawa ahli keluarga seperti  itu. Tanpa sedar sikap 'kekanak-kanakan' ibu muncul. "Saya nak pi juga..." Suami ibu ketawa. Mungkin sudah terlalu lama ibu bawa watak orang tua, tak ada peluang jadi budak kot. Rasa terhibur selepas luahkan keinginan yang tak sesuai ketika itu.


Lanjutan melihat foto kenangan mereka, terkenang ketika ibu muda dahulu, sejak anak tunggal ibu berusia 7 tahun – (foto-fotonya  dalam simpanan  anak ibu), Allah izin memang puas  ibu dibawa  Haji dan umrah  berulang-ulang kali, ke Turki, Jordan dan Palestine, malah ke Negeri China. Jazakallahu khayran kathira kepada insan mulia yang sentiasa ingin membahagiakan  ibu sepanjang bersamanya 28 tahun…Putus  jodoh tanpa  menyalahkan sesiapa.

Lepas anak tamat belajar di UIAM, kami berpeluang ke Melbourne  dan Sydney. Percutian  dalam negara biasanya  kami akan buat family  day bersama keluarga  besar seperti mana  kekerapan kami buat  dalam keluarga  Hj Md.Top. Sejak kecil  ibu  sudah dibiasakan  rehlah bersama keluarga, sampai tahap ibu akan menangis  jika ditinggalkan kerana kereta tak muat. Sanggup  berhimpit-himpit dalam kereta. Maklumlah 13 beradik, itupun tak semua disumbatkan dalam kereta. 

Dalam bab  buat  'family  day', Alhamdulillah memang  ibu sudah terlatih  sejak kecil lagi. Malah kenangan  buat family day di Muar, kami dapat kumpulkan lebih 200 ahli keluarga pada bulan Syawal dengan kerjasama  ahli keluarga  lain. Cuma  bab jamuan diserahkan kepada  yang lebih arif, bukan bidang ibu. Mujurlah ketika itu hanya ada  SMS sahaja. Tidak ada  kemudahan Facebook  atau Istagram dan seumpamanya untuk share gambar  merata-rata. Syukur Alhamdulillah, kenangan itu tersimpan di dalam lipatan sejarah diri dan anak ibu. Semoga kenangan itu menjadi ibadah di sisi Allah…selamanya Insha Allah. Terpisahnya  kami diniatkan lillahi Taala demi dakwah dan tarbiyah  untuk mendaulatkan Deen  yang Suci ini. Semoga semakin ramai  di sana dan  di sini  dapat  menikmati  indahnya  Islam dan Iman terutamannya  meyakini takdir Allah, pasti  besar hikmah-NYA…Ibu redha berpisah kerana  harapkan redha Allah semata-mata. Alhamdulillah, hingga  hari  ini Allah izin berbekalkan  dakwah dan tarbiyah  yang diyakini, tidak ada sebesar zarahpun rasa ‘ralat’ atau menyesal  dengan apa yang telah  terjadi. 


Hakikat  bahagia  sebenarnya  terselit apabila kita redha. Tanpa  keredhaan , maka  meranalah hidup ini. Alhamdulillah, segalanya  adalah kurniaan Allah jua.

Masa terus berlalu meninggalkan kita. Jika ikut  tahun Islam, ibu dilahirkan pada tahun 1382Hijrah, bermakna  tahun ini umur ibu dah masuk 60 tahun, walaupun tahun Masihi baharu 58. Ibu juga rasa puas dapat musafir di bulan Ramadhan 3 tahun lalu dari Utara ke Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Cukuplah sekadar itu dapat bawa  suami bertemu dan menziarahi sahabat-sahabat dari Utara  ke Selatan dan dari Timur ke  Barat Semenanjung  Malaysia. Perkembangan  terkini belum pasti bila lagi kami dapat bermusafir. Suami mohon didoakan agar beliau semakin sihat. Sementara itu ibu disarankan  oleh suami agar isi masa dengan menulis dan menaip apa yang patut. Musafir  dalam minda dan jiwa sahajalah  nampaknya. Sudah banyak kali suami dakwah  dalam mimpi...

Alhamdulillah  ibu tidak kesepian kerana  kemudahan IT  dunia tanpa sempadan. Meeting atau usrah dengan sesiapapun guna kemudahan Google Meet. Bawa jiwa dan  fikiran hendak pergi ke mana hanya di hujung jari... Hendak beli pokok bungapun  boleh melalui online. Alhamdulillah. Inilah di antara hobi  yang ibu warisi  dari almarhum  emak, suka pokok bunga  hidup.

Cuma  satu sahaja permintaan ibu menjadi  rahsia ibu dengan Allah. Ibu amat yakin Allah akan makbulkan apabila telah sampai  masa dan ketika  yang tepat. Impian yang tidak akan melukakan sesiapa, bahkan semua akan bahagia. Insha Allah. Impian ini yang membahagiakan ibu sekarang. Buat masa kini, tidak ada apa  yang hendak disedihkan, Al-Qur’an sentiasa  menjadi pendamping dan teman setia ibu selamanya. Insha Allah. Urusan remeh temeh ibu serahkan sepenuhnya  kepada Allah. Fokus  utama ibu sekarang adalah memanfaatkan sepenuhnya  sisa umur  ini untuk menggali khazanah  ilmu yang tersimpan dalam jiwa dan fikiran ‘Gedung Tarbiyah’ di hadapan mata kepala ibu seizin Allah.

Sembang santai  ibu bersama  beliau yang terkini, beliau  tidak izinkan ibu rakam apa lagi mem’viral’nya. 'Bahaya' katanya... Kami  berbincang hakikat  kemerdekaan yang rancak diraikan kini. Beliau  jelaskan  hakikat  merdeka dari aspek  akidah sebagai paksinya. Bebaskan diri  daripada  men’syirik’kan Allah. Hakikat kemerdekaan  sepenuhnya akan turut  dirasai  dari aspek  syariah dan ibadah jika Al-Qur’an menjadi pedoman. Perlembagaan Negara  kita  sekarang  masih lagi guna pakai  perlembagaan Lord Reid, walhal dia  sudah lama mati. Al-Qur’an sepatutnya  menjadi perlembagaan. Kemerdekaan  yang diulang-ulang setiap 31 Ogos  hanyalah ‘merdeka’ palsu.  Pokok Jahiliyah masih berakar umbi dan nama ‘Islam’  hanya  buah-buah tempelan yang disangkut pada dahan dan pokok jahiliyah tersebut. Maksud sebenarnya  kita masih belum merdeka selagi Al-Qur’an masih belum dijadikan perlembagaan Negara.



Menuju ke arah menjadikan Al-Qur’an sebagai perlembagaan Negara, maka setiap individu Muslim perlu menjadikan Al-Qur’an senagai pedoman hidup, teman setia sepanjang hayat. Seringlah baca dan ulang-ulang doa berikut; 


Doa ini adalah petikan dari  doa  dalam Hadis  soheh berikut;



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil