Posts

Showing posts from November, 2022

Nasionalisme Akidah

Image
Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala pujian hanya milik Allah Rabb Yang Mengatur segala urusan di dunia ini. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah saw, kaum kerabat, para sahabat, para tabieen tabiut tabieen salafus soleh ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT. Satu-satunya umat yang Allah redha kerana berjaya membangunkan kuntum khaira ummah seperti mana yang Allah kehendakki. Tajuk Nasionalisme Akidah ibu pilih untuk mengetengahkan istilah yang menjadi harapan Assyahid Syed Qutb. Beliau menulis dalam Fizilal Al Qur'an Dan ibu terbaca semasa  mentaddaburi juz 7, awal surah Al An 'am.  Menurut ulamak muktabar yang menulis buku tersebut "Nasionalisme yang dikehendaki oleh Islam adalah Nasionalisme Akidah" .  Di Malaysia masih lagi tebal dengan semangat Nasionalisme keMelayuan, keCinaan dan keIndiaan. Yang boleh mengubungkan ketiga-tiga bangsa han

Pendirianku Menjelang PRU ke-15

Image
Siapa yang layak jadi PM ke-10? Sebahagian besar rakyat Malaysia amat ghairah cuba  berkempen  untuk memenangkan  calon pilihannya. Ibu perhatikan Melayu sesama melayu yang beragama Islam berpecah belah. Impian penjajah sejak sebelum tahun 1957 sudah tercapai.  Sekali lagi ibu kongsikan keyakinan bahawa Islam tidak akan tertegak di atas sistem Demokrasi. Perlu ikut sistem madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam  dan para sahabat lebih 1444 tahun yang lalu. Boleh dengar ceramah Ustaz Budi Ashari tentang seerah Nabawiyah tertegak ya Daulah Islam yang pertama di Madinah.  Istiqomah dengan dakwah dan tarbiyah, Insha'Allah Daulah Islam tertegak dalam qalbu setiap Muslim, maka akan tertegak Daulah Islam di bumi. 8 hari lagi, mudah-mudahan Negara kita akan mencipta sejarah, dapat keluar dari belenggu 'basi' pemimpin merompak dan menyamun Wang rakyat. Semoga harapan ini menjadi kenyataan. Insha'Allah  Dalam mengendalikan halakah, seorang sahibah yang terlalu sibuk (usaha

Sedih Itu Nikmat

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala Puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai Segala di langit dan di bumi. Selawat dan salam ditujukan khusus untuk murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat para tabieen, tabiut tabieen, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah. Menjelang PRU ke -15 seperti biasa memang tidak sunyi dari jadal kalami, lumazah (saling mencela) dan humazah (mengumpat). Sedih dan ngeri rasanya setelah mendengar taddabur surah Humazah tentang 'neraka hutamah', apinya menjulang membakar hingga ke qalbu. Qalbu adalah punca segala kerosakan yang mengundang musibah yang tidak putus-putus.  Salah satu faktor yang menyebabkan ibu menyepikan diri adalah suasana yang merosakkan akidah iaitu budaya mereka yang seronok saling mencela dan mengumpat. Nauzubillahi min zalik. Alhamdulillah, mujur ibu dari awal mendapat ta