BERI MEREKA KENANGAN INDAH
Alhamdulillah, pada hari Khamis, 3 Januari lalu, musafir kami ke selatan lagi sentiasa diiringi doa orang-orang soleh. Cuaca sangat cantik, mendung dan sekali sekala hujan renyai. Tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan izin Allah SWT. Syukur, Alhamdulillah, Allah anugerahkan kekuatan dan keupayaan dapat memandu 12 jam terus menerus dan sempat singgah di Behrang menziarahi anak saudara yang akan adakan khenduri perkahwinan anak sulungnya pada 19 Januari kerana kami tidak dapat hadir pada tarikh tersebut.
Dalam usia 'emas' ini tidak sewajarya kami beristirehat dan berkurung di rumah semata-mata sebaliknya syukur Alhamdulillah Allah kurniakan syuur dan kekuatan jiwa untuk semakin aktif dalam dakwah dan tarbiyah. Apabila jiwa bergelora, fizikal akan turutkan kehendak rajanya (Qalbu). Mudah-mudahan ia menjadi 'kenangan indah' kepada semua anak cucu yang selalu beralasan 'jauh'...Sesungguhnya yang mendekatkan yang jauh itu Allah SWT. Allah menjauhkan yang dekat kerana kemungkinan ada tersirat rasa tidak redha kepada usaha-usaha kami berjuang untuk Deen Allah, di mana sahaja yang Allah aturkan. Jauh bukan lagi alasan untuk kita mengabaikan kerja dakwah yang seharusnya dijadikan kerjaya utama meniti usia senja kita selagi hayat dikandung badan. Semoga Allah dan Rasul-Nya menjadi saksi di atas segala usaha ini.
Alhamdulillah, Allah Al-Bari' yang sentiasa mempermudahkan kami kerana niat kami ingin mempermudahkan urusan orang lain, khususnya anak menantu dapat manfaatkan kereta Inspira besan kami kerana 'Persona' anak ibu mengalami 'total lost' akibat kemalangan hujung tahun lepas. Syukur Alhamdulillah, di atas pengorbanan besan yang amat baik hati. Jazakumullahu khyran kathira, semoga gantikan untuknya ganjaran yang lebih baik.
Sambil menyelam, minum air, di samping dapat menziarahi besan dan menantu bungsu melahirkan anak kedua, suami berpeluang mentahnik cucu bungsu dan meraikan khenduri akikah di Batu Pahat. Ibu juga dapat melawat anak saudara yang patah kedua tulang pinggulnya di hospital Batu Pahat. 6-7 Januari Allah aturkan kami dapat penuhi permintaan sahabat dan sahibah Negeri Sembilan agar berikan sedikit tazkirah dan input tarbiyah. Sampaikan pesan dan wasiat untuk mereka kerana Allah merupakan kenangan indah buat generasi pewaris kami, khususnya untuk anak cucu di sana.

Dalam perjalanan ke Seremban, kami berpeluang singgah melihat tempat kerja baru anak ibu iaitu 'Baheej Travel'. Mana nak cari majikan yang sentiasa memikirkan dan merancang setiap keuntungan dari setiap jemaah umrah, diperuntukkan RM50 disedekahkan kepada Maahad Tahfiz, sekolah pondok atau mereka yang layak menerima sedekah?... Masya Allah.
Ibu amat berpuas hati dan sentiasa mendoakan semoga anak ibu mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang -orang yang soleh setelah dua kali istikhorah memilih kerjaya yang semakin mendekatkan dirinya kepada keredhaan Allah SWT. Allah permudahkannya ditawarkan jawatan yang mempermudahkannya menolong Deen Allah. Alhamdulillah, sahabat dan sahibah seMalaysia khususnya di Melaka Negeri Sembilan akan sentiasa berikan moral support kepadanya sebagai pengganti kami yang jauh di utara. Indahnya hidup berjemaah. Masya Allah. Tabarakallah

![]() |
Moral ssupport dari sahabat Melaka & Negeri Sembilan. Alhamdulillah |
Semua ini perlukan pengorbanan dan keredhaan kedua ibu bapa. Sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Yaacob telah banyak memberikan kenangan indah kepada kesemua anaknya berkat kesabarannya yang indah (Sobrun Jamil).
Sebelum wafat Yaakob a.s berwasiat kepada anak-anaknya, sepertimana Ibrahim a.s juga berwasiat;
"dan Nabi Ibrahimpun berwasiat dengan Deen itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaacob (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih Deen (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamau dalam keadaan Islam";
"(Demikianlah wasiat Nabi Yaacob, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! kamu tiada hadir ketika Nabi Yaacob hampir wafat, ketika ia berkata kepada anak-anaknya:
"Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab:"kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepada-Nyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman) (Surah Al-Baqarah ayat 132-133) .
Dari kisah dalam Al-Quran ini menarik perhatian ibu tentang peranan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan anak Adam. Rupa-rupanya di sebalik terpisahnya Yusuf darinya, Nabi Yaccob amat faham, anak-anaknya yang lain sangat iri hati, hasad dan dengki kerana dirasuk oleh syaitan dan baginda tidak mencari Yusuf demi keselamatan anak kesayangannya hingga dalam tempoh 40 tahun. Berkat doa seorang ayah yang mulia, Nabi Yusuf sentiasa diselamatkan oleh Allah berkat kesolehan ayahnya Nabi Yaacob
Dalam surah Ali-Imran, isterinya (Ali Imran) bernama Hannah, telah memberikan kenangan indah kepada anak dalam kandungannya dengan doa berterusan agar kelak menjadi pengabdi yang taat dan dijauhkan dari gangguan syaitan hingga ke cucunya.
’
Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya , diapun berkata:

"Ya Rabb-ku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau dari syaitan yang terkutuk" (surah Ali Imran : 36)
Masya Allah, terbukti betapa pentingya doa, bukan sahaja sebagai 'inkubator' mengiringi kebahagiaan dunia akhirat bahkan merupakan kenangan indah bagi anak cucu di selamatkan oleh Allah dari gangguan syaitan yang terkutuk.

Comments
Post a Comment