Posts

Showing posts from January, 2019

Main 'BRAIN WAVE'

Image
Setiap kali halaqah, Allah izin terdetik dalam jiwa ibu agar tidak lupa berpesan kepada semua ahli halaqah agar betulkan niat belajar hanya kerana Allah dan wakafkan  diri bekerja hanya untuk menolong Deen Allah. Pesanan ini sedikit sebanyak  membantu diri sendiri supaya sentiasa memohon Allah luruskan niat mengabdikan diri  hanya untuk-NYA biarpun ada halangan dari 5 golongan berikut; i.  Orang mukmin yang dengki, ii. Munafiq yang  benci kepadanya; iii. Kafir yang memeranginya iv. Syaitan yang menyesatkannya v.  Nafsu yang sering bertarung untuk  mengalahkannya Syukur Alhamdulillah,Dalam Daurah Murabbiyah, ibu merujuk buku  'Bahtera  Penyelamat'  tulisan Dr Fathy Yakan. Murabbi beri peluang  ibu  share  dengan sahibah sedaurah 20 hb Januari lalu berkaitan tajuk "Bagaimana  kita menghadapi Pendengki?". Ada racun-racun 'batu api' mula menyelinap  untuk merenggangkan ukhuwwah yang harus kita hadapi  bersama dengan penuh hikmah. Sabda Rasulullah sallallah

Pecutan Melahirkan Generasi Rabbani

Image
Syukur Alhamdulillah di atas  nikmat Iman dan Islam yang  Allah kurniakan. Nyawa yang masih Allah pinjamkan agar kita dapat manfaatkan untuk meningkatkan kualiti ubudiyyah kita hanya untuk Allah, pemilik segala  isi langit dan bumi ini. Selawat dan salam ditujukan khusus buat Rasul junjungan sallallahualaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiien, para tabiut tabiien, para salafus soleh, para ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya untuk Allah subhanahu wataala  hinggalah pada hari kiamat.Ya Allah himpunkanlah roh-roh kami semua samaada masih hadup atau setelah meninggal dunia agar sentiasa bersama  roh para anbia, bersama roh para syuhada, roh para siddiqin dan roh para solehin. Seharusnya semakin berusia, semakin matang tindak tanduk kita berkat ilmu yang dimanfaatkan menjalani proses  tazkiyatun nafs  untuk menyuburkan iman dan perbaiki ibadah dan akhlak terpuji. Sekiranya ilmu itu tidak dimanfaatkan untuk perbaiki  diri, maka  iman

BERI MEREKA KENANGAN INDAH

Image
Alhamdulillah, pada hari Khamis, 3 Januari lalu, musafir kami ke selatan lagi sentiasa diiringi doa orang-orang soleh. Cuaca sangat cantik, mendung dan sekali sekala hujan renyai. Tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan izin Allah SWT. Syukur, Alhamdulillah, Allah anugerahkan kekuatan dan keupayaan dapat memandu 12 jam terus menerus dan sempat singgah di Behrang menziarahi anak saudara yang akan adakan khenduri  perkahwinan anak sulungnya pada 19 Januari kerana kami tidak dapat hadir  pada tarikh tersebut.  Dalam usia 'emas' ini  tidak sewajarya kami  beristirehat  dan berkurung di rumah semata-mata sebaliknya syukur Alhamdulillah Allah kurniakan syuur  dan kekuatan jiwa  untuk semakin aktif dalam dakwah dan tarbiyah. Apabila jiwa bergelora, fizikal akan turutkan kehendak rajanya (Qalbu). Mudah-mudahan ia menjadi 'kenangan indah' kepada  semua anak cucu yang selalu beralasan 'jauh'...Sesungguhnya yang mendekatkan yang jauh itu Allah SWT. Allah menjauhkan y