Main 'BRAIN WAVE'

Setiap kali halaqah, Allah izin terdetik dalam jiwa ibu agar tidak lupa berpesan kepada semua ahli halaqah agar betulkan niat belajar hanya kerana Allah dan wakafkan  diri bekerja hanya untuk menolong Deen Allah. Pesanan ini sedikit sebanyak  membantu diri sendiri supaya sentiasa memohon Allah luruskan niat mengabdikan diri  hanya untuk-NYA biarpun ada halangan dari 5 golongan berikut;
i.  Orang mukmin yang dengki,
ii. Munafiq yang  benci kepadanya;
iii. Kafir yang memeranginya
iv. Syaitan yang menyesatkannya
v.  Nafsu yang sering bertarung untuk  mengalahkannya

Syukur Alhamdulillah,Dalam Daurah Murabbiyah, ibu merujuk buku  'Bahtera  Penyelamat'  tulisan Dr Fathy Yakan. Murabbi beri peluang  ibu  share  dengan sahibah sedaurah 20 hb Januari lalu berkaitan tajuk "Bagaimana  kita menghadapi Pendengki?". Ada racun-racun 'batu api' mula menyelinap  untuk merenggangkan ukhuwwah yang harus kita hadapi  bersama dengan penuh hikmah. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassalam yang  bermaksud;

"Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu  tidak ada, maka  wajiblah  Allah melepaskannya dari seksa neraka" (HR Ahmad)

Pentingnya  kemahiran berhadapan dengan pelbagai tribulasi yang boleh melemahkan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah. Suami ibu sentiasa istiqomah dengan sabar  dan diamnya. Sangat  berhati-hati  hendak keluarkan walaupun satu patah perkataan dengan sesiapapun termasuk dengan anak kandung sendiri. Alhamdulillah sedikit  sebanyak  turut membantu ibu belajar  bersabar dan banyak diam. Terdetik dalam jiwa ibu "semua ni ahli syurga, tak banyak cakap dan tak ada kerenah..." Senang saja kita pujuk diri, main brain wave (gelombang otak). 

Kemahiran main 'brain wave' ini ibu perolehi  ketika kali pertama ikuti parenting skill  dengan Dr  Fadhillah Kamsah. Jika tidak silap  sekitar  tahun 1992 semasa  ibu mengajar di SAMTTAJ (Sekolah Agama Menengah Tinggi Tunku Ampuan Jamaah) di belakang Masjid Shah Alam. Turut hadir dalam Seminar parenting skill itu jika 3  kakak-kakak  ipar yang ibu perhatikan semuanya  berjaya menggunakan skill asuhan tersebut kepada anak-anaknya, dan anak-anak mereka membesar  dalam keadaan soleh dan solehah belaka. Alhamdulillah. 

'Brain wave' ini  menarik aktivitinya  untuk hilangkan stress dengan mengulang-ulang  perkataan yang baik-baik sebanyak mungkin. Rasulullah sallalalhu alaihi wassalam sentiasa  mengulang-ulang istighfar sehari 70 hingga 100 kali. Kitapun sewajarnya ulang istighfar lebih 100 kali sampai hilang rasa tak enak dalam jiwa. 

Salah seorang ahli halaqah mengadu tak boleh tengok wajah salah seorang staff di pejabatnya. Sikap staff tersebut  mengguris hatinya, asyik  mencari-cari salah dan silapnya, kemudian diadukan kepada orang atasan. Sikap ini juga yang ibu hadapi dan rasa tak selesa jika sebumbung dengan  orang yang tak memahami kerjaya utama kami adalah Dakwah Dan Tarbiyah. Semua yang tak disenangi akan diadukan kepada orang yang  memang  mudah melenting dan selalu 'stress' dengan kerjayanya sahaja, apa lagi hendak memikirkan tentang  kita yang tiada kena mengena dengannya. Bukan senang  hendak tangani kes seperti ini dan merawatnya kecuali dengan  teknik yang terkandung  dalam surah Ali Imran ayat 134;

 الَّذِیۡنَ یُنۡفِقُوۡنَ فِی السَّرَّآءِ وَ الضَّرَّآءِ وَ الۡکٰظِمِیۡنَ الۡغَیۡظَ وَ الۡعَافِیۡنَ عَنِ النَّاسِ ؕ وَ اللّٰہُ یُحِبُّ الۡمُحۡسِنِیۡنَ

"(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan"

1. banyak bersedekah walaupun dalam keadaan sempit
2. Menahan marah
3. Memaafkan

 Usahakan juga semaksimanya, sebut selalu "aku sayang dia (sebutkan namanya) ulang banyak-banyak kali. Sebaik mungkin mengadu kepada Allah "Ya Allah aku sayang dia" Lebih bagus  lagi sebut Asma Allah "Allahumma yang Rahim, Ya Wadud, Ya Jami'  aku sayang dia" Insha Allah nanti rasa benci itu akan hilang dan orang yang kita benci itupun akan menegur kita seikhlas hatinya jika bertembung. Jika tidak bertembung tidak  mengapa asalkan jiwa kita dibebaskan dari rasa benci. Tidak bertembung  bukan bermakna tidak suka, faham-faham sahajalah. Tak perlu mengadu sana sini menyebabkan Allah makin jauhkan walaupun  duduk sebumbung.. Masing-masing busy dengan agenda yang Allah aturkan perlu diutamakan untuk menolong Deen Allah.

Dalam satu group whatsapp, ada  keluhan seorang ibu warga  emas simpati dengan nasib anaknya  beristerikan orang Sabah. Mungkin ada yang tidak kena, atau mungkin keluhan itu tersilap masuk lorong. Secara gurauan ibu teringat dan terus berkongsi  teknik yang ibu selalu amalkan untuk 'settle'kan masalah yang sering ibu hadapi, iaitu  selalu main 'brain wave' tetapi dalam keadaan curahan hati (curhat) atau mengadu  kepada Allah. Selepas ibu berikan saranan itu salah seorang  ustazah merespons: 

"betul kata  kak dalam group itu...
 Saya  amalkan yang kak bimbing
selalu pujuk
aku ikhlas dan redho
lama-lama tenang hati
Saya ulang-ulang "aku sayang padamu ya Allah"
"aku suka Al-Qur'an"
"aku cinta padamu Ya Rasulullah. alhamdulillah semuanya menjadi
Sekarang saya selalu ulang sebut aku rindu padamu Ramadhan
Nak kuruspun selalu duk sebut "aku nak kurus ya Allah" yang inipun Allah izinkan dapat turunkan 13kg" 
Masya Allah  Maha BAIKnya  Allah

Kata-kata yang baik, jika diulang-ulang akan menjadi doa dan Allah akan makbulkan. Insha Allah. Brain wave itu  sebenarnya sudah lama diajar oleh Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dengan mengulang-ulang doa, ulang-ulang tasbeh, ulang-ulang takbir, ulang-ulang istighfar,ulang-ulang zikir, ulang-ulang baca Qur'an untuk meneguhkan keimanan kita agar tidak 'down'


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil