Pecutan Melahirkan Generasi Rabbani
Syukur Alhamdulillah di atas nikmat Iman dan Islam yang Allah kurniakan. Nyawa yang masih Allah pinjamkan agar kita dapat manfaatkan untuk meningkatkan kualiti ubudiyyah kita hanya untuk Allah, pemilik segala isi langit dan bumi ini. Selawat dan salam ditujukan khusus buat Rasul junjungan sallallahualaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabiien, para tabiut tabiien, para salafus soleh, para ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas mengabdikan diri hanya untuk Allah subhanahu wataala hinggalah pada hari kiamat.Ya Allah himpunkanlah roh-roh kami semua samaada masih hadup atau setelah meninggal dunia agar sentiasa bersama roh para anbia, bersama roh para syuhada, roh para siddiqin dan roh para solehin.
Seharusnya semakin berusia, semakin matang tindak tanduk kita berkat ilmu yang dimanfaatkan menjalani proses tazkiyatun nafs untuk menyuburkan iman dan perbaiki ibadah dan akhlak terpuji. Sekiranya ilmu itu tidak dimanfaatkan untuk perbaiki diri, maka iman mandul dan seseorang itu kembali mewarisi perangai kanak-kanak, mudah merajuk dan berkecil hati bahkan ada yang tersiksa kerana rasa kecewa, tidak mendapat sesuatu seperti apa yang diharapkan. Bahagianya seseorang itu apabila dia dapat menyesuaikan diri dengan apa yang Allah aturkan, bukan ikut apa yang dia mahu. Jika sentiasa berkeras dengan kehendaknya, jika tidak dipenuhi kehendaknya itu, maka dia akan tersiksa

Seorang ibu hamil datang berjumpa ibu meluahkan kemarahannya kerana tidak puas hati aktiviti busines hariannya terbantut, gara-gara ALP bertegas untuk disiplinkan semua guru fokus kepada kerjaya utamanya iaitu mengajar. Kemarahannya memuncak tanpa sedar ada kesan emosi negatifnya untuk anak dalam kandungan. Isu kedua, seorang anak merindui ibu kandung yang telah meninggal dunia meluahkan rasa tersiksa kerana ibu tirinya tidak tahu bagaimana hendak memahami perasaannya. Ini merupakan masalah luaran yang tidak sewajarnya dijadikan isu untuk menyiksa diri.
Isu ketiga seorang kaunselor muda mengadu kecewa dengan sikap majikannya seorang kaunselor 'veteren' yang mengamuk men'deleate' semua bahan aktiviti dalam lap topnya serta menuduh dia telah kongsikan segala ilmu yang diberikan kepada kaunselor lain.
Isu keempat seorang ayah menjadi 'bisu' diam seribu bahasa tidak mahu membalas dan tidak merespon segala cara komunikasi anak solehnya kerana berkecil hati akibat tiada persefahaman dalam urusan kerjaya. Inilah contoh-contoh corak pemikiran mereka yang aggresif (pemikiran menang-kalah), pasif (pemikiran kalah-menang) dan manipulatif (pemikiran kalah-kalah)
Bagaimana harus kita lakukan untuk wujudkan pemikiran assertif 'win-win situation' agar semuanya saling menerima kekurangan yang ada bahkan saling melengkapkan kekurangan tersebut? Jika saling menyalahkan itu adalah pola asuh yang salah melahirkan tindakan kanak-kanak yang agresif merosakkan pemikiran dan emosi bertambah negatif sentiasa merasa diri betul dan menganggap orang lain semuanya salah.
Baru ibu rasai hikmahnya ibu belajar kaunseling sebelum tahun 1999 lantaran takut tersalah cara mendidik anak. Alhamdulillah anak muda ibu sentiasa berfikiran positif apabila diuji dan menjadi sumber inspirasi ibu meneruskan kajian untuk buat pecutan membina generasi Rabbani berdasarkan pelbagai isu yang ibu tangani dengan pertolongan Allah SWT, Apabila kita sibukkan diri mensolehkan anak-anak orang lain, Insha Allah ibu amat yakin, Allah akan hantar ada insan soleh yang akan sibukkan diri mensoleh dan muslehkan anak ibu dengan pertolongan Allah. Ibu yakin merujuk kisah Nabi Yaacob yang bersabar mendoakan semua anak beliau khususnya Nabi Yusuf. Nabi Ibrahim tidak putus-putus berdoa untuk anak dan isteri yang ditinggalkan di bumi kering kontang, Makkah Al Mukaramah.
Ibu sedang mengkaji pola asuhan yang menyebabkan orang tua bersikap seperti kanak-kanak dan sebaliknya ada kanak-kanak cepat matang seperti orang dewasa. Ada 3 faktor yang menjayakan seseorang itu cepat matang dan assertif menjadi soleh dan solehah;
1. Manhaj Tarbiyyah
2. Murabbi dan murabbiyah yang mendidiknya
3. Biah solehah (Persekitaran yang baik/ tarbawi)
Alhamdulillah 12 Januari, Bengkel psikologi kanak-kanak yang ibu kendalikan untuk guru-guru SRATI turut dihadiri oleh guru besar dan bakal guru besar SRATI. Bengkel ini telah banyak meransang perubahan suasana pendidik SRATI. Sebaik sahaja selesai kursus, ada guru yang memeluk ibu dan menyatakan "masa dengar ceramah tadi, saya rasa diri macam kena tampar tampar, baru tersedar!"
Allah... ibu tak ada niat menyindirpun, sekadar berkongsi sedikit ilmu. Allah izin memang ibu selalu berdoa semoga Allah jentik hati mereka menyedari akan peranan dan tanggung jawab mereka di sekolah adalah mendidik dan mengasuh ahli syurga berumur 7-12 tahun sentiasa bertanggungjawab dan berdisiplin ikut sunnah Rasulullah sallallaahu alaihi wassalam.
Terharu rasanya apabila mendengar respon positif hasil simulasi dan bengkel tersebut. Ketika mentor mentee setiap Isnin, ada guru terus amalkan apa yang mereka dapat dalam bengkel tersebut. Insya Allah, mudah-mudahan istiqomah.

![]() |
Kursus Profesionalisme, 5 kumpulan sedang berbengkel |
Terharu rasanya apabila mendengar respon positif hasil simulasi dan bengkel tersebut. Ketika mentor mentee setiap Isnin, ada guru terus amalkan apa yang mereka dapat dalam bengkel tersebut. Insya Allah, mudah-mudahan istiqomah.
Comments
Post a Comment